Kesusahan adalah perkara yang dapat menjadikan seseorang itu lebih matang dalam menjalani kehidupan berbanding membesar dengan semua perkara sudah tersedia.
Namun zaman moden begini, ibu bapa kerap kali memanjakan anak-anak kerana tidak mahu mereka merasai kesusahan yang sama ketika kecil.
Kisah benar ini menceritakan wanita ini yang diuji sejak dari kecil namun tidak pernah mengeluh namun segalanya berubah apabila dia diterima bekerja si suatu tempat.
Kebelakangan ni saya perhatikan banyak artikel berkaitan mereka yang agak patah hati dan sedih dengan takdir mereka.
Tak dapat kerja best, gaji kecil, tak dapat sambung belajar, hidup yang tak kaya macam orang lain dan sebagainya.
Saya terpanggil untuk berkongsi secebis pengalaman hidup saya. Manalah tahu dapat memberi sedikit harapan atau jalan kepada mereka yang hampir – hampir putvs asa. Saya wanita, berusia hujung 30-an, isteri dan ibu kepada 2 orang anak. Perjalanan hidup saya ni biasa-biasa sahaja.
Ada satu fasa dalam kehidupan saya, mak dan bapak agak senang dan mampu bagi kami duit jajan RM15 pada hujung minggu (zaman 90 an- jumlah ni agak banyak ya). Namun fasa tu cepat berakhir dan bapak tidak bekerja, hanya berniaga kecil-kecilan dan mak suri rumah.
Saya anak kedua, tapi mak dan bapak selalu mengharapkan saya untuk buat apa-apa urusan. Pendek kata, dari sekecil-kecil urusan nak ke kedai sampailah bila tukang masak tak datang kerja, sayalah yang mereka harapkan untuk buat semua tu. Saya masih muda ketika tu, baru 13 – 14 tahun.
Dalam usia remaja macam tu, jiwa saya selalu memberontak, saya selalu rasa mak dan bapak sangat tidak adil pada saya sebab Along dan adik hanya duduk sahaja, tak perlu buat apa-apa. Mak dan bapak memang memanjakan mereka berdua.
Kalau saya hanya mahu memandang tentang hal tu, tentu tak ke mana hidup saya sekarang. Saya anggap layanan mereka sebagai c4baran yang mematangkan saya. Disebabkan mak dan bapak selalu mengarah saya buat pelbagai kerja, saya membesar menjadi seorang yang berdikari dan resilient.
Saya belajar bersungguh-sungguh walaupun mak kata dia tak ada duit nak sekolahkan saya. Saya gunakan biasiswa saya yang berjumlah RM300 setahun untuk bayar yuran sekolah, beli buku dan alat tulis masa permulaan sekolah.
Oh ya, bapak saya ni berketurunan mamak, manakala mak saya Melayu, jadi dalam surat beranak saya tertulis bangsa saya adalah “India Muslim”. Jadi saya tidak layak mendapat sebarang kelebihan bumiputera. Saya adalah pelajar cemerlang UPSR dengan keputvsan 5A.
Kawan-kawan dari sekolah yang sama, dan hanya dapat 4 dan 3A, mereka dapat masuk kelas Rancangan Khas dan duduk di kelas pertama. Kerana mereka bumiputera dan saya bukan. Saya perlu bersaing dengan pelajar bukan bumiputera yang lain dengan kuota yang sedikit.
Begitu juga biasiswa, kawan-kawan lain dapat RM600 setahun tetapi saya hanya separuh dari mereka. Alhamdulillah ala kulli hal. Saya tidak mahu mengeluh jadi ketika hujung minggu yang bertuah, saya akan kerja bantu orang di kenduri kahwin.
Dapatlah saya RM20 untuk duit poket ke sekolah minggu tu. Betapa saya seronok kalau ada orang kahwin ketika tu, hanya Allah yang tahu. Kiri dan kanan kehidupan saya memang seolah-olah tidak adil kepada saya. Tapi saya tidak mahu berputvs asa.
Saya tak mahu menyalahkan mak dan bapak sebab tak mampu menyediakan kesenangan untuk saya. Selain kerja pada hujung minggu, saya juga kerja di kilang setiap kali cuti sekolah panjang hujung tahun. Saya mula kerja di kilang pada usia 14 tahun.
Sebagaimana saya belajar bersungguh sungguh, saya kerja di kilang dengan bersungguh-sungguh juga. Pada usia 14 tahun, saya bawa balik RM800 – RM1200 gaji sebulan berserta OT dan komisen tambahan. Saya bagi semua gaji saya pada mak dengan harapan dia akan bahagikan untuk duit persekolahan tapi malangnya keluarga lebih memerlukan duit tu.
Jadi saya masih lagi pergi ke sekolah tanpa duit poket melainkan kalau ada kerja di kenduri kahwin. Dari hasil biasiswa, kerja di kenduri kahwin, kerja kilang, jadi guru tuisyen, dan pinjaman PTPTN sebanyak RM21K, saya berjaya menanggung sepenuhnya pembiayaan pelajaran saya dari tingkatan 1 hinggalah tamat degree tanpa bantuan kewangan mak dan bapak.
Malah hasil dari biasiswa, kerja dan PTPTN saya gunakan untuk membantu mereka. Ketika tu saya tidak susah mencari kerja sebab penyelia – penyelia kilang akan hubungi saya setiap kali hampir cuti sekolah atau cuti semester sebab mereka memang tahu kualiti kerja saya macam mana.
Saya selalu capai t4rget, tidak suka ponteng kerja dan berani memberi idea walaupun sebagai operator kilang sahaja. Habis sahaja peperiksaan terakhir degree, saya dapat tawaran di sebuah pusat pendidikan kanak-kanak dengan medium pengajaran adalah Bahasa Inggeris.
Saya ketika tu sepatah h4ram tak boleh bercakap Inggeris dan bila mula bercakap saya akan tergagap – gagap. Tapi saya terima tawaran kerja tu dan saya masih ingat manager yang hire saya tu kata, dia tahu saya tak boleh bercakap Inggeris tapi dia nampak saya seorang yang mahu belajar. Itu adalah game changer dalam kehidupan saya.
Saya dah kahwin ketika berusia 24 tahun dan ujian kesusahan masih belum berhenti bahkan menjadi lagi sulit. Suami saya disahkan menghidap peny4kit kronik sehingga dia tidak dapat bekerja lagi pada tahun kedua perkahwinan kami.
Kalau dulu saya bekerja menanggung mak bapak dan adik-adik, selepas berkahwin saya perlu juga menanggung suami yang s4kit dan anak-anak. Hasil gaji yang saya dapat semuanya hanya untuk menanggung keluarga dan keperluan asas kami.
Saya tidak ada simpanan, tidak ada kereta besar, barang kemas atau apapun yang orang lain ada. Bahkan saya terjebak dengan hutang tidak sihat seperti kad kredit dan pinjaman peribadi di bank. Tapi kecewa dan putvs asa tidak ada dalam kamus hidup saya.
Saya tidak suka nak membandingkan hidup saya dengan orang lain. Jadi saya tak rasa tertekan untuk hidup macam mereka. Pada usia 32 tahun, saya berusaha nak cari kerja yang lebih baik, saya hantar ratusan resume ke pelbagai education company.
Saya hadirkan diri ke lebih 30 interview dan akhirnya saya dapat kerja di dua sekolah antarabangsa. Satu hanya 5 minit dari rumah dan kedua 1 jam setengah dari rumah. Lepas buat solat istikharah, saya rasa kuat untuk memilih sekolah yang jauh dari rumah.
Dan siapa sangka, di sinilah kehidupan saya mula selesa dan dapat banyak rezeki yang tak terduga. Tapi itupun bukan dalam bentuk gaji atau wang ringgit yang besar. Selepas setahun bekerja saya ditawarkan menjadi staff asrama di company yang sama.
Saya diberikan elaun tambahan, sebuah rumah flat dengan pembiayaan penuh bagi elektrik, air dan segala fasiliti. Flat yang saya tinggal sekarang jauh lebih selesa dengan aircon di setiap sudut dan perabot yang tersedia.
Makan, minum kami sekeluarga ditanggung sepenuhnya. Mahu apa untuk keselesaan di rumah, hanya beritahu manager dan mereka akan sediakan. Walaupun gaji saya masih perlu bayar banyak komitmen. Tapi kesenangan yang saya dapat, tak pernah saya bayangkan sebelum ni.
Anak-anak saya dapat belajar percuma di sekolah antarabangsa. Setiap kali saya bertugas bawa pelajar untuk trip ke sana-sini, anak-anak dan suami saya ditanggung sepenuhnya. Kami dapat merasa makan di buffet hotel – hotel berbeza setiap 3 bulan tanpa perlu bayar apa-apa.
Segala jenis sukan anak saya boleh ikuti, rock climbing, ninja, swimming, bowling, apa sahaja yang saya tak mampu nak bayar anak-anak saya dapat main secara percuma. Kehidupan kami betul-betul berubah dan kami sangat bersyukur.
Suami juga sudah pulih dan boleh bekerja semula. Sem4kin melimpah ruah rezeki kami. Walaupun kami masih tidak ada simpanan yang banyak, barang kemas mahupun gajet – gajet mahal. Kami kini mampu bawa anak-anak bercuti ke tempat – tempat berdekatan. Mencipta memori sebanyak yang mungkin.
Kini, pada usia 37 tahun saya cuba dapatkan apa yang saya tak dapat sebelum ni. Saya mula belajar berenang, memanah, melukis, mewarna, menggunakan alat musik dan insya Allah saya akan menyambung master oktober akan datang.
Saya terasa seperti kanak-kanak semula dan teruja dapat belajar benda baru dalam hidup saya. Saya tidak tahu apakah ketentuan Allah SWT untuk masa akan datang. Saya serah segalanya kepada Allah SWT. Saya nak ajak semua yang sedang berdukacita dengan nasib mereka sekarang. Percayalah, selepas setiap kesusahan pasti akan ada kesenangan.
Bukankah Allah SWT dah berjanji bahawa hidup di dunia ni sementara sahaja dan hidup ni adalah medan ujian untuk kita. Kesusahan adalah ujian, kesenangan juga sebuah ujian. Ujian untuk terus bersyukur dan mengingat Nya.
Semoga Allah SWT angkat doa-doa kita semua dan menempatkan kita di dalam syurga yang kesenangannya kekal abadi. Amin ya Rabbal Alamin. – Tira (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Ramai tak tahu perbezaan status tanah hakmilik sementara dengan hakmilik kekal