“1 malam tu aku solat, aku minta petunjuk dengan Allah dalam urusan rumah tangga kami, selepas pada itu perangai suami berubah 360 darjah”

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Hai semua pembaca. Aku cuma nak cerita saja. Aku kenalkan nama aku Rose je la. Aku 35 tahun. Bekerja sendiri. Berkahwin dengan Zam berusia 43 tahun.

Aku berkahwin dengan Zam ni since aku berumur 21 tahun. Darah panas lagi mase tu. Dikurniakan 3 anak. Besar2 dah mereka.

Aku perasan sekarang, wanita2 selalu menuntut pelbagai hak memuliakan isteri, sehingga ada yang lupa, suami juga punya hak perlu dihormati.

Cerita awal perkahwinan aku, 3 tahun pertama aku berkahwin dengan Zam. Kami kerap bergaduh.

Zam tak mengizinkan aku bekerja sebab die tak suka aku dipandang oleh lelaki bukan muhrim.

"1 malam tu aku solat, aku minta petunjuk dengan Allah dalam urusan rumah tangga kami, selepas pada itu perangai suami berubah 360 darjah"

Tapi aku memberontak, aku dah terbiasa pegang duit sendiri. Dan die letakkan syarat. Kerje lah kalau nak kerja asalkan kerjanya itu di dalam rumah.

Aku sama juga dulu macam orang2 lain. Sebab aku menuntut nafkah yang secukupnya, aku menuntut pelbagai perkara sedangkan ketika tu gaji Zam masih kecil. Aku sering merasakan Zam tak menyayangi aku. Sebab tak menghargai aku.

1 malam aku solat di 3/4 malam. Aku meminta dengan Allah. Berikan lah aku petunjuk dalam urusan Rumah tangga kami. Sebab yang memegang hati manusia itu Allah. Sejak itu aku berubah sikap.

Dari seorang yang menuntut, aku menerima seadanya. Aku dah tak tuntut pemberian nafkah diberi secara wang setiap bulan. Cukup Zam mencukupi segalanya. Aku terima dengan hati terbuka.

Dan surprisingly, secara tiba2, Zam menyerahkan lebihan gaji dia setelah membayar komitmen2 utama kepada aku. Untuk aku menguruskan kewangan keluarga. Sebab aku yang selalu ke pasar membeli kelengkapan memasak setiap hari.

Walau ade peti, aku lebih selesa membeli fresh setiap hari, pergi 10 pagi, balik 11 tengahari. Terus masak dan hidang di meja.

Dari sorang yang keluar ikut suka kepala aku, aku berubah menjadi sorang yang meminta izin walau kemana saja aku mahu pergi. Hatta nak ambil anak balik sekolah setiap hari, aku akan call Zam untuk meminta izin keluar rumah mengambil anak.

Kalau anak nak singgah ke mana2, aku akan call lagi Zam meminta izin nak ke sekian2 tempat. Nak balik rumah ibu aku yang sekangkang kera tu pon, aku akan minta izin dahulu, jika diberi, baru lah aku pergi.

Dari sorang yang tak memasak tak buat air. Aku rutinkan hari aku memasak untuk keluarga. Setiap kali Zam balik rehat tengahari atau pulang dari kerja.

Aku akan berlari ke dapur buatkan air untuk die. Menjamu die minum di depan pintu masuk semasa die masuk ke rumah. Die akan ambik air tu dan minum di sofa.

Dari sorang yang keras kepala. Selalu tak mengaku salah. Sekarang Setiap kali ade perselisihan faham, aku yang pertama akan bersimpuh di kaki Zam, mencium tangan die, meminta maaf atas ape yang terjadi.

Walau bukan salah aku, aku juga yang akan meminta maaf terlebih dahulu. Biasanya kalau Zam yang bersalah dalam satu satu hal, ketika salam, Zam akan usap kepala dan berkata sebenarnye die lah yang bersalah dan die meminta maaf semula.

Dari sorang yang buat hal sendiri. Aku ringankan mulut “macam mana kerja abang hari ni, ok?”

Dan biasanya dari pertanyaan tu la, Zam akan seronok bercerita hari2 yang di lalui sepanjang dia bekerja pada hari tu. Dari cerita masuk kerja sampai pulang ke rumah. Seronok aku dapat berborak dengan die.

Dulu aku tak suka die memancing, sekarang kalau die kate die nak keluar memancing, aku sendiri yang akan bangun awal dari die, siapkan bekal makan dan minum dia. Die tinggal siapkan umpan dan pergi je. Dah tak perlu ke kedai mencari makanan dahulu.

Tak kira lah die pergi sesudah subuh, aku tetap akan bangun lagi awal sebelum subuh untuk masak bekal dia. Siap aku belanja mesin memancing untuk die berharga ratusan ringgit sebagai hadiah hari jadi die.

Biasa die balik, kami akan duduk di meja sama2 minum teh strawberry kesukaan die. Berbodak berapa ikan die dapat. Panas ke tidak cuaca. Penat ke tidak dan banyak lagi.

Hasil dari semua tu, dulu semua kerja rumah aku buat sorang, sekarang tak lagi. Zam banyak buat kerja rumah juga.

Aku dah tak perlu cuci dan sidai kain. Membuang sampah. Mengemop rumah, mengemas bilik. Semua tu dihandle oleh Zam. Kami secara tak sengaja tershare urusan rumah tangga.

Baru aku sedar, suami ni nak kan rasa di hormati sebagai ketua keluarga. Die nak rasa menjadi ketua. Dan kite as wife, cube untuk penuhi semua tu.

Dan tau tak. Sejak aku memuliakan suami, setiap tahun dapat hadiah emas. Tanpa miss pon. Dan jarang bergaduh, susah la kami nak bergaduh dah. Mengalahkan dalam segala aspek.

Kawan aku selalu pesan, salam perkahwinan kena banyak bersabar. Kite wife paling perlu bersabar. Betul kata dia.

Aku cube buka hati redha dengan semuanya. Tak sangka itu jawapan yang Allah berikan kepada aku. Hati aku dah tak segalau dulu.

Zam pon berubah menjadi sorang yang baru pada aku. Dah tak ade episod marah bertengkar. Menangis. Semua atas kehendak Allah.

– Rose (Bukan nama sebenar)

BACA: Betul ke kereta cepat rosak kalau isi minyak tak tutup enjin? Pakar akhirnya beri penjelasan