Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh, membangkitkan kemarahan apabila
Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) gagal menyediakan kerusi dan meja untuk murid-murid di sebuah sekolah agama.
Dalam sebuah video yang dikongsikan baru-baru ini di laman TikTok,
Akmal melawat sekolah tersebut selepas menerima aduan tentang kekurangan peralatan asas yang diperlukan oleh murid.
Dalam video itu, ADUN Merlimau tersebut menerangkan bahawa bajet telah diluluskan pada akhir tahun
sebelumnya untuk JAIM membeli kerusi dan meja, tetapi hingga kini mereka gagal melaksanakan tugas tersebut.
Seorang wakil dari JAIM menjelaskan bahawa peruntukan dari bahagian kewangan kerajaan negeri belum diperolehi sehingga kini.
“Saya faham bahawa peruntukan telah diterima pada akhir tahun lalu, jadi mengapa hingga sekarang peralatan ini belum dibeli?
Kasihan kepada anak-anak, tidakkah ustaz merasa kasihan melihat keadaan mereka? Berapa lama lagi nak tunggu, ini sudah bulan lima. Jika peruntukan masih belum diterima, saya faham, tetapi ini sudah lama,” ujar Dr. Akmal dalam video tersebut.
@drakmalsaleh Tidak boleh saya terima apabila anak2 kita terpaksa belajar di lantai akibat tiada meja & kerusi Bila mana proses birokrasi menyusahkan rakyat inilah akibatnya #drakmalsaleh ♬ The Champion – Lux-Inspira
Menurut Akmal, sistem birokrasi yang diamalkan dalam JAIM menjadi punca utama mengapa peralatan tersebut belum disediakan, dan akhirnya, beliau memutuskan untuk membeli sendiri meja dan kerusi untuk kegunaan murid supaya mereka dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dengan selesa.
Pada akhir video, Akmal memberitahu wakil JAIM yang hadir bahawa jika mereka tidak mampu melayani rakyat negeri Melaka, maka lebih baik mereka pulang ke negeri asal mereka.
Tindakan ini mendapat pujian daripada netizen yang mengharapkan agar agensi kerajaan lain bertindak lebih cepat dalam hal-hal yang melibatkan keperluan rakyat, dan mereka menggesa agar sistem birokrasi diperbaiki dengan segera.