“Ayah benci anak aku tapi dengan cucu lain elok je, dengan anak aku kerja nak jerkah, anak aku sampai tanya kenapa atok tak sayang dia”

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Kalau bercakap dengan anak aku memang tak pernahlah nak elok-elok, kerja nak jerkah sesaja.

Anak aku sampai tanya kat saya, kenapa atok tak sayang abang?Salam min, minta tolong sangat siarkan luahan masalah saya dan tolong hidekan identiti saya.

Saya nak tanya ade ke kat sini mengalami situasi yang sama macam saya yang benci bapak sendiri? Macam mana cara nak buang perasaan tu.

Semakin hari semakin perasaan benci tu semakin membuak-buak dengan perangai dia.

Perasaan ni bukan baru tapi dah dipendam lama. Sebabnya dari kecik saya tengok mak saya sorang saja yang cari nafkah untuk keluarga.

“Ayah benci anak aku tapi dengan cucu lain elok je, dengan anak aku kerja nak jerkah, anak aku sampai tanya kenapa atok tak sayang dia”

Beras lauk tak pernah sekali pun bapak beli. Hanya untuk duit belanja bapak, dia sendiri cari tapi kadang-kadang mintak kat mak saya. Mak saya tu la, saya rasa sebaik-baik umat boleh bertahan dengan dia. Mungkin ada yang kata tunggu saya jadi mak ayah, baru tahu perasaan mereka, kesusahan mereka.

Mungkin saya boleh sayangkan bapak. Tapi tak. Sampai sekarang saya dah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak, yang berusia a tahun dan 6 bulan. Kisahnya mak saya telah disahkan sakit cancer awal tahun ni. Masa tu saya tengah mengandung 3 bulan.

Sedihnya, Allah je yang tahu sebab saya terlalu sayangkan mak saya. Sudahlah dari muda penat lelah untuk keluarga bila sampai masanya untuk berehat diuji pula dengan penyakit ini. Saya rasa, semua pun tahu siksanya kanser ni.

Mak suruh saya pindah duduk dengan dia memandangkan nenek saya pun sakit. Jadi saya pun pindah la duduk dengan dia. Saya jaga mak, sekali jaga nenek. Korang boleh bayangkan tak tekanan jaga orang sakit 2 orang, dengan keadaan saya yang sedang mengandung lagi. Sangat perit, tapi saya gagahkan juga. Sebab saya tahu mak takde siapa..

Bapak saya tu? Entah ada je dekat rumah tu, ada tapi macam tak wujud. Dia boleh hantar mak saya masuk wad nak chem0 tapi hantar depan pintu lobby, kemudian terus balik. Mak cerita dekat saya, kawan-kawan dia yang lain datang chem0 semua ada suami tunggu.

Kita pun tau lepas chem0 tu, pesakit akan jadi lemah, tak larat ape semua sebab ubat chem0 tu kuat. Tapi korang nak tahu apa bapak cakap? Mak tu boleh berdikari. Ya, memang betul pun mak boleh berdikari sampaikan nak beranakkan adik saya yang bongsu dulu, mak yang drive sendiri ke hospitaI.

Sampai saya cakap dalam hati, mak kahwin dengan dia umpama beban je dalam hidup mak. Kahwin hanya untuk puaskan nafsu, nak ada orang tolong jaga makan pakai, nak ada orang bagi duit. Senang betul hidup dia.

Memang saya dah tak boleh nak fikir yang baik-baik pun pasal bapak saya tu. Mak saya tu boleh dapat suami yang lebih baik lagi sebenarnya tapi mak kata dah ketentuan mak. AjaI j0doh semua kat tangan tuhan. Tapi mak boleh je keluar dari perkahwinan t0ksik macam ni.

Sampai sekarang anak saya dah 6 bulan. Suami pun dah tanya bila kami nak pindah sebab haritu duduk dengan mak sebab mak nak chem0 dan tolong jaga nenek. Anak saya yang sulong umur a tahun, bapak saya tak suka sebab tak reti dok diam.

Biasalah budak umur a tahun, nakal-nakal sikit itupun dalam rumah je. Mungkin sebab kami menumpang, tapi kami menumpang pun sebab ada bapak tak guna macam dia. Semalam anak saya tu pegang kotak r0kok bapak, lepas tu dia mintaklah dekat anak saya, anak saya main-main taknak bagi kot.

Dia ambik beg r0kok tu baling dekat anak saya, nyaris kena kepala budak tu. Benda ni bukan pertama kali ye, sebelum ni dia ada tarik telinga, tolak kepala anak saya. Kalau bercakap dengan anak saya memang tak pernahlah nak elok-elok, kerja nak jerkah sesaja.

Saya yang mendengar ni menahan je dalam hati. Kalau tak pikir panang, ikutkan mulut memang kena dah orang tua ni. Anak saya sampai tanya kat saya, “kenapa atok tak sayang abang? Kalau tokwan (ayah suami) boleh je sayang abang.

Meleleh juga air mata saya. Tak tau nak jawap apa sebenarnya. Budak sebesar tu nakkan perhatian, dia tak paham apa, dia tak pandai nak membenci. Tapi nanti saya tahu, mesti dia akan simpan perasaan dendam tu. Macam saya.

Sekarang ni saya tengah mencari rumah sewa tapi mak saya pula cakap, “tak kesian ke kat mak sebab kena urus nenek sorang-sorang anti. Saya jadi serba salah, macam mana saya nak pindah. Tapi mak sendiri pun nampak, bapak buat apa kat cucu mak. Hati mana yang tahan.

Suami saya pun marah juga tengok anak dia kadang-kadang kena jerkah dengan atoknya, tak pernah dia dengar atok tu cakap elok-elok lembut-lembut. Kalau orang lain, mungkin bapak saya tu dah makan penvmbuk tapi suami saya tetap sabar. Dia masih ada sikit rasa hormat dengan orang tua.

Yang saya hairan, dengan cucu cucu lain elok je, sebab kami menumpang la tu. Sebab tu saya cakap orang tua tu pilih kasih. Saya benci tengok muka dia.

Jadi saya dalam dilema antara perasaan saya terus membenci dia kalau tak pindah tapi kalau pindah mak saya sorang nak urus nenek saya yang tak boleh bergerak, terlatar je.

Selain tu saya juga risau, kalau lama-lama takut akan jadi barah dalam rumahtangga saya dan suami. Saya pun tak tahu berapa lama suami saya boleh tahan, bersabar dengan karenah bapak. Saya pun nak pindah tapi saya tersepit. Hari hari saya doa untuk mintak petunjuk apa yang terbaik.

Komen Warganet :

Kamalia Kamalia : Kita senasib ada ayah macam ni. Ayah saya pun sama tapi mak saya bertahan hidup hampir 25 tahun. Dah tua pun perangai dia tak berubah juga. Mak masih tahan telinga sampai sekarang. Cerai rujuk balik sebanyak 2 kali. Mak kental betul.

Saya pun salute dengan mak, mak saya pun tanggung ayah, biawak hidup. Mak meniaga nasi lemak, semua hal keluarga, semua mak tanggung sendiri. Tapi tulah jahat-jahat dia, dia tetap bapa kandung saya. Tetap saya kena hormat, saya tak mampu nak benci dia.

Tapi saya hanya bercakap dengan dia bila perlu. Mak saya pun tak layan sangat perangai teruk dia sebab taknak kesihatan dia merosot. Saya pun tak faham kenapa kita sebagai wanita kena hadap semua ni, kena mend3rita kerana lelaki.

Penyejuk Hati Ku : Cari rumah yang berdekatan, jangan duduk sekali. Memudahkan awak pergi mari dengan rumah mak awak. Duduk sekali risau gak gaduh laki bini sebab laki dah bunyi macam tu.

Lebih baik duduk asing walau dekat.. Saya kesian dekat awak. Semoga smuanya jadi lubuk pahala buat awak sekeluarga ya. Aamiin, in syaa Allah anak-anak awak pun nanti berbakti pada awak dan suami.

BACA:Hanya jual nasi lemak dalam ‘mesin’, lelaki ini Berjaya raih pendapatan 5 angka sebulan!