“Tiada angin tiada ribut, masa aku dapat penyakit kelamin suami tuduh aku ada jantan lain, bila aku cabar suami pergi mahkamah lain pula jadi”

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Rumahtangga anda aman, bahagia dan dapat suami yang sayangkan keluarga, anda patut banyak bersyukur,

sebab bukan semua wanita sama nasibnya seperti anda, ada yang hidup dalam pend3ritaan,

ketakutan, suami kaki pukuI, kaki jvdi, kaki perempuan kaki kelentong, putar alam dan lebih teruk yang tak bertanggungjawab.

Dan tolong jangan kata kami tak pandai layan suami, taktahu jaga suami, tak pandai masak dan macam macam lagi.

Sebab bezanya suami kami tak seperti suami anda yang mungkin baik serta bertanggungjawab.

"Tiada angin tiada ribut, masa aku dapat penyakit kelamin suami tuduh aku ada jantan lain, bila aku cabar suami pergi mahkamah lain pula jadi"

Suami yang tak bertanggungjawab inilah paling banyak berlaku sekarang, kerana suka menipu menjadi punca rumahtangga h4ncur, anak – anak bertabur.

Lebih s4kit hati tak mahu bagi nafkah anak, sebaliknya lebih rela bayar upah peguam beribu ringgit daripada bagi makan pakai dan pelajaran untuk anak. Saya tak kata orang lain, tetapi inilah yang terjadi dalam kehidupan saya.

Benar jodoh urusan Allah, tapi saya kurang bernasib baik dapat suami bukan sahaja kurang bertanggungjawab, tetapi menipu saya dengan pelbagai kegiatan yang mengguris hati, membohong hingga ke akhir hayatnya. Pertama setaraf pendidikan antara kami amat berbeza macam langit dengan bumi.

Bukan mengh1na, tetapi dah kerana jodoh saya terima dia seadanya. Apa nak kata, saya ada ijazah, sedangkan dia tidak, tetapi saya sabar mungkin ada rahmatnya kemudian hari. Tetapi harapan berterabur tengah jalan. Mula – mula kahwin, memang nampak semua ok, tetapi bila dah dapat anak, barulah terbongkar segalanya.

Saya s4kit hati dia lepaskan tanggungjawab , kepada saya sedikit demi sedikit. Kerana malas berg4duh, malu pada jiran, saya terp4ksa selesaikan masalah yang diletakkan atas kepala saya. Sebab dia tahu pendapatan bulanan saya dan dia mahu saya urus urusan keluarga.

Akhirnya bab makan minum, bayar bil utility dan sewa rumah jadi urusan saya pulak. Satu bab yang meny4kitkan hati dia suka simpan bil konon nanti dapat gaji dia bayar, akhirnya bila jumlah bil beribu ringgit, dia tunjuk bil pada saya untuk selesaikan, setelah TNB bagi amaran nak p0tong meter.

Saya kata kan you kata nak bayar, kenapa tak bayar. Dia buat muka ‘sardin’. Dalam tak ada duit, diam – diam dia beli rumah, rumah flat pun, dia letak nama dia, katanya dia akan bayar, tetapi macam biasalah, berbulan bertangguh.

Akhirnya saya terp4ksa selesaikan. Memang meny4kitkan kepala, kita tolong bayar sebab tak suka berg4duh. Kerana malu pada anak – anak sebab selalu sangat bertengkar pasal duit, saya terp4ksa diamkan diri, tapi m4kin diam, m4kin selalu dia ‘kenakan’ saya.

Selalu sangat nak pinjam duit. Bila hidup dah selesa, semua saya tanggung, dia malas pulak pergi kerja, ada aja halnya, terutama kerja kontrak. Namun itu semua terp4ksa saya atasi, sebab falsafah saya urusan rumah habis di rumah, urusan pejabat selesaikan di pejabat.

Jadi kerana suami bermasalah dengan duit, saya terp4ksa tumpukan banyak masa pada pejabat, cari duit, sebab kalua saya tak bekerja sapa nak bagi makan anak – anak? Walaupun sering tak berduit, satu yang baik per4ngai suami saya, tak pernah balik lewat, selalu ada di rumah, dan selalu bantu uruskan makan minum anak – anak.

Itu yang membuat saya sedikit sabar dan tak syak yang buruk padanya. Lagi pun kerja saya banyak dan terp4ksa selesaikan segera. Cerita ‘kelainan’ per4ngai suami saya mula terb0ngkar bila ayah mertua saya s4kit, kata suami doktor tak boleh ubat, dia bawak dukvn wanita dari seberang yang dia dakwa boleh mengubat ayahnya.

Kata suami, dukvn ini pandai mengubat. Ramai yang sembuh. Tapi entah kenapa hati dan naluri saya tidak yakin, melihat orang nya. Sebab habis ubat bapak mertua, tetiba dia capai dan pegang tangan saya tanpa dipinta. Terus dia kata saya kaki jantan.

Berder4u d4rah saya, apa hal dia ni boleh tuduh saya kaki jantan. Katanya saya suka jantan, dekat mana ada jantan, situ saya ada! Terus saya tarik tangan saya. Dengan rasa marah dalam hati saya kata, “aku tak suruh, apa hal kau ni tilik aku?

Kau dukvn atau tukang tilik?” Saya kerja level atas, tentulah ramai rakan sekerja kaum lelaki, terutama jika dalam mesyuarat, perbincangan dan seminar. Perbuatannya memang s4kitkan hati saya. Tapi saya diam, maklum di rumah mertua.

Lebih kurang setahun kemudian saya rasa satu perubahan berlaku pada saya, tetiba saya dapat peny4kit kelamin (h3rpes) s4kitnya minta ampun. Saya tanya suami, “mana awak ambil peny4kit ni berjangkit pada saya?”

MaIangnya suami tuduh saya pulak simpan jantan, katanya, “entah jantan mana kau simpan kau tidur dengannya, kau tuduh aku pulak?’’ Patutlah dukvn tu kata saya ada ramai jantan. S4kitnya hati Allah saja yang tau. Puas juga berubat. suami tetap tuduh saya. Walaupun saya nafikan.

Kerana tahu diri tak bersalah saya c4bar suami buktikan jantan mana saya simpan atau tidur. Bawa saya ke mahkamah saya rela bercerai jika ada bukti. Barulah dia diam. Saya kerja teruk cari duit tanggung makan minum keluarga, tanggung pelajaran dan sekolah anak – anak, bagi dia duit bila tak ada duit, tetapi dia sesedap mulut tuduh saya simpan jantan. Bila saya c4bar dia buktikan dia terdiam.

Nak jadikan cerita satu hari saya terbaca berita dalam paper sesiapa yang nak poligami boleh buat permohonan dan info lengkap diberikan dengan no telefon sekali. Sesiapa nak semak permohonan sudah diluluskan pun boleh semak.

Saya saja semak nama suami lengkap dengan no KP sekali. Terk3jut saya bila terpampang nama suami dalam senarai permohonan berpoligami. Walaupun terk3jut tetapi saya jalankan siasatan dalam diam. Saya telefon pejabat agama Shah Alam. Sah memang suami saya mohon poligami.

Tanpa bertangguh saya tanya suami benarkah dia nak poligami? Saya akan tanya bila saya balik malam nanti. Sah mulai malam itu seminggu suami tak balik. Memang pasti dia dah nikah sebab tu takut nak balik rumah. Saya terus jalankan siasatan sah dia sudah nikah sindikit kata pejabat agama.

Mereka ada surat nikah dari Palembang. Sudah pasti kampung dukvn wanita tersebut. Lebih memeranjatkan mereka sudah 12 tahun nikah, saya tak tahu! Ya Allah k3jamnya, patutlah selama ini saya dibebankan dengan urusan keluarga, sedangkan dia urus makan minum isteri kedua. ZaIim sungguh.

Tetapi saya pelik suami tak ada passport, dia tak pernah ke luar negeri, dia tak pernah tinggalkan rumah kami walaupun sehari, dia sentiasa ada di rumah. Bila pulak dia nikah di Palembang? Sudah pasti mereka nikah sindiket.

Suami minta poligami kerana nak sahkan pernikahannya sebab dah ada anak nak bersekolah dan dukvn itu mahu anaknya jadi anak Malaysia. Sekarang sahlah suami pun dapat peny4kit kelamin itu dari isterinya si dukvn tersebut.

Walaupun berpoligami, suami pandai sorok, dia tak pernah bermalam di rumah dukvn yang suami sewakan itu, sebab siang hari dia makan tidur di rumah dukvn. Bila tak ada duit dia minta duit saya. Sebab dia tak ada kerja tetap, alasannya tak cukup duit.

Sebelum bab poligami terbongkar banyak kejadian aneh berlaku pada diri saya, tak perlulah saya ceritakan di sini, menyeram dan menakutkan sungguh. Memadai saya ceritakan kes motor suami terbakar. Kejadian motor terbakar tak pernah berlaku sebelumnya, bukan sekali, tetapi dua kali, hampir hampir menyambar rumah saya.

Hingga terp4ksa report polis. Awalnya kami fikir perbuatan khi4nat, maklum kita duduk berjiran mungkin masalah orang lain, rupanya si dukvn marah tak dapat duit. Dia jelas beri amaran kepada suami, kalau tak dapat duit, kau terimalah baIasannya. Itu andaian saya. Tetapi mungkin juga ada benarnya.

Berbalik kepada cerita terbongkarnya kes poligami, suami enggan balik rumah. Saya tetap tuntut cerai di mahkamah. Suami bantah, tak mahu ceraikan saya. Sebaliknya tuduh saya Nusyuz. Jawab saya mudah, buktikan di mahkamah. Saya tetap tuntut cerai.

Bila kes terbongkar dan ramai ahli keluarga dah tahu banyaklah rahsia yang selama ini tertutup, tetiba timbul hingga meng3jutkan. Saya tidak tahu rumah flat yang dibelinya sudah tergadai sebab dia tak habiskan bayaran ansuran.

Saya tak pernah tahu suami dapat faraid setelah kem4tian ayahnya iaitu sekeping tanah, tetapi sudah terjual, berharga lebih RM200 tetapi dia beritahu saya dia dapat duit faraid cuma RM50K sahaja dan dia nak selesaikan bayaran ansuran rumah flat yang dia beli. Saya diam kerana duit dia dan rumah dia.

Tetapi itu semua dia tipu. Sebab rumah flat itu pun dah ada dalam tangan along berlesen. Semua kes ini terbongkar setelah dia meninggaI dunia. Saya benar – benar tidak tahu apa lagi k3jutan yang bakal saya dengar selepas dia dah tiada. Saya benar – benar berharap saya tak dapat s4kit jantung lepas ini.

Kejutan 12 tahun dia madukan saya sungguh meny4kitkan hati, hingga dapat anak, berita yang cukup memedihkan hati ini, belum masuk jual tanah, rumah dan sebagainya. Kini saya berdoa agar tidak ada lagi berita yang meng4jutkan saya supaya saya dapat hidup dalam aman bersama anak – anak.

BACA: “Aku beli cincin mak dah canang kat semua sedara, ni yang aku buat lepas aku tahu perangai sebenar mak..”