Saya dah berkahwin dalam usia perkahwinan menginjak 10 tahun.
Dipendekkan cerita, daripada awal perkahwinan suami kantoi simpan janda yang mana bila ditanya alasan mereka berhubungan cumalah sekadar rakan kerja.
Pada awalnya, saya terima dan saya bersangka baik sehinggalah kantoi perbuatan suami yang keluar ke mana-mana ditemani janda tersebut bila berlakunya perselisihan faham dalam rumahtangga.
Bila kami suami isteri bergaduh, suami banyak salahkan saya sebab saya tak memahami keadaan kerjanya yang banyak berjumpa dengan orang.
Awal-awal kahwin saya ada warning janda ni untuk jauhkan diri daripada suami, tapi masih sama sampai sekarang. Penyondol tegar ya!
Saya sebagai seorang isteri tak boleh terima situasi kerja bila suami hanya berhubungan dengan janda sedangkan ramai lagi rakan kerja yang lain.
Benda boleh elak kenapa mencari sebab sehingga menyebabkan suami isteri bergaduh. Saya dan suami tak pernah bergaduh melainkan isu perempuan.
Saya agak terkilan selama saya membantu suami menguruskan hal rumahtangga, saya dibalas dengan kecurangan suami.
Saya sampaikan mengadu pada keluarga suami,
Tapi apa sahaja yang saya adukan, keluarga suami tak pernah faham dan hanya salahkan saya sedangkan suami yang buat masalah, malah mereka menyokong perbuatan suami.
Bila banyak kali kantoi suami berhubungan dgn janda, saya mintak cerai dengan suami, cuma itulah saya tertanya-tanya apa yang suami nak dalam hidup,
Sedangkan hidup lengkap ada isteri anak tapi masih menyimpan janda. Suami sanggup korbankan keluarga kecik demi janda.
Oh, ya kami masih dalam proses bercerai.
Saya dah tawar hati, tak mampu nak pertahankan lagi-lagi bila dalam proses cerai pun suami berani keluar berdua dgn janda, sedangkan dia tahu dia masih suami orang.
Tak faham sebenarnya nak apa!
– Orked (Bukan nama sebenar)