Bilik air bau macam tandas awam? Guna je benda ni lipas pun lari, wangi pun wangi

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Bilik air merupakan ruang yang sangat penting dalam rumah kerana ia merupakan tempat untuk membersihkan diri dan bersiap

. Walau bagaimanapun, menjaga keharumannya bukanlah perkara yang mudah.

Kadang-kadang, walaupun bilik air telah dibersihkan dua hingga tiga kali seminggu, bau yang tidak menyenangkan masih tetap wujud

. Untuk memastikan bilik air sentiasa wangi, terdapat tip mudah yang boleh dicuba.

Tidak perlu membeli pewangi berjenama, sebaliknya, anda hanya perlu menggunakan dua bahan yang sedia ada di rumah.

Bilik air bau macam tandas awam? Guna je benda ni lipas pun lari, wangi pun wangi

Dengan menggunakan kaedah ini, bau yang tidak menyenangkan dapat diserap dengan berkesan. Ia bukan sahaja dapat memberikan keharuman pada bilik air, tetapi juga boleh membantu menghalau lipas.

Berikut adalah beberapa idea yang dikongsi oleh seorang wanita yang gemar membuat pewangi buatan sendiri (Do It Yourself), Azlin Alias di platform TikTok.

Bahan-bahan:

1. Pelembut pakaian

2. Ubat gegat

3. Bekas lilin atau bekas kosong yang bersesuaian

Azlin menunjukkan cara dan bekas digunakan untuk diletakkan pada sudut bilik air.

Cara membuat:

1. Masukkan ubat gegat ke dalam bekas lilin

2. Tuangkan sedikit pelembut pakaian ke dalam bekas lilin tadi.

3. Letakkan di sudut bilik air.

Walaupun nampak mudah dan senang untuk dilakukan, anda masih perlu berjaga-jaga.

Sekiranya anda mempunyai anak-anak kecil di rumah, pastikan pewangi ini diletakkan di kedudukan tinggi.

Bukan apa, bimbang jika mereka termakan akibat tersalah sangka bahawa ubat gegat merupakan gula-gula kerana warnanya yang menarik.

BACA: “Masa ulangtahun perkahwinan, aku hadiahkan suami keizinan untuk kahwin lagi, dia tak pernah berhenti pujuk aku untuk pinangkan”