Pelajar temui wang tunai RM4200 tengah jalan, didakwa duit raya tercicir

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Pemilik wang yang tidak dikenali itu tidak sedar kehilangan wang tersebut ketika dia terus memandu basikalnya.

Seorang pelajar sekolah menengah menarik perhatian ramai setelah dia mengembalikan wang tunai sebanyak 1.22 juta won

(RM4,222) yang ditemui di Hadong, wilayah Gyeongsang Selatan, seperti yang dilaporkan oleh laman berita The Korea Times kelmarin.

Menurut polis pada Khamis lalu, wang itu secara tidak sengaja tercicir daripada pemiliknya yang sedang menunggang basikal.

Pemilik wang yang tidak dikenali itu tidak sedar kehilangan wang tersebut ketika dia terus memandu basikalnya.

Pelajar temui wang tunai RM4200 tengah jalan, didakwa duit raya tercicir

Wang kertas itu tercicir dari poketnya, meninggalkannya terbiar di atas jalan sambil dilanggar oleh kenderaan yang lalu.

Tidak lama selepas itu, pelajar tersebut menemui sekeping wang kertas dan dia berhenti berjalan.

Dia mengimbas persekitarannya, kemudian merakam wang kertas itu menggunakan telefonnya.

Sambil membongkok, pelajar itu mula mengutip setiap wang tersebut sebelum menuju ke balai polis berhampiran untuk melaporkan penemuannya.

BACA: “Ayah terlupa padam history log telefon dia, rupanya ayah ada skandal dengan adik isteri dia sendiri”