Wanita kantoi sembunyikan mayat arwah bapa demi duit pencen RM7000 sebulan

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Seorang wanita telah didakwa kerana menyembunyikan mayat bapanya yang berusia 100 tahun agar dapat terus menerima bayaran pencen bulanan.

Suspek, yang identitinya tidak didedahkan, berasal dari Kota Kaohsiung, Taiwan, China.

Dia diketahui tinggal bersama bapanya, seorang anggota tentera selama lebih 50 tahun selepas kematian ibunya.

Pihak polis mulai merasa curiga pada November tahun lalu apabila wanita tersebut menolak operasi pembasmian nyamuk aedes

Di rumahnya, yang akhirnya menyebabkan dia didenda 60,000 Taiwan Dollar (RM8,766).

Wanita kantoi sembunyikan mayat arwah bapa demi duit pencen RM7000 sebulan

Semasa penggeledahan di rumahnya, polis bertanya tentang bapanya, tetapi wanita itu mengatakan bahawa bapanya kini dirawat di pusat jagaan.

Namun, apabila ditekan oleh pihak berkuasa yang mencurigai keadaan itu, dia mengubah cerita dengan menyatakan bahawa bapanya telah dibawa ke China oleh abangnya.

Namun, penipuan wanita itu terbongkar apabila siasatan polis mendapati bahawa abangnya telah meninggal dunia 50 tahun lalu, dan tidak ada rekod yang menunjukkan bahawa bapanya pernah dibawa ke Taiwan seperti yang didakwanya.

Polis kemudian menjalankan pemeriksaan lanjut di rumah tersebut dan menemui sebuah beg plastik hitam yang mengandungi rangka tulang yang didakwa milik bapa wanita itu.

Setelah penemuan itu, polis mula menyiasat penyebab kematian bapa wanita tersebut serta untuk menentukan sama ada terdapat unsur jenayah yang cuba disembunyikan oleh suspek.

Sementara itu, wanita tersebut menerima rawatan di hospital kerana keadaan kesihatannya yang lemah secara mental.

Walaupun butiran perkhidmatan bapa wanita tersebut tidak diketahui, purata pencen seorang veteran tentera di Taiwan dipercayai sekitar 49,379 Taiwan Dollar (RM7,205) sebulan.

BACA: Membisu dengan isu global, muncul gerakan online boikot selebriti, artis Malaysia pun kena