Siapa tak suka menjelajah ke negara lain, bukan? Selain dapat mengalami kepelbagaian budaya, kita juga dapat menikmati keindahan di setiap sudut negara yang dilawati.
Pengalaman melawat negara asing juga memberi kesan yang mendalam.
Kebiasaannya, jika kita melancong ke negara jauh, pilihan utama ialah menaiki kapal terbang kerana ia lebih cepat.
Namun, terdapat seorang lelaki yang memilih untuk mengembara dengan kereta sendiri, dan hasilnya, dia menjumpai sesuatu yang tidak disangka-sangka.
Menerusi perkongsian oleh Fauwaz Zamzam, dia terkejut apabila menjumpai pusat servis Perodua semasa berada di Kathmandu, Nepal.
Kejutan itu bermula selepas Fauwaz memulakan perjalanan luar biasa dengan memandu Proton Wiranya sejauh 12,000 kilometer untuk sampai ke Tibet.
Pusat servis yang dijumpainya tidak hanya menyediakan penyelenggaraan untuk model Perodua, malah turut menawarkan perkhidmatan untuk jenama lain termasuk Toyota.
Selain itu, pusat servis tersebut juga mempamerkan sijil akreditasi sebagai pusat servis rasmi Perodua, menekankan standard profesional yang ditawarkan.
Dalam postingnya, Fauwaz mendedahkan bahawa dia bercadang untuk pulang ke Malaysia untuk sambutan Aidilfitri sebelum kembali ke Nepal untuk meneruskan pengembaraannya.