“Kakak mulut macam petir, kalau tak puas hati terus dia sembur walaupun dengan adik sendiri tapi dengan orang luar lembut kemain”

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Hai assalamualaikum, nama aku Bunga. Jika luahan ini disiarkan, aku sangat berterima kasih kepada admin, k

erana aku sangat perlukan nasihat dan pandangan dan juga kata kata semangat dari semua orang.

Aku berumur awal 30-an. Sudah berkahwin, dan ada dua orang anak.

Alhamdulillah aku dikurniakan seorang suami yang sangat supportive, dari segi kewangan dan juga dari segi pandangan.

Dia lah yang sentiasa mendengar segala luahan hati aku, dari awal berkahwin sehingga sekarang.

"Kakak mulut macam petir, kalau tak puas hati terus dia sembur walaupun dengan adik sendiri tapi dengan orang luar lembut kemain"

Anyway, aku seboleh bolehnya ingin mengelak diri ini dari dikenali kerana ini adalah aib keluarga aku. Aku sebenarnya sudah sampai ke tahap penghujung, jika aku ni tali, mungkin aku sudah putus, kerana tidak boleh lagi menanggung perasaan berat ini.

Begini, to cut it short. Aku datang dari broken family. Mak ayah aku sudah bercerai sejak aku di sekolah menengah, entah lah, tiada kesefahaman mungkin.

Kalau dulu, jika ada yang bertanya, mungkin air mata aku akan mengalir, tapi kini sudah tidak lagi, aku sudah kuat, mungkin pengalaman mendewasakan.

Mak ayah aku juga bukan orang senang, kalau dikategorikan, mungkin dalam kalangan B40. Mungkin itu juga adalah salah satu sebab jodoh mereka tak panjang, iaitu MASALAH KEWANGAN.

Tapi alhamdulillah juga, walaupun aku miskin, aku belajar sampai ijazah. Berkat doa ibu bapa. Aku sekolah berasrama dari tingkatan satu, ke sekolah berasrama penuh, hingga ke ijazah di universiti awam.

Oh lupa, aku tinggal dengan ayah aku selepas ibu bapa aku bercerai, jadi mostly yuran pembelajaran aku bapa yang tanggung. Dan juga ada sedikit biasiswa & PTPTN.

Begitu la hidup aku sehingga habis belajar, tidak mengharapkan sangat duit dari ibu bapa kerana aku tahu mereka tidak mampu.

Tapi disini, aku bukan ingin bercerita tentang lelah perihnya perjalanan aku dalam proses membesar, tidak. Aku ingin bercerita tentang keluarga aku. Aku ada seorang kakak, belum berkahwin, cantik orangnya. Bukan tiada yang nak, tapi mungkin tiada yang berkenan di mata kakak.

Kakak aku garang, selalu gaduh dengan ibu dan adik beradik yang lain. Sampai sekarang masih belum bertegur, rasanya last bertentang mata dengan ibu aku masa bulan 8 tahun lepas, ada selisih faham sikit antara mereka.

Itu yang aku tidak suka tentang kakak aku, mulut ibarat petir, kalau ada yang tidak puas hati, terus sembur tanpa fikir perasaan orang. Dengan adik beradik pun selalu bergaduh. Tapi dengan orang luar, lembut kemain.

Aku pun tak faham, kenapa dengan orang luar kakak pijak semut tak mati, tapi dengan darah daging sendiri boleh bermasam muka, tak bercakap sampai bertahun? Mana relevan nya disitu?

Ya mungkin ibu ini tidak sesempurna ibu orang lain, tapi itu kan ibu, bukan ke kita perlu menghormati ibu kita walau jahat macam mana pun mereka? I meant it’s okay if you don’t want to sanjung ibu sendiri, but at least show some respect? Itu kakak.

Sekarang abang, abang aku bekerja. Kerja biasa biasa saja. Tapi setiap bulan duit gajinya selalu tidak cukup, selalu meminta2 dengan aku. Kadang2 seminggu sekali.

Bagi aku, kalau sebulan sekali aku boleh lagi consider, tapi dua minggu sekali? Dia tiada komitmen apa apa. Dia tak sambung belajar, dia pakai motor suami aku.

Ya suami aku bagi motor dia untuk abang aku pakai ke kerja. Dia hanya perlu bayar minyak motor dan makan saja. Dia tinggal di rumah. Aku tak tahu kemana habis duit gajinya. Adik aku bagitahu aku haritu dia nampak abang aku main spin di handphone nya, jadi aku syak duit habis disitu.

Tapi setiap kali dia minta duit, aku memang akan sentiasa bagi, walaupun sikit, sebab aku takut dia takda duit nak makan, ya aku tahu sakitnya lapar. Sedih memikirkan jika dia kebulur. Itu lah aku, aku memang marah pada mulanya, tapi aku tetap akan bagi.

Sekarang adik aku, aku ada dua adik yang menggunakan nama aku untuk beli kenderaan, sorang beli motor atas nama aku, sorang lagi beli kereta aku yang jadi grantor. And oh lupa, kakak aku beli kereta guna nama aku, sebab dia takda lesen.

Yaaaaaaa tuan puan sekalian, begitu lah aku. Mungkin ada yang cakap aku bodoh kerana membenarkan mereka menggunakan nama aku, tapi jika bukan aku, mereka nak berharap kepada siapa? dan apa pilihan yang aku ada?

Kadang2 ada bank, aeon call aku jika ada yang terlambat bayar, aku penat. Penat fikir masalah orang. Sampai aku rasa nak lari ke negara orang. Biarlah aku sorang2 dengan suami dan anak anak sahaja.

Sekarang aku dalam proses nak buat rumah untuk ibu aku, ya menggunakan sepenuhnya duit aku dan suami. Adik beradik lain tiada yang tong tong ya.

Aku bukan berharap, tapi atleast ada perasaan tanggungjawab ingin menyumbang, even suami aku yang hanya menantu pun menyumbang. Banyak lagi tu dari aku, aku sangat terhutang budi dengan suami aku.

Kalau dikira, bukan tanggungjawab dia untuk menyumbang sedikit pun. Tapi atas belas ehsan sahaja. Mana adik beradik aku? Tiada ya. Hanya aku dan suami yang urus dari A to Z.

Aku anak tengah, tapi aku rasa macam aku ni anak sulung. Segala masalah dirumah akan sampai ke telinga aku, kemudian aku la yang akan pening. Ya pening memikirkan masalah orang lain. Hormon aku pun dah terumbang ambing sebab diri sendiri terabai.

Aku bukan kaya, aku hanya cukup. Cukup dengan keadaan semasa, apa aku nk makan, aku boleh makan, tapi kami hidup bersederhana. Sehingga kadang2 aku terpaksa ketepikan kehendak aku sebab ingin menyimpan duit untuk buat rumah ibu aku.

Kekadang aku penat, tapi aku positif kan diri, tidak pernah miskin dengan memberi, lagi2 dengan darah daging sendiri. Ya itu la kalimat yang sentiasa dibibir aku.

Ada hari aku menangis, sebab penat. Ibu aku seorang yang pelik, mungkin akibat dari penceraian dia, dia adalah seorang yang sangat negative thinker, disalah tafsirkan niat kita, kata2 kita. Kadang sampai aku rasa taknak bersembang jika tiada yang perlu.

Aku bercakap bila perlu sahaja, kenapa? Sebab semua bait2 ayat aku akan disalah tafsirkan. Aku rasa dalam sepuluh orang, lapan orang dia akan bergaduh. Ya semua tidak kena di mata dia.

Aku selalu pesan, jangan cari gaduh dengan orang, biarkan sahaja orang itu begitu, orang ini begini, kita hanya jalankan hidup kita sahaja. Sebab itu la dia selalu bergaduh dengan anak2, ada sampai dia keluar dari rumah, duduk merata2, bekerja sana sini ya.

Iya sehingga ke tahap itu, dia taknak duduk dengan anak anak. Sebab anak anak ini derhaka dengan dia. Kadang aku tak salahkan adik beradik aku, adik beradik aku jadi macam tu kerana mereka kurang kasih sayang dari ibu bapa.

Tapi aku juga kurang kasih sayang, so aku corak hidup aku dengan cara aku sendiri. Kita diberi pilihan untuk terus hidup dengan perangai sebegitu, atau kita ubah cara hidup kita. Kalau bukan kita yang ubah diri sendiri, siapa?

Ibu aku juga seorang yang sentiasa rasa diri dia betul, tak boleh nasihat, nanti kena bebel. Nanti kena cop derhaka.

Semalam baru aku bertelagah dengan dia sebab dia tengok video youtube, aku bagitau yang video tu menipu, itu hanyalah cerita rekaan semata mata, tapi dia deny!

Dia cakap tu cerita betul!! Babeeeeee, wujud ke puteri kayangan????? Mati2 dia cakap tu cerita betul, hmmm korang tafsir la sendiri.

Aku beranggapan andai ini takdirnya, aku terima dengan hati yang terbuka, cuma kekadang aku perlu luah to keep me sane. Mungkin harini aku sedikit stress sebab aku ada selisih faham sikit dengan ibu aku semalam.

Semoga ada sinar untuk keluarga aku pada esok hari, korang doakan ya. Maaflah terpanjang sikit. Harap korang tak penat baca..

– Bunga (Bukan nama sebenar)

BACA: “Dari bujang duit asyik hilang, suami nekad nak pasang mangga setiap bilik rupanya terbongkar mak mentua…”