Assalamualaikum semua. Sebagai intro, saya baru sahaja mendirikan rumahtangga selama 3 bulan dan tinggal bersama mertua.
Keputvsan tinggal bersama mertua ni bukan sebab tak mampu, tapi ayah dengan mak mertua kalau boleh nak anak lelaki mereka tinggal di rumah menemani mereka di usia senja.
Kebetulan, sebelum kahwin, suami memang tinggal bersama mereka dan suami satu – satunya anak lelaki,
lagi 3 orang kakak dan adik perempuan suami sudah berkahwin dan duduk tempat lain
Rumah mereka boleh tahan luas, dan hanya ada ayah dan mak mertua.
So, masa suami cakap nak stay dngn ayah dan mak dia, saya cakap saya akan ikut keputvsan dia. Masa sebelum kahwin, suami ada bagi hint sikit – sikit mak dia ni macam mana, tapi mungkin masa sebelum kahwin suami tengok saya dan mak dia boleh get along well.
Tapi tu cerita sebelum kahwin la, huhuhu. Jadi bila saya masuk ke rumah ni, saya pun selalu la bantu mak mertua memasak. Tapi kita kan kerja, sampai rumah dah nak dekat pukuI 8 pm sebab faktor jarak tempat kerja dalam 40km dari rumah.
So makanan dah siap atas meja, so saya tolong kemas dapur kemudian. Ada hari yang kalau mak mertua tak masak (hari kerja), saya dah suami makan kat luar or saya masak simple – simple bila balik rumah, contohnya ayam goreng kicap + telur + sayur goreng. Or kadang – kadang masak ramen sebab suami suka makan ramen.
Masalah saya kat sini, mak mertua saya ni dia ada high expectation. Contoh, kalau saya basuh baju, dia cakap cara saya basuh baju salah. Bagi dia, baju kerja, baju pakai hari – hari, telekung solat / kain sarung, towel, cadar, baju putih, underwear semua ni kena basuh asing – asing (different load).
Baju putih, kena rendam soda and berus dulu dengan tangan. Akhirnya, saya terp4ksa basuh baju sampai 6-7 kali seminggu. Saya faham kalau dia perfectionist dan nak yang terbaik, tapi kita ni penat bekerja. Satu lagi, setiap kali saya masuk dapur, semua yang saya buat salah.
Cara saya masak nasi salah, tak boleh terus basuh beras dalam periuk nasi (nanti scratch), kena basuh besen asing, basuh sampai beras tu betul – betul jernih air (dah 10 min), baru boleh masak pakai air mineral. Kalau beli ayam ke atau daging, tak boleh beli supermarket, kena beli tempat yang kita kenal je sebab tak tahu sembelih macam mane.
Ayam dan daging kena rendam dalam gandum 2 jam dulu, ikan kena basuh dengan garam dan asam dulu. Lesung batu kena balut dengan plastik lepas guna. Pisau lepas guna kena sorok. Pinggan dan bekas kena ikut susunan.
Pinggan makan tak boleh guna untuk letak lauk apatah lagi ayam yang baru dip0tong. Bekas letak sayur, letak makanan basah lain – lain. Kalau lepas makan, makanan dan nasi kena salin ke bekas lain sebelum masuk peti sejuk, dan makanan yang dah terhidang dengan yang masih belum usik (dalam kuali) kena letak 2 bekas asing walaupun benda sama.
Kalau lepas makan, bila saya kemas mesti dia akan berus balik meja makan bagi bersih. Saya ni sebelum kahwin, elok je terer masak. Lepas kahwin, nak masuk dapur masuk pun fikir banyak kali takut rosak periuk kuali mak mertua, sebab dia nak masak apa – apa, kena pakai pan lain – lain.
Akhirnya, untuk elakkan unrequired comment dari mak mertua (cara tumis salah, cara p0tong sayur salah), saya akan masak makanan western je supaya dia tak boleh nak comment sangat. Mak mertua saya ni bagusnya dia, dalam apa – apa yang dia buat, dia akan buat yang terbaik.
Contoh, masak bihun je, tapi dia akan make sure dia buat yang terbaik. Bihun tu kena letak udang, sayur kena 3 jenis, tauge kena ada, telur hiris, daun bawang dan sup, lada merah dan bawang goreng semua kena tabur. Dia tak akan masak bihun kosong.
Bukan sekadar bihun, apa – apa masakan yang dia masak, contoh kalau curry / asam pedas kena letak bendi, nasi arab tak boleh pakai beras biasa, kena beras basmathi je, kalau takde tak boleh. Dan dia tak kan masak 1 jenis lauk, at least lauk utama 2 – 3 hidangan tak termasuk sayur, ulam dan buah – buahan yang wajib hidang.
Masalahnya, saya pergi bekerja dah macam – macam procedure nak follow, balik rumah nak masak pun kena kena follow macam – macam peraturan lagi. Saya balik rumah nak masak for fun, kita baru kahwin nak ber eksperimen lagi, dah kena follow high standard regulation macam ni.
Jujurnya, saya bukan malas masak, saya str3ss. Bila saya gosok baju anak lelaki dia, dia cakap saya gosok berkedut. Kena guna starch dulu. Baju nak pakai hari jumaat pun kena gosok. Cara saya lipat spender salah, cara saya susun barang pun salah.
Saya ni nak meIawan tak berani pulak. Kita faham kita duduk rumah orang, masuk dapur orang kena ikut peraturan orang. So saya end up cakap ‘baik mak’ je. Tapi baru – baru ni saya jadi emotional breakdown tiba – tiba, menangis takde sebab sampai suami pun terk3jut.
Saya nak cerita kat suami pun mak dia tak buat salah apa pun, bukan kena d3ra pun, so tak tahu nak cakap macam mana. Lagipun suami tak suka perempuan yang suka complain, nanti dia akan cakap kita fikir negative dan suruh jangan layan perasaan tu.
Lagipun saya perasan suami saya dengan mak dia ni ada persamaan, cuma mungkin dia lelaki jadi dia tak vokal sangat. Tapi ada juga lah yang dia terkomplen contohnya tak boleh kumur kat sink basuh pinggan (kena kumur dalam bilik air sebab itu tempat basuh pinggan tak elok kena air liur),
Mandi kena berus badan, tak boleh sabun je, gosok gigi kena pakai floss and mouthwash, pakai baju and tudung kena matchy etc. Anehnya, bila saya tegur dia selalu solat hujung waktu, pandai pula dia kecil hati. Ingat kan teguran goes both way.
Saya ni membesar tanpa ibu. Umur 12 tahun mak meninggaI. Lepas tu masuk asrama, sampai belajar apa semua, duduk rumah sewa, saya mengaku saya bukan jenis orang yang proper. Asalkan benda tu tak create prob, saya tak follow sangat rules especially kat rumah where we should feel comfortable.
Contohnya, tak basuh ayam dengan gandum atau tanak nasi pakai air paip, rasanya tak m4ti keracunan makanan anak dia kalau saya tak masak macam tu. Nak cakap didikan tak juga, sebab saya tengok ada kakak saya yang jenis proper dan ada yang tak.
Jadi, mungkin sebab kami diberi kebebasan, kami follow incline nature masing – masing. Entah la, kadang – kadang rasa menyesal pula kahwin. Dulu elok je hidup saya, nak main phone ke, tengok netflix sampai 3 pagi ke, nak masak pukuI berapa ke, nak tapau luar hari – hari, nak bangun tengah hari ke, nak balik kampung ke takde masalah.
Gaji pun alhamdulillah kalau nak beli rumah apartment 400k tu lepas je, tapi suami suruh tunggu nak beli rumah teres join loan dengan dia. Pokoknya, hidup saya okay je sebelum ni kalau tak kahwin pun. Saya jadi rindu zaman bujang. Tolong saya!!! – Orange (Bukan nama sebenar)
Sambungan.. Assalamualaikum… Terima kasih atas semua nasihat dalam previous confession. Cumanya nak cakap kat sini, saya ni takde lah pengotor. Rumah saya duduk before kahwin sangat spotless dan wangi. Habuk sebiji pun takde.
Dan bab – bab masak ni saya rasa saya orang yang terer masak. Sebelum kahwin dulu suami selalu puji masakan saya. Rakan – rakan sekerja pun selalu puji masakan saya sedap. Lagipun, sepanjang saya duduk rumah mertua, saya lah tukang kemas rumah tu.
Dan suami saya tak pengemas orangnya, bilik dia tak kotor tapi tak kemas, barang berterabur… Standard bilik orang bujang. Berbalik kepada semua comment sebelum ni, sebenarnya bukannya saya tak tahu, tapi saya bukan jenis yang strict follow rules dan saya tak suka imposed rules saya kat orang juga.
In other word, just like my mother too, I like to give freedom to everybody. Malah kat tempat kerja, walaupun saya boss, saya takde la imposed benda pelik – pelik kat staff, kita pandai – pandai la beza apa yang penting dan apa yang kita boleh let go.
Contoh, sebelum ni saya basuh baju saya akan asing pakaian dalam, baju putih dan baju biasa. Baju kerja campur dengan baju biasa sebab kita duduk sorang dulu, kita nak jimat electric plus air and baju perempuan biasa tak bau sangat.
Tapi saya kena tegur dengan mertua sebab campur kain sembahyang dengan baju kerja je. Aduh. Pada yang tanya kenapa tak keluar dari rumah tu, jujurnya bila saya kenangkan bila yang mak mertua ni start picks on me, cari salah, kritik cara saya buat kerja adalah bila suami cakap dia tengah cari rumah sewa.
Ye, saya pujuk suami pindah dan suami tanpa bincang dengan saya pergi inform mak dia. Jadi bila mak mertua tahu, mak mertua tak bagi kami keluar dari rumah tu. Itulah ceritanya… Masalahnya, bila kami cari rumah sewa, saya kena fikir ikut spec suami sebab dia dibesarkan berbeza.
Kalau ikutkan saya ni duduk rumah flat pun okay. Tapi suami kena ada aircond, water heater, wifi etc. Pokoknya rumah kena yang proper dan dia dah cakap nak duduk kejiranan yang okay sahaja (tak ramai orang, tenang, tak ada jen4yah dalam bahasa mudahnya kejiranan kayangan).
Berbalik kepada selepas dia tahu kami nak keluar, setiap kali saya masak tak ikut piawaian dia (contoh hidang makanan takde buah), dia akan comment. Bila masak ramen pun kena tegur, kenapa makan mee segera, tak elok untuk kesihatan.
Bila masak nasi goreng, kadang style kita nak cepat kita goreng je ikan bilis dengan bawang, mak mertua tak boleh. Dia cakap salah, kena goreng ikan bilis sampai garing dulu. Bila saya masak mee dan masukkan telur dalam tu, dia cakap tak boleh juga nanti mee rasa hanyir. Kena goreng dan hiris halus telur.
Akhirnya untuk mengelakkan str3ss sebab takut nak masuk dapur dan guna alatan dia, saya ambil langkah ajak husband makan kat luar, pun kena tegur kenapa selalu makan kat luar. Yang cakap ayam kena rendam gandum, saya pun tahu tapi takde lah rendam ayam dengan gandum sampai 2 jam dan biasanya ikan saya rendam gandum juga sebab itu yang kakak saya ajar.
Tak ada salah pun kalau tak pakai asam dan garam. Beli ayam kat supermarket rasanya yang ramai – ramai comment pun kebanyakan beli ayam kat supermarket juga sebab tu je yang open lepas kita balik kerja. Basuh beras piawaian dia pula lain macam bersih, plus saya dulu duduk rumah sorang rumah takde water filter (minum biasa guna air botol mineral), so dah terbiasa masak nasi guna air paip biasa.
Mana la saya tahu kena marah sebab tu je. Mungkin kita terbiasa hidup dengan apa yang ada depan mata maklum lah kita orang kampung. Ayah mertua ni orang berjawatan tinggi kerajaan, kaya tu tak lah tapi orang kata hidup senang.
Saya sebenarnya tak nak jadikan apa – apa issue, tapi penat bila balik je rumah rasa str3ss. Rumah tu tak rasa tempat yang tak comfortable untuk tinggal. Sebelum kahwin, saya suka masuk dapur cuba macam – macam resepi masakan. Kita masak sekadar nak having fun.
Sekarang rasa dapur tu tempat penilaian juri. P0tong sayur salah, p0tong bawang salah, cara buat sup salah. Masak western je la tahan sikit dia punya condemn tu. Bila balik je rumah, jadi breakdown.. Teringat dekat mak sendiri.
Suami ada juga tanya, saya jawab saya rindu zaman bujang. Saya hidup bahagia je dulu, saya tak kacau orang, orang tak kacau saya. Entah, mungkin dah terbiasa hidup sendiri kut. Duit saya pun cukup je. Sekarang, balik kerja pun saya akan cuba balik selewat yang mungkin.
Dalam seminggu tu minggu 2x je yang balik awal. Hari – hari lain saya ajak suami pergi jogging or masjid, so bila balik rumah dah lewat kurang sikit rasa str3ss. Cuma weekend je tak boleh elak. Weekend saya akan cuba bangun seawal pagi kemas rumah mana yang patut (supaya tak terserempak dengan mak mertua, kalau tak ntah apa lagi yang kena comment).
Sejujurnya saya kesian dekat dia sebab dah 60-an, at least kalau saya kemas dia just touch up sikit apa – apa yang dia tak berkenan je. Saya dah cadangkan dengan suami untuk ambil orang gaji lepas kami keluar nanti, tapi suami kata rumah ni dah banyak bibik dulu, tapi semua lari.
Ada yang tanya, suami tak tolong dekat rumah? Suami saya tak pernah memasak seumur hidup, tapi dia cuba membantu saya basuh – basuh pinggan semua yang berakhir dengan jelingan dari mak mertua.
Saya faham perasaan ibu – ibu termasuk ibu mertua, dia jaga anak dia dengan sempurna dari kecil, of course dia nak orang yang jaga anak dia kemudian sekurangnya layan anak dia sama macam dia buat.
Tapi boleh tak dia bagi saya ruang untuk buat sendiri dengan suami. Saya bukan ibu kepada anak dia, saya adalah seorang isteri. Tolong bezakan tu. – Orange (Bukan nama sebenar)