Kehadiran tikus di kediaman pasti mengganggu penghuninya kerana haiwan ini mudah berkembang biak dan suka merosakkan barang.
Selain itu, risiko jangkitan penyakit juga meningkat apabila manusia terdedah kepada
Rembesan najis atau cecair yang mengandungi organisma seperti bakteria, rickettsia, atau virus dari tikus.
Walaupun perangkap tikus sering digunakan, ia tidak selalu berkesan kerana hanya sedikit tikus yang dapat ditangkap berbanding bilangan yang sebenarnya.
Melalui satu hantaran yang viral di laman sosial, seorang lelaki bernama Jesep Ardin berkongsi kaedah yang digunakannya untuk menghalau semua tikus dari kediaman.
Cara-cara:
1. Sediakan segenggam cengkih.
2. Masukkan ke dalam bekas terpakai.
3. Tambah kapur barus yang sudah dihancurkan ke dalam bekas yang sama.
4. Kemudian campurkan beberapa titis minyak kayu putih. Kacau kesemua bahan supaya sebati.
5. Setelah selesai, letakkan bekas berisi campuran tadi di tempat atau ruang yang disyaki menjadi laluan atau sarang tikus.
BACA: Warga emas dianugerah RM500,000 dari KKM, semuanya berpunca dari Hospital Selayang