Tidak kisah dengan pandangan orang lain, lelaki ini merasa gembira dengan gaya hidupnya
Dan mengakui bahawa ia membantu dalam menjimatkan wang di tengah-tengah kesusahan ekonomi.
Dalam satu video di TikTok oleh pengguna @inreallifemalaysia, terlihat seorang lelaki yang menjadikan kereta sebagai tempat tinggalnya.
Dalam rakaman tersebut, beliau menyatakan bahawa dia berjaya menjimatkan sehingga RM700 setiap bulan.
Walaupun pada mulanya dia merasa malu tinggal di dalam kereta, namun dia merasa lebih bebas apabila memilih untuk menjadikan kereta sebagai rumahnya.
“Yang paling menyeronokkan adalah saya bebas untuk melancong ke Penang, Pahang, Johor, Melaka. Saya boleh tidur di mana sahaja.
“Dan impian saya adalah mungkin untuk memandu ke China atau Eropah dengan menggunakan kereta ini,” katanya.