Patutlah kita digalakkan elak letak cermin besar depan katil, ini penjelasan pakar

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Rutin harian kita biasanya melibatkan waktu siang yang dipenuhi dengan aktiviti, diikuti dengan berehat dan tidur pada waktu malam.

Namun, terdapat segelintir individu yang menghadapi kesukaran untuk tidur dengan nyenyak.

Sebenarnya, terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi kualiti tidur pada waktu malam.

Ini termasuklah susunan bilik tidur, termasuk pemilihan warna dan kedudukan perabot, yang boleh memberi impak langsung kepada corak tidur.

Apabila membincangkan tentang perabot, kedudukan tilam dan cermin dalam bilik tidur boleh memberi kesan besar kepada tidur anda pada waktu malam.

Patutlah kita digalakkan elak letak cermin besar depan katil, ini penjelasan pakar

Jika anda mencari cara untuk tidur dengan lebih nyenyak, penyelesaiannya mungkin lebih mudah daripada yang anda fikir – cermin.

Menurut pakar tidur, kedudukan cermin adalah penting dalam bilik tidur dan disarankan agar tidak meletakkannya terus di hadapan katil.

Mungkin ramai yang bertanya-tanya mengapa cermin tidak sepatutnya menghadap katil?

Sesetengah orang mungkin menganggapnya sebagai khurafat, atau mungkin merasakan bahawa itu adalah perkara yang kecil untuk dipedulikan.

Namun, terdapat bukti psikologi yang menunjukkan bahawa kedudukan cermin yang tidak betul boleh mengganggu tidur anda, seperti yang diterangkan oleh Giuseppe Aragona, seorang pengamal am dan doktor dalam talian.

Menurut Aragona, cermin yang menghadap katil memberi gambaran kepada diri anda bahawa anda sedang diperhatikan, terutamanya selepas lampu bilik tidur dimatikan.

Ini boleh membuat anda berasa seolah-olah melihat pantulan diri pada cermin, yang mungkin menyebabkan rasa tidak selesa dan mengganggu tidur anda.

Jika anda mudah terasa takut, mengalami masalah tidur, atau sering terjaga pada waktu malam, anda mungkin ingin mengelakkan meletakkan cermin di hadapan katil.

Aragona juga merujuk kepada prinsip feng shui dalam bilik tidur, di mana pemasangan cermin di hadapan katil dikatakan boleh menyebabkan beberapa jenis gangguan yang mempengaruhi perhubungan

BACA: Betul ke kereta cepat rosak kalau isi minyak tak tutup enjin? Pakar akhirnya beri penjelasan