Shell tutup kedai, jual stesen minyak di Malaysia kepada Saudi Aramco

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Shell, syarikat bahan api dan tenaga terkemuka, sedang dalam perbincangan dengan Saudi Aramco,

syarikat minyak milik kerajaan Arab Saudi, untuk menjual perniagaan stesen minyaknya di Malaysia.

Empat sumber industri yang mengetahui mengenai perbincangan itu mengatakan bahawa nilai perjanjian urus niaga itu mungkin mencapai AS$1 bilion (RM4.7 bilion).

Walaupun Shell memiliki rangkaian stesen minyak kedua terbesar di Malaysia, mereka enggan memberikan komen mengenai rundingan tersebut,

Tetapi menegaskan bahawa Malaysia adalah pasaran penting bagi syarikat mereka. Saudi Aramco juga enggan memberikan sebarang komen.

Shell tutup kedai, jual stesen minyak di Malaysia kepada Saudi Aramco

Menurut laman webnya, Shell, yang berkantor pusat di London, memiliki sepenuhnya kira-kira 950 stesen minyak di seluruh Asia Tenggara. Sementara itu, Petronas, syarikat milik kerajaan Malaysia, merupakan pemilik terbesar rangkaian stesen minyak di Malaysia.

Perbincangan tersebut bermula pada akhir tahun 2023 dan perjanjian mungkin akan dimuktamadkan dalam beberapa bulan akan datang, menurut satu sumber. Dua sumber lain yang diberi taklimat tentang perkara itu menilai saiz urus niaga itu antara RM4 bilion hingga RM5 bilion ($844 juta hingga $1.06 bilion).

Selain daripada stesen minyak, Shell juga terlibat dalam pelincir industri, pengeluaran minyak mentah dan gas asli di luar pesisir Sarawak dan Sabah, serta menjadi rakan kongsi dalam dua usaha niaga gas asli cecair (LNG).

Penjualan ini adalah sebahagian daripada usaha Ketua Pegawai Eksekutif Shell, Wael Sawan, untuk memberi tumpuan kepada perniagaan yang paling menguntungkan.

Shell telah menyatakan bahawa mereka berhasrat untuk melepaskan 500 stesen minyak tahun ini dan pada masa akan datang. Selain itu, mereka juga sedang menjual kilang penapisan dan petrokimia di Singapura.

Langkah Shell untuk menjual stesen minyaknya di Malaysia selaras dengan usaha mereka untuk menjual loji penapisan di Pulau Bukom, Singapura, yang membekalkan kepada rangkaian stesen minyak mereka, kata salah satu sumber.

Walaupun Saudi Aramco tidak mempunyai stesen minyak di Malaysia, mereka memiliki 50 peratus saham dalam kilang penapisan Pengerang di Johor, yang memproses 300,000 tong sehari (bpd) dalam usaha sama dengan Petronas, yang memasarkan bahan api di dalam dan luar negara.

Aramco juga mengendalikan stesen minyak di Arab Saudi dan bekerjasama dengan TotalEnergies dari Perancis dan S-Oil Corp dari Korea Selatan.

BACA: “Aku harapkan isteri cakap tak boleh je bila aku minta izin kahwin dua, bila dia bagi jawapan makin pening aku dibuatnya”