Assalamualaikum. Aku baru baca confession pasal isu puding kat sekolah tu kan. Ada tt tu cakap yang ibu bapa sekarang ni bermacam ragam.
Tertarik aku nak menulis. Sebelum tu, aku ni cikgu sekolah rendah di sebuah sekolah di Semenanjung Malaysia.
Aku ajar Tahap 1 na. Aku orang utara tapi tak mengajar di negeri sendiri. Itu la sedikit perkenalan dari aku.
Betul hampa, mak bapak di sekolah aku ya macam – macam ragam dia.
Ni aku cerita ni berdasarkan kejadian yang berlaku di sekolah aku saja la, di sekolah lain aku tak tau. Nama – nama dalam cerita di bawah bukan nama sebenar tau.
Ragam 1 : Ibu ni mesej dalam group kelas. “Cikgu, Imran balik cerita dia rajin tolong cikgu di sekolah angkat buku, sapu kelas. Tapi kat rumah takde pula dia nak tolong saya buat keje rumah. Minta cikgu tolong nasihat dia ye. Jangan rajin di sekolah je. Kena rajin di rumah jugak”.
Speechless baca. Huhu. Bukan ka orang kata didikan awal bermula dari rumah. Budak – budak ni kan kadang – kadang kat sekolah dia lain, kat rumah dia lain. Aku pun reply la, Alhamdulillah dia ringan tulang kat sekolah ni, nanti saya cakap dekat dia. Dan aku pun pesan la kat murid, “hampa ni kena rajin tolong mak ayah kat rumah na”. Gitu.
Ragam 2 : Masa nak serahkan slip PBD. Ada ayah yang bertanya, “Cikgu, saya ni nak tau anak saya ni secara puratanya performance dia antara kawan – kawan dalam kelas macam mana ye? Dia terkedepan ke terkebelakang ke?” Aku terkedu. Adoii. Gena nak jawab. Macam statistik pulak. Haha
Ragam 3 : Aku terima mesej dalam group kelab.” Cikgu kenapa tak tengok anak saya beli.. Air 100plus, saya tak pernah ajar dia minum air bergula macam ni. Saya harap. Lepas ni cikgu alert ye dengan apa yang murid beli.” Tak cukup dalam group dia mesej juga personal.
Kisahnya kan, kami ada buat lawatan dan murid – murid dibenarkan bawa duit poket. Memang ada banyak kedai – kedai kat situ. Murid yang kami bawa sekitar 150 orang. Jenuh la kami cikgu – cikgu nak ikut setiap budak – budak ni cek depa beli apa. Dah duit depa, yang bagi pun mak bapak depa. Biaq la depa nak beli apa kan. Awat la tak pesan sesiap kat anak apa yang tak boleh beli. Tapi tak, salah cikgu jugak.
Ragam 4 : Ibu ni outstation dan anak dia tak pi sekolah la. Kebetulan aku buat kuiz. Ala kuiz biasa ja. Habis setiap topik aku buat kuiz. Murid ni memang tak jawab la kan dia tak pi. Ibu ni mesej, “Cikgu, Zarif kata cikgu tak bagi pun dia jawab kuiz yang dia terlepas tu. Kenapa ye?
Aku pun jawab la, “Ouh, tu cuma kuiz pengukuhan saja. Kalau tak jawab pun takpa”. Tapi ibu ni nak gak aku bagi anak dia jawab kuiz tu. Aku pun bagi ja la. Hmm. Pernah anak dia tak hadir masa exam sebab ikut ibu umrah.
Dia minta aku send PDF soalan exam kat dia nak bagi anak jawab. Laaa. Memang aku tak bagi la. Aku kata takpa tunggu Zarif mai nanti saya bagi. Ehh dia mintak juga. Aku terp4ksa la cakap tak adil untuk murid lain sebab Zarif jawab bukan di kelas. Ha baru ibu dia faham.
Ragam 5 : Ni paling aku terkilan sebab melibatkan Guru Besar. Ada ibu report dekat GB yang aku tak prihatin dengan kejadian menimpa anaknya. Mungkin dia kenalan guru besar ka apa aku tak tanya pun la. Kejadian tu macam ni. Aku namakan anak dia Ammar.
Ada la kawan sekelas Ammar baling pensel kaler dia ke lantai. Bersepah la. Ammar ni marah la. Jadi perg4duhan mulut sikit sebab kawan tu takmau kutip balik. Ammar mai mengadu kat aku. Aku dah soal semua aku minta la kawan tu kutip balik dan minta maaf kat Ammar.
Dan Ammar ni pun dah maafkan kawan dia tu. Elok ja depa main macam biasa lepas kejadian tu. Tiba – tiba, esok tu GB panggil aku. Dia cerita ada parent mengadu kata aku buat taktau ja bila anak dia mai habaq kat aku.
Ya ampun. Aku dah selesaikan dah masalah anak dia tu. Kaler pun cukup semua takdak hilang pun. Aku cerita semua GB cakap takpa dia faham. Isu tu pun kecik ja. Nasib la GB aku ni baik. Tak sangka la hal sekecil pun nak habaq kat GB. Boleh ja kan mesej aku yang guru kelas ni tanya. Hmm.
Ragam 6 : “Cikgu, Ana tadi kat sekolah dia tak makan langsung sebab kawan dia ambil duit dia. Cikgu tolong cari ye sape kawan tu. Dia pula tak ingat nama. Kesian Ana balik lapar.” Dah aku nak kena jadi detektif pula.
Begitulah hidup. Jadi cikgu ni, hanya pada perjawatan ja. Ada jawatan – jawatan yang tersembunyi. Sat – sat h4ng kena jadi misi, murid jatuh Iuka, bawa first aid kit boh ubat tempek plaster. Sat – sat h4ng kena jadi detektif, cari barang hilang. Haha. Sat – sat h4ng juga jadi ibu tumpang.
Ada yang Tahun 1 tu, baru – baru lagi rindu mak. Dok mai la peIuk aku ni. Laki pompuan sama ja nak peIuk, rindu mama la mummy la. Huhu. Cikgu pula yang segan. Takpa la bagi can la baru Tahun 1. Ada lagi ragam tapi tak larat nak taip dah.
Tu la nak habaq, aku kadang – kadang sebagai cikgu, tak faham apa parents nak sebenarnya. Kadang – kadang dok mesej kami siang malam tengah malam macam kami ni PA anak depa pulak yang dibayar gaji asing. Bukan mak ayah ja burn out tau jaga anak.
Aku cikgu ni pun kadang – kadang burn out dengan sistem pendidikan yang m4kin menc4bar, murid – murid menc4bar, ehh parents pun sama menc4bar nak kena handle. Aku bila cerita kat mak aku, mak aku kata nasib la zaman mak takdak henpon, takdak sapa nak kacau mak malam – malam. Haha.
Mak aku cerita, mak ayah zaman dulu segan nak minta cikgu buat macam – macam untuk anak depa. Setakat tu setakat tu ja la. Kalau kata tak jawab periksa pakai tak jawab la takdak nak minta ulang ka apa. Sapa suruh h4ng tak pi. Ni mak aku la kata.
Cikgu ni jaga bukan sorang budak. Ramai. Tapi kami cuba sebaik mungkin. Dan mesej – mesej dari parents ni, kami guru cuba takmau judge. Mungkin situasi tu parents risau, geram, marah dan ada yang taktau hal sebenar. Semua nak yang terbaik untuk anak depa.
Tapi kami pun manusia, bukan hal sekolah saja nak kena urus. Kami pun ada family. Harap parents pun memahami. Tambah yang murid Tahap 1 ni. Pensel hilang kadang – kadang bukan kawan ambil, tapi jatuh dari meja.
Depa bukan nak tengok dah. Cikgu juga yang kutip simpan dalam bekas. Kadang – kadang tu siap tanya ni pembaris siapa ni. Sorang tak ngaku. Padahal ada ja nama kat situ. Barang sendiri pun depa tak kenal. Haha. Maaf na kalau ada yang terasa dengan confession ni.
Aku rasa dalam Malaysia ni mesti ada sorang dua cikgu yang alami apa aku alami. Hihi. Ok la tu ja. Sekadar luahan dan perkongsian.. – Cikgu Aya (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Shamshudin Ahmad : Saya nak kongsi pengalaman anak – anak bersekolah di luar negara, 5 orang anak saya, tak ada dengar hal – hal macam ni, yang mana parents cerewet sampai buat cikgu macam maid diorang pulak.
Biasanya komunikasi hanya melalui email, yang dihantar setiap hujung minggu. Cikgu akan listkan apa plan dan aktiviti untuk minggu depan, termasuklah warna baju, apa nak bawak, ada sambutan apa – apa, test, quiz, semua lah.
Parents kena check email dan ikut jadual / plan yang cikgu bagi jer. Tak ada group WA bagai. Nak tanya apa – apa pun, semua melalui email dan cikgu juga responsif kepada setiap email.
Saya rasa tahap pendidikan dan per4ngai ibu bapa juga memainkan peranan dalam pembentukan peribadi anak – anak.
Kesimpulannya, jangan over-protected sangat, ajar anak berdisiplin dari rumah lagi dan bagi mereka peluang untuk berdikari.
Cikgu bukanlah maid / pengasuh anak – anak kita, tetapi sebagai guru yang mengajar anak – anak kita dan memberikan ilmu kepada mereka. Untung kalau ada cikgu yang concern pasal wellbeing anak – anak kita, tapi jangan lepas tu kita pula lepas tangan.