“Suami aku kerja offshore, aku mula rasa bosan dan ‘download’ aplikasi dating, mulalah episod dan akhirnya

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Bila tinggal berjauhan suami dan isteri maka bermulah episod mencari orang luar yang lebih dekat.

Baik lelaki mahupun wanita, masing-masing mempunyai kecenderungan untuk curang jika pasangan berada jauh.

Seorang wanita mengakui rasa cinta buat suaminya yang bekerja offshore kian pudar selepas mengenali lelaki lain dalam aplikasi untuk mencari cinta.

“Aku Sally (bukan nama sebenar). Aku adalah seorang isteri kepada pekerja oil dan gas. Tahukan orang yang kerja bidang tu akan offshore berbulan.

Awal perkahwinan kami hidup berdua, bekerja tempat yang sama. Selepas setahun berkahwin, suami aku terima tawaran bekerja di bidang itu.

“Suami aku kerja offshore, aku mula rasa bosan dan ‘download’ aplikasi dating, mulalah episod dan akhirnya

Aku mula di tinggal selama berbulan lamanya, aku ok aje. Tapi bulan makan tahun, aku terasa sunyi yang amat. Dan kelamaan sunyi terasa kosong.

Suami aku kerap call dan video call, tapi aku mula hilang rasa kenikmatan tu. Aku mula download dating apps, aku berjumpa lelaki sana sini

Aku rasa seronok sebab aku nak pergi ke mana, sentiasa ada teman. Bila disoal mengenai status aku dengan beraninya cakap aku bujang.

Mula episod curang dan kantoi

Dan aku mula suka pada seorang lelaki bujang, aku bagi nama dia A. Daripada suka jadi cinta. Aku tahy salah tapi aku seronok sebab kesunyian aku terisi.

Pada suatu hari, suami aku balik rumah senyap-senyap untuk buat kejutan pada aku, masa tu aku tengah tidur.

Entah macam mana masa tu suami perasan notifikasi whatsapp masuk, kantoi dan suami baca segala perbualan aku dengan lelaki A di whatsapp.

Suami terus mengamuk menumbuk pintu bilik. Aku minta maaf, tapi suami diam. Sepanjang hari suami tak bertegur aku. Aku rasa bersalah teramat.

Dan keesokkannya suami maafkan aku. Aku janji tak nak buat dah. Memang selepas itu aku memang tak buat dah.

Insaf tapi buat lagi

Mula-mula aku memang setia dengan semua tapi bila sunyi balik mulalah aku cari semula si A.

Dan sekarang ini, lelaki A itu nak masuk meminang aku, aku jadi serba salah sebab menipu lelaki A itu dan aku rasa bodoh sebab rosakkan kepercayaan suami aku itu semula.

Sekarang ini, hati aku dengan suami makin pudar, aku mula berpaling arah pada lelaki A itu. Aku tahu apa yang aku buat itu memang berdosa, aku memang nak berubah.

Aku memang nak berubah, aku nak cari kebahagian dalam rumah tangga aku, tapi aku buntu macam mana nak mula.”

Baca juga: 3 hari aku tak nampak housemate makan dekat kantin, malam tu diam-diam aku selit sesuatu bawah bantal”, sekali ini yang jadi