Burger tepi jalan memang menjadi pilihan makanan kegemaran di kalangan rakyat Malaysia dan turut menjadi ikon street food yang popular di kalangan pelancong luar negara yang melawat Malaysia.
Apabila berkunjung ke Malaysia, banyak pelancong luar yang pasti ingin mencuba burger tepi jalan yang menjadi kebanggaan rakyat tempatan.
Rasa unik dan lazatnya pasti menarik selera sesiapa sahaja.
Biasanya, burger terkenal dengan jolokan burger Ramly itu dijual di gerai-gerai kecil di kaki lima,
Tepi jalan, atau kawasan perumahan. Perniagaan ini kebiasaannya dijalankan oleh rakyat tempatan terutamanya mereka yang berbangsa Melayu.
Namun, tanpa diduga, kini sudah terdapat pengusaha warga asing yang turut menjalankan perniagaan burger tepi jalan di Malaysia.
Dalam rakaman video yang viral di Twitter, terlihat sebuah gerai burger yang diusahakan oleh pekerja asing yang dipercayai berasal dari Bangladesh. Mereka menjual burger bersalut telur dengan keju yang dihasilkan dengan mahir, serupa dengan burger yang dijual oleh peniaga tempatan.
Walaupun sesiapa pun boleh menjual burger, ada yang mungkin tidak senang melihat situasi ini. Bagi mereka, peluang perniagaan yang biasanya dilakukan oleh peniaga tempatan Melayu telah ‘dijajah’ oleh warga asing.
Namun, ada juga yang tidak kisah jika perniagaan burger dijalankan oleh warga asing selagi mereka mematuhi undang-undang.
Walau bagaimanapun, dalam bisnes tidak sepatutnya ada unsur diskriminasi berdasarkan bangsa. Yang penting, jika warga asing ingin berniaga, mereka perlu mematuhi undang-undang dan menjalankan perniagaan secara sah.
BACA: Pelajar temui wang tunai RM4200 tengah jalan, didakwa duit raya tercicir