Ramai tak perasan sebenarnya ada teknologi baharu yang ada pada Whatsapp

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Kemajuan dalam teknologi dan media digital sentiasa berlaku dari masa ke semasa.

Kemas kini dilakukan untuk memastikan pengalaman pengguna menjadi lebih lancar dan juga untuk meningkatkan tahap keselamatan platform itu.

Ketirisan maklumat peribadi menjadi persoalan penting dalam dunia digital kerana keadaan alam maya yang mudah diroboh oleh pihak yang tidak sepatutnya.

Baru-baru ini, WhatsApp, perantara komunikasi yang popular di kalangan masyarakat dunia, telah memperkenalkan ciri-ciri keselamatan baharu untuk menjamin privasi pengguna.

Pengemaskinian WhatsApp kali ini memberi fokus kepada tetapan pentadbir grup.

Ramai tak perasan sebenarnya ada teknologi baharu yang ada pada Whatsapp

Bagi ramai, mungkin ini masih merupakan perkara baru yang perlu difahami!

1. Kawalan yang lebih luas oleh admin group

Sekarang, sesiapa yang ingin menyertai grup WhatsApp, sama ada melalui pautan atau kaedah lain, perlu mendapatkan persetujuan daripada pentadbir grup terlebih dahulu.

Pentadbir grup kini mempunyai kuasa untuk menentukan siapa yang dibenarkan dan siapa yang ditolak untuk menyertai grup WhatsApp di bawah kawalannya.

Ciri ini membolehkan pentadbir grup menyaring ahli-ahli baru untuk memastikan perbualan dalam grup berjalan dengan sihat dan harmoni.

2. Boleh tengok group Whatsapp yang ada kawan kita

Komuniti WhatsApp adalah sangat besar dan dengan ciri baharu ini, anda boleh dengan mudah mencari grup yang anda sertai bersama rakan-rakan anda.

Anda hanya perlu membuka profil rakan anda dan dapat melihat grup-grup yang anda sertai bersama mereka.

Ini bermakna anda tidak perlu lagi menggulung ke bawah paparan digital untuk mencari satu grup yang anda sertai bersama rakan anda dan mungkin anda telah lupa namanya.

Bagikan maklumat ini kepada yang lain agar mereka juga tidak ketinggalan.

BACA: Patutlah kita digalakkan elak letak cermin besar depan katil, ini penjelasan pakar