“Ramai puji mak mertua baik dengan aku, rumah pusakan pun mak mertua beri pada suami tapi lain pula perangai mak mertua bila suami meninggal”

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Assalamualaikum para pembaca budiman. Terima kasih kepada admin sekiranya cerita ini disiarkan.

Saya olah beberapa perkara, takut diketahui ramai siapa saya dan berharap agar cerita saya boleh dijadikan iktibar dan pengajaran.

Cerita ini telah berlaku beberapa tahun dahulu namun saya terpanggil untuk berkongsi.

Sedikit perkenalan, nama saya Sutera, berumur akhir 40-an, seorang guru dan mempunyai 4 orang anak yang alhamdulillah sihat dan bijak.

Seperti tajuk di atas, sememangnya saya seorang yang bersifat lurus, boleh dik4takan baik dan sentiasa husnuzon dalam setiap perkara.

"Ramai puji mak mertua baik dengan aku, rumah pusakan pun mak mertua beri pada suami tapi lain pula perangai mak mertua bila suami meninggal"

Saya tinggal bersama – sama mertua disebabkan suami anak lelaki tunggal. Suami telah menyatakan hasrat beliau sebelum kami bernikah, maka saya kenal – kenal dengan mertua dan serasi.

Adik beradik suami yang lain semuanya perempuan dan masing – masing bekerjaya professional dan berjaya namun tinggal sedikit jauh dari mertua. Suami saya juga alhamdulillah bekerjaya baik dengan gaji yang selesa.

Mertua saya kedua – duanya dari keturunan yang baik, beragama dan sebelumnya berkerja dalam bidang professional. Masing – masing sudah pencen dengan total RM8k sebulan. Saya tinggal bersama – sama suami, mertua dan anak – anak di rumah pusaka mertua.

Disebabkan kami agak ramai, saya dan suami bersetuju membuat personal loan (60% suami, 40% saya) untuk renovate rumah mertua dengan menambah bilik – bilik baru buat anak – anak disebabkan ibu mertua telah menghibahkan rumah tersebut kepada suami aku.

Kedua – dua mertua tahu akan pinjaman peribadi tersebut malah berterima kasih kerana saya sudi membantu meringankan bebanan kewangan suami. Anak – anak perempuan ibu mertua aku dihibahkan bahagian tanah di kampung yang agak luas.

Alhamdulillah semuanya baik dan happy. Ramai kenalan saya cemburu dengan keakraban mertua dan saya kerana saya dilayan seperti anaknya sendiri. Adik – adik ipar juga sangat baik dengan saya dan anak – anak.

Kesimpulannya, saya tidak kekok tinggal bersama – sama mertua. Namun semuanya tidak indah apabila suami saya meninggaI secara tiba – tiba. Ayat mertua, “jangan risau, ibu akan jaga Sutera dan cucu – cucu ibu. Teruskan teman ibu dan ayah di sini.”

Ya, saya bersyukur kerana ada yang menerima saya walaupun menantu. Ibu mertua juga bercerita kepada orang yang hadir, dia akan menjaga saya dan anak – anak. Ramai memuji tindakan ibu mertua. Saya terharu dan memikirkan nak anak sangat rapat dengan ibu mertua berbanding ibu saya sendiri, saya setuju.

Mungkin asbab kebaikan mertua, salah seorang anak perempuannya dapat bertukar ke negeri kami. Mereka sekeluarga menyewa di taman berhampiran kampung. Namun atas kekangan masa, anak – anak ipar aku dihantar ke rumah ibu mertua. Saya okay, the more the merrier.

Setelah beberapa bulan suami tiada, rumah yang kami renovate telahpun siap sepenuhnya. Rumah lama yang diberi nafas baru. Personal loan hanya tinggal beberapa tahun yang perlu dibayar. Dek kerana suami sangat menjaga perihal kewangan kami, saya dan anak – anak mendapat keseluruhan hibah simpanan suami.

Graduati suami, saya berikan sebahagian kepada ibu dan saya selesaikan personal loan kami berdua. Alhamdulillah, saya kurang bebanan hutang kecuali kereta saya yang juga tinggal beberapa tahun untuk diselesaikan. Urusan faraid alhamdulillah mudah. Ibu juga mendapat bahagiannya.

Perkara yang tidak disangka berlaku. Adik ipar aku sedikit sebanyak mula tidur dan tinggal di rumah mertua aku. Bilik anak – anak saya terp4ksa berkongsi. Tiba – tiba suatu hari ibu memanggil aku dan meminta supaya saya berpindah bilik dan berkongsi bersama anak perempuan saya disebabkan bilik kelamin saya agak besar, supaya senang anak perempuannya tidur bila balik selalu.

Alasannya sebab bilik tamu terlalu kecil untuk mereka berdua. Saya tak mampu berkata apa – apa kerana memikirkan kami hanya menumpang walaupun hakik4tnya hampir keseluruhan perabut telah saya tukarkan dengan yang baru dan cantik di bilik saya.

Sem4kin lama, adik ipar menyatakan hasrat untuk tinggal di rumah mertua. Alasan untuk menemani mereka yang sem4kin menginjak usia. Dia meminta saya berpindah ke tempat lain. Dia berkata apa akan jadi sekiranya saya berkahwin semula? Secara tiba – tiba.

Ya, saya terduduk dan tergamam memikirkan saya dan suami tidak pernah membeli sebuah rumah asbab ingin tinggal di situ. Banyak duit telah dilaburkan di situ. Saya bersyukur tidak meneruskan niat suami untuk membuat renovation dalaman.

Ibu mertua bersetuju dengan cadangan adik ipar. Alasan yang sama digunakan, apa akan jadi sekiranya saya berkahwin semula? Alasan seterusnya adalah kerana saya berkerja dan masih berpendapatan tetap serta ada pencen suami, jadi saya mampu untuk membawa diri saya dan anak – anak.

Anggaplah rumah ini hadiah dan kenangan suami buat ibu dan adik – adik beliau. Saya terdiam dan menangis. Sungguh saya disisihkan setelah banyak saya berhabis untuk rumah tersebut. Ibu mertua menyatakan bahawa tanah rumah tersebut atas nama beliau maka dia ingin memberikan kepada anak perempuannya.

Saya diam untuk beberapa lama. Namun saya sedar dan mula menguruskan urusan perpindahan rumah dan sekolah anak – anak saya. Alhamdulillah, saya mendapat pertukaran dengan mudah. Semua urusan anak – anak juga dipermudahkan.

Ya, itulah kisah husnuzon saya. Walaupun tinggal sedikit jauh, saya masih membawa anak – anak berjumpa nenek mereka. Namun layanan sangat berlainan berbanding ketika suami masih ada. Betul kata mertua, saya tak perIukan wang ringgit, tapi layanlah anak – anak saya yang juga sebahagian suami saya iaitu cucu mereka sendiri.

Mereka sekeluarga sangat bimbang sekiranya saya menuntut ‘hak dan janji’ anak – anak saya. Tidak mereka nyatakan secara nyata, namun saya faham setiap kali saya pulang melawat mereka. Ya, saya bersyukur asbab saya berkerja, mampu menyara keempat – empat anak saya.

Saya bersyukur suami hibahkan hampir kesemua simpanannya kepada saya dan anak – anak. Bagus bersangka baik, tapi ingatlah, kita menantu hanyalah orang luar. Kesilapan saya adalah, saya tidak menyemak hitam putih hibahan rumah tersebut. Rupanya hanya hibah di mulut. Tapi apalah hak saya untuk berkata apa – apa. – Sutera (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Nuriah Abdrazak : Apapun.. I’m proud of you mem. U seorang yang kindness.. u terp4ksa tanpa rela tapi u redo – redo dan u berkemampuan. It’s ok.. just let go. Genggam pada apa yang sedang dimiliki sekarang. Jangan beri peluang ketirisan berlaku lagi.

Bangga dapat suami seperti arw4h. Arw4h tak lupa pada u dan anak – anak. Hati manusia memang berubah.. akan berubah.. harus berubah.. serta wajib berubah. Inilah kehidupan dunia. I’m proud of you.

Fairuz Ashikin : Saya pernah baca kisah yang seakan – akan sama dengan kisah confessor berkenaan hubungan mertua dan menantu selepas kem4tian suami. Semoga para pembaca ambil iktibar.

By the way, saya rasa ada baiknya kalau tuntut nafkah untuk anak – anak dari keluarga mertua. Dah tanggungjawab. Lagipun keluarga mertua mampu (sepatutnya mampu) tanggung anak – anak confessor. Boleh buat tuntutan di mahkamah syariah.

BACA: “Perkara yang ditakuti dan dibenci setiap perempuan, ayah aku kahwin dengan janda kesukaannya, aku tak sangka pakcik dalangnya”