Kenapa jalan menaiki bukit dibuat bengkang bengkok, kenapa tak boleh lurus je?

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Baru baru ini tular satu laman Facebook yang memberi idea adalah lebih baik membina jalan lurus di kawasan peranginan tanah tinggi berbanding dengan membina jalan lurus.

Selain memberikan pemandangan yang lebih cantik, ia juga menjimatkan kawasan mengikut kenyataan laman Facebook tersebut

Bagi penulis kemungkinan ada 2 sahaja penjelasan yang boleh diterima berdasarkan kenyataan tersebut.

Pertama, kemungkinan besar kenyataan tersebut dibuat sekadar bergurau. Kedua, mungkin mereka tidak tahu kenapa jalan dibuat secara bengkang bengkok.

Kereta sebenarnya ada kuasa enjin yang terhad, dengan operasi enjin (RPM) berputar pada parameter yang tertentu sahaja.

Kenapa jalan menaiki bukit dibuat bengkang bengkok, kenapa tak boleh lurus je?

Atas sebab inilah enjin akan dipadankan dengan transmisi 4, 5, 6 kelajuan samaada manual atau automatik mahupun CVT

Transmisi inilah yang akan menggandakan kuasa enjin menjadi 2 atau 3 kali ganda berbanding dengan kuasa asal enjin.

Bayangkan kereta dengan 5 penumpang dan barangan yang memenuhi ruang kargo, adalah agak sukar bagi kereta yang kurang berkuasa untuk mendaki bukit sekiranya bukit terlalu tajam

Jadi sekiranya jalan dibuat terlalu lurus dari puncak bukit sampai ke kaki bukit, jalan ini akan menjadi terlalu curam dan terlalu sukar untuk dilalui oleh kereta penumpang biasa apatah lagi lori yang membawa muatan yang berat.

Bagi mengatasi masalah ini, jurutera awam akan menghadkan kecerunan jalan kepada 10-20% bagi kebanyakan jalan raya di Malaysia.

Namun bagi kebanyakan jalan, ia hanya terhad kepada 10%. 10% membawa maksud, bagi setiap pejalanan 10 meter akan berlaku perubahan ketinggian sebanyak 1 meter.

Sudut ini agak selesa dan boleh dilalui oleh mana-mana kenderaan dengan selamat untuk mendaki. Namun dari segi menuruni bukit juga, sudut ini membenarkan semua kenderaan turun dari puncah bukit dengan selamat.

Ingat, semakin tinggi bukit yang didaki, semakin tinggi tenaga kinetik yang dihasilkan oleh kenderaan.

Kenderaan yang menuruni bukit perlu membrek dengan tenaga kinetik tadi akan ditukar kepada tenaga haba yang terkumpul pada sistem brek.

Haba yang terlalu banyak akan menyebabkan brek kehilangan kecekapan membrek disebabkan oleh haba dan mengganggu pekali geseran brek.

Haba juga akan menyebabkan cecair hidraulik dalam sistem brek menjadi terlalu panas, menjadikan cecair brek gagal menghantar kuasa brek dari pedal brek ke angkup brek.

Bagi menghilangkan haba, cakera brek akan direka dengan sistem aliran udara (ventilated disc).

Namun isu yang sebenarnya jalan tidak boleh dibuat secara terus dengan menuruni bukit secara terus. Ia biasa direka supaya ketinggian jalan akan berubah secara beransur-ansur.

Bayangkan anda perlu menuruni bukit 100 meter dalam jarak yang singkat dengan jalan yang lurus.

Adalah lebih baik jika ketinggian 100 meter tadi berubah secara beransur ansur dalam 5 atau 6 selekoh yang berpusing pusing supaya ketinggian tadi kekal pada julan 10%.

Malah kadangkala terdapat perangkap pasir atau batu kerikil dibina pada pengujung selekoh agar kenderaan yang mengalami kegagalan brek boleh berhenti dengan selamat

BACA: “Tiada angin tiada ribut, masa aku dapat penyakit kelamin suami tuduh aku ada jantan lain, bila aku cabar suami pergi mahkamah lain pula jadi”