‘Setiap kali pokok tumbang, mesti salah DBKL, betul ke? Akhirnya respon kes pokok tumbang

Oleh SURIANI HAMDAN

Tidak dapat dinafikan, ramai yang meluahkan rasa bimbang susulan kejadian pokok tumbang yang telah berlaku di sekitar kawasan Kuala Lumpur baru-baru ini.

Insiden tersebut telah menyebabkan kerugian dan kemalangan jiwa hingga meragut nyawa,

Dan netizen meminta pihak berkuasa, terutamanya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Enggan berdiam diri, DBKL tampil memberi penjelasan bahawa terdapat dua jenis pokok di sekitar ibu kota iaitu pokok persendirian (private) dan pokok awam (public).

Jelas DBKL, pokok persendirian adalah tanggungjawab pemiliknya yang perlu dijaga dan diuruskan dengan baik, manakala pokok awam adalah tanggungjawab DBKL.

'Setiap kali pokok tumbang, mesti salah DBKL, betul ke? Akhirnya respon kes pokok tumbang

“Setiap kali pokok tumbang, mesti salahkan DBKL, betul ke?

“Di Kuala Lumpur ni ada dua jenis pokok, pertama adalah pokok persendirian dan kedua adalah pokok awam. Pokok awam adalah tanggungjawab DBKL.

“Tapi kalau pokok persendirian, ia adalah tanggungjawab pemilik untuk jaga pokok tersebut. Mereka perlu menjaga, mengkaji dan memastikan pokok tersebut dalam keadaan baik. Macam kalau korang tanam pokok kat rumah, korang sendirilah yang bertanggungjawab.

@friendsofdbkl setiap kali pokok tumbang salah DBKL ke? #friendsofdbkl #dbkl #datukbandar #fyp #madani #pmx ♬ Epic Music(863502) – Draganov89

“Dan pokok awam pula, DBKL akan jaga. Kita akan buat pemantauan secara berkala jika ada sebarang bahaya dan menerima apa-apa aduan,” jelasnya.

Selain itu, DBKL turut mendedahkan bahawa tiada had usia bagi setiap pokok, namun ia perlu dipantau bagi memastikan pokok di bawah jagaannya dalam keadaan baik dan selamat.

DBKL juga menyeru orang ramai supaya membuat aduan jika terdapat pokok yang tidak selamat di sekitar Kuala Lumpur.

“Ramai yang tanya ada tak had usia pokok? Jawapannya adalah tiada, cuma DBKL akan jaga dan pastikan pokok dalam keadaan yang baik. Tapi kalau dah teruk sangat kami akan tebang. Kami di DBKL ingin mengingatkan kepada semua warga kota jika melihat ada pokok-pokok dalam keadaan berbahaya boleh buat aduan di adu@KL,” katanya.

Terdahulu, kejadian pokok tumbang di Jalan Pinang berhadapan Kuwait Finance di ibu negara nyaris menimpa kenderaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh pada petang Isnin.

Malah, pada 8 Mei turut berlaku kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail yang menghempap 17 kenderaan dan landasan monorel sehingga menyebabkan seorang lelaki tempatan maut manakala dua lagi cedera.

BACA: “Mak mertua ada hubungan dengan suami orang hampir 11 tahun, hari-hari suami orang tu datang rumah, macam mana kalau isteri aku tahu”