“Aku harapkan isteri cakap tak boleh je bila aku minta izin kahwin dua, bila dia bagi jawapan makin pening aku dibuatnya”

Oleh SURIANI HAMDAN

Aku Zed Zaidi (bukan nama sebenar) berumur 34 tahun berasal dari kampung sebuah negeri pantai timur dan sudah mempunyai Isteri dan seorang anak lelaki.

Alhamdulillah aku bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah s.w.t.

Sejak raya puasa lepas sehingga kini aku masih dalam dilema untuk membuat keputusan adakah aku perlu kahwin seorang lagi.

Jadi aku share kisah aku ni untuk minta pandangan bagi aku buat timbang tara keputusan aku nanti.

Kisah aku bermula ketika usia 28 tahun apabila memulakan kerjayaku di bandaraya selangor.

"Aku harapkan isteri cakap tak boleh je bila aku minta izin kahwin dua, bila dia bagi jawapan makin pening aku dibuatnya"

Kalau aku nak cerita sebelum tu pun boleh tapi takut nanti boring pulak korang semua nanti.

Apabila sudah mempunyai kerja tetap sudah tentu ibu bapa akan tanye bila nak kahwin setiap kali aku pulang ke kampung.

Jadi disebabkan aku rase aku akan menetap lama di bandaraya selangor jadi aku pun minta nasihat orang lama tempat kerja aku macam mane nak cari calon isteri.

Walaupun kelakar bunyinya tapi kena la tanye orang yang dah makan asam garam.

Jadi setelah mendengar nasihat orang yang dah bekerluarga, aku pun ada kesimpulan sendiri ciri ciri yang aku tetapkan atau macam lebih kurang KPI lah.

Perempuan tu mestilah orang negeriku sebab senang nak balik kampung kalau hari raya ker apa ker senang, kerja aku tak kisah kerajaan ker swasta janji kerja di lembah klang supaya tak mahu PJJ.

Lagi satu mesti pandai bawa kereta atau motorsikal supaya senang sebab aku pikir letih juga klu hari hari mahu hantar keje nanti kerja aku dekat office tak boleh fokus pula.

Pastu perempuan tu mestilah dah biasa dengan area lembah klang kalau tak letih juga aku nak kena tunjuk jalan.

Walaupun agak memilih tapi itulah keputusan yang aku nak cari bakal isteri. Sebab aku yang nak kena hadap hari hari tau.

Ikhlas aku katakan ketika tu aku dah pasang niat untuk memberi hantaran RM20k sesiapa jodohku. Misi pencarian pun bermula.

Tapi hakikatnya susah nak jumpa di bandaraya selangor dengan bebanan kerja lagi. Nak berkenalan dengan perempuan pun tak sempat.

Pergi kerja balik kerja sahaja dan kawan kawan kerja pula semua dah berkeluarga. Kemudian aku pun putus asa macam susah jeh nak cari.

Jadi masa balik kampung aku pun look around la we chat biasala waktu bujang. Kebetulan pula, hasil we chat masa tu aku berkenalan dengan Natalia.

Natalia ketika itu pun balik kampung juga, neneknya tinggal di kampung sebelah kanan kampung aku.

Ringkasan perkenalan dengan Natalia, kampung sama, family berada di lembah klang, kerja Hospital di lembah klang dan memang keje pergi dengan kereta. Kesemua ciri ciri sudah ada, aku pun terus ajak kahwin.

Natalia jenis perahsia dan memang aku langsung tidak ambil tahu dan kesah pun latar belakang family dia.

Jadi aku tak kisah pun, janji ciri ciri yang aku nak tu ada. Tetapi itulah Natalia tidak memberikan sebarang jawapan.

Jadi aku pun pasrah, aku pun serahkan kepada ibu aku untuk urusan jodohku apabila aku gagal cari sendiri. Sebab aku tak nak benda gaduh gaduh, kan macam macam dengar cerita mak mertua vs menantu ker apa kan.

Aku ni bukan la kaki melawan ibu bapa. Lebih baik ikut jeh pilihan ibu bapa.

Kemudian, aku diperkenalkan dengan Nor (isteri sekarang) oleh ibu aku. Nor kampungnya sebelah kiri kampungku dan bekerja swasta di lembah klang. Semua ciri ciri yang aku nak tu ada juga.

Aku dating cuma tiga kali sahaja dan terus setuju untuk kahwin kekal sehingga ke hari ini. Alhamdulillah.

Tetapi anak aku dijaga oleh mak mertuaku. Kesemua familynya sangat baik. Masa balik kampung pun mak mertua pun masak sedap sedap. Aku memang bersyukurlah.

Tambahan pula Nor ni walaupun sekampung tetapi latar belakang family educated. Jadi memang tiada masalah berkaitan kewangan dan hartanah pun ada.

Malahan, Nor juga pernah membantu aku beri pinjaman bayar loan. Aku buat restructure finance aku untuk membeli 2 buah rumah satu landed dan satu apartment tapi aku bayar balik la, kan pinjaman Nor (dah settle bayar).

Aku pulak sebelum kahwin memang aku ada motorsikal jeh. Walaupun aku anytime masa tu boleh beli kereta tapi aku saja test pempuan dulu.

Mungkin disebabkan tiada kereta kot perempuan lari dengan aku. Hahaha. Bila dah kahwin aku terus beli kereta bagi Nor guna buat kerja.

Dalam tempoh bekerluarga 5 tahun, antara aku dengan Natalia cuma chat tanye khabar jeh on off macam tu jeh dan tidak pernah jumpa depan depan.

Mesej 2 3 kali dah stop itu pun ada juga selepas 2 tahun hanya mesej sekali. Aku juga pernah beritahu yang aku dah berkahwin mungkin disebabkan lama tidak contact, Natalia lupa.

Sehinggakan pada raya lepas Natalia juga pulang kampung beraya dan ajak aku pergi ke rumah dia.

Jadi bila pempuan sudah ajak pergi jumpa family. Aku sudah risau aku memang tidak pergi lah, mahu cari nahas nanti kalau pergi.

Aku fikir daripada aku lukakan hati dia aku sekali lagi terus terang cakap yang “saya dah kahwin dan ada seorang anak”. “Lagipun 6 tahun saya ajak awak kahwin tapi awak tak bagi jawapan”.

Natalia pun cakap, “waktu tu saya baru kerja dan busy dengan HO jadi tiada masa untuk berfikir”.

Ketika itu, bertapa sedihnya Natalia dan aku pun secara tidak sengaja cakap, “kalau awak nak saya juga, jadi no 2 boleh la. Sebab saya memang tidak akan tinggalkan family saya” dengan harapan tolak secara baik.

Setelah dua hari Natalia bersedih, Natalia bagi jawapan yang dia sanggup jadi no.2 walaupun sebenarnya tak mahu suami orang tetapi katanya hati dah sayang.

Jadi aku pun dah pening kepala. Aku pun cakap kepada Natalia “tetapi dengan syarat saya kena tanye wife dulu kalu dia bagi baru on”. Tapi kena ambik masa.

Jadi aku pun pening lagi, kadang kadang drama tv3 pukul 7 ni membantu juga. Apabila ada bahagian macam berebut kekasih gitu.

Masa tulah aku tanye wife “Sayang bagi ker kalau abang nak kahwin dua”. Harapan aku nekad la kalu pecah pinggan ker ape ker janji tahu jawapan tak boleh.

Tetapi jawapan dia “boleh jeh untuk elakkan maksiiat”. Aduhai lagi pening aku dibuatnya. Aku terus diam buat tak tahu. Waktu tu aku rase dia main main kot.

Jadi aku ambik langkah keselamatan berdiam dua hari tak bincang pun topik tu tetapi Nor pulak start tanye “jadi ker kahwin no.2”. Naya aku nih sebab niat aku memang tak nak lukakan hati sesiapapun.

Jadi aku pun bagi alasan “tak boleh kot sebab nanti mak sayang dah tak masak sedap sedap puplak”. Jawapan Nor “mak saya dah ready kemungkinan macam tu dan tak kisah”.

Dalam hati aduhai lagi naya jawapan ni. Aku pun diam diri jeh la pikir alasan lagi mungkin Nor saje kenakan aku kot.

Selang beberapa hari dalam kereta aku cakap “kalau keje saya ni nak kahwin mana boleh main kahwin macam tu kena persetujuan no.1 baru boleh kahwin saya tak nak lah ada masalah apa apa”.

Nor cakap “saya tolong masuk pinangkan pun takpa”. Aku pun dah jemm.

Akhir sekali aku, pun marah Nor sepatutnya jawapan sayang kena marah marah macam orang lain. Ni tengok drama tv3 tapi lain pulak jadi siap bagi lagi kahwin lain.

Aku pun buntu, aku pun beritahu Natalia yang wife setuju. Aku pun saja bagi soalan yang buat buat susah, aku tanye nanti kahwin nak duduk mana.

Sebab aku tahu sekarang kewangan aku baru nak stabil selepas beli 2 rumah memang aku tak mampu la nak tanggung dua isteri.

Aduhai, jawapan Natalia cakap rumah dia sendiri pun dah ada di bandaraya Selangor nanti tak perlu pikir nak bayar sewa cuma bayarkan bil api jeh. Aduhai naya.

Aku pun buntu semakin banyak bagi alasan yang keberangkalian susah tapi berlaku sebaliknya.

Kadang kadang aku fikir apela dugaan ni. Kawan kawan pulak bagi jawapan perempuan sekarang “Konservatif Moden” aku pun siap google ape bende tu. Bila baca boleh jadi jugak sebab ciri ciri tu hampir sama.

Dalam semua alasan anggap selesai, Natalia sudah beritahu family nya tetapi tidak beritahu status aku lagi. Cuma persoalan aku sekarang ni apabila family Natalia tahu status aku apa aku perlu buat.

Kalau Family Natalia menolak dan Natalia menolak ceritanya habis sini.

Kalau Family Natalia Setuju aku terpaksa akurla. Betulkah keputusan aku ni.

Kalau Family Natalia menolak tetapi Natalia berkeras nak teruskan kahwin. Apa tindakan aku seterusnya.

Sumber – Zed Zaidi (Bukan nama sebenar)

BACA: “Lawak bodoh la kau ni, jangan pernah invite lagi aku dalam group bodoh ni, adik pentingkan diri sampailah ayah meninggal”