Ada kalanya kita kurang mengetahui sifat sebenar diri kita malahan melenting apabila ditegur oleh saudara terdekat.
Namun, mengambil kira pandangan orang terdekat juga salah satu cara dalam membina kehidupan yang bahagia.
Kisah wanita ini menceritakan ibu mertuanya yang dikuli oleh anak-anak perempuannya kerana tidak mahu menjaga anak serta menyerahkan soal itu bulat bulat kepada ibu mereka yang sudah tua.
Kalau dulu saya cuma membaca kisah-kisah yang dipaparkan, tetapi kisah sebelum ini membuat saya terpanggil menceritakan
apa yang berlaku dalam keluarga suami saya. Tentang nasib ibu mertua saya dan dua orang anak perempuannya.
Cuma bezanya mertua saya menjadi rebutan anak – anak perempuannya, bukan kerana disayangi, tetapi untuk kepentingan diri mereka sendiri. Bila mertua tidak mengikut kehendaknya, mereka bukan setakat berkecil hati atau merajuk, malah ada yang sampai tuduh menuduh emak mereka membezakan kasih sayang.
Macam-macam cerita saya dengar dan bila mereka mengadu kepada suami saya, abang mereka tentang ibu mereka. Cerita mereka memeningkan kepala. Pendek kata setiap bulan ada saja cerita mereka tak puas hati terhadap ibu.
Saya rasa elok saya bercerita dari awal biar pembaca faham dan boleh mengambil iktibar dari kisah hidup ibu mertua saya ini, yang saya rasa dia cukup tertekan tetapi tidak berani nak bercakap takut anak – anak perempuannya berselisih faham tentang keputusan dan nasihat yang diberikannya.
Bukan sekali mertua saya cuba menasihat mereka, banyak kali, malah beliau pernah merayu tidak mahu tinggal di rumah mereka, tetapi mereka beri pelbagai alasan supaya ibu ikut kehendak mereka. Malah pernah mertua saya kena marah konon tak sayangkan mereka, dan tak mahu membantu ketika mereka perlu bantuan.
Tetapi berbeza sungguh layanan mereka kepada ibu ketika mereka belum berkahwin dulu. Waktu itu usahkan kata nak balik kampung sebulan sekali, nak telefon emak pun tak pernah. Sibuk dan tak ada cuti jadi alasan nombor satu.
Balik pun ketika Hari Raya. Tetapi lepas beranak pinak, ibu jadi mustahak, semuanya bermula kerana tak ada orang nak jaga anak mereka. Adik ipar perempuan saya Jasma dan Jasmini berkahwin selang dua tahun.
Ketika Jasma melahirkan anak pertama dia tak balik kampung, sebaliknya memujuk supaya ibu datang menjaganya di rumahnya. Alasannya anaknya lahir tak cukup bulan jadi susah nak jalan jauh. Jadi terp4ksalah mertua saya duduk di rumahnya.
Janjinya cuma dua minggu, tapi Jasma menahan akhirnya berlanjutan sampai tiga bulan. Bila sesekali mertua saya perlu balik kampung melihat rumah yang ditinggalkan, Jasma tak mahu hantar, suruh emak balik dengan bas.
Lepas tu kena balik semula ke rumahnya. Kerana kesian mertua saya terp4ksa ikutkan. Kerana rumah di kampung tinggal lama, ibu merayu Jasma cari pembantu, atau hantar ke rumah jiran atau taman asuhan. Tapi dia enggan.
Terp4ksalah mertua saya carikan jiran yang sanggup jaga anaknya. Dapatlah beliau balik kampung. Oleh kerana jiran pun dianggap macam kuli, dengan per4ngainya suka balik lewat malam mengikut suaminya, kakak penjaga anaknya mula mengingatkannya dia cuma mampu menjaga sehingga jam 7 malam aja, sebab dia pun ada tanggungjawab.
Ada suami dan anak – anak yang mesti dijaga. Sebenarnya Jasma terlalu cemburu dia mahu sentiasa berada dekat suaminya. Jadi kalau Sabtu dan Ahad suaminya nak keluar dia ikut sama, tapi tak mahu jaga anak.
Akhirnya dia hantar anak pada mertua di kampung. Walaupun mertua saya sibuk dengan kelas agama tapi kerana cucu dia terp4ksa bersabar. Lepas tu Jasmini pulak nak kahwin tentulah mertua saya sibuk, tetapi semuanya terhalang kerana nak jaga cucu.
Meng4muk si Jasmini, kerana banyak urusan nikahnya tak selesai. Dalam pada itu Jasma mengandung lagi. Mertua saya dah pening dia tak mampu nak jaga cucu lagi. Mertua nasihat lagi supaya dia cepat cari pembantu rumah.
Tapi Jasma tak ambil kisah. Nak jadikan cerita Jasmini pun mengandung. Semasa mertua saya duduk KL jaga Jasma dalam p4ntang tak pernah pun Jasmini datang menjengok. Setiap kali telefon sibuk memanjang. Dia duduk menyewa dengan kawan – kawan.
Saya tak hairan alasan mereka sibuk, sebab kedua – dua adik ipar saya ni tak pernah datang ke rumah saya pun. Kalau ada hal penting dia akan telefon suami saya minta pandangan, tapi tak pernah datang ke rumah. Saya hairan dua beradik ini duduk KL kerja pun sekitar KL bukan di PJ atau Shah Alam mahupun Klang tapi mereka tak duduk serumah.
Masing-masing duduk menyewa dengan kawan-kawan. Entah kenapa hubungan mereka tak rapat saya tak tahu. Saya pernah pelawa mereka duduk dengan kami, mereka tolak, alasannya jauh dengan tempat kerja.
Ketika Jasma melahirkan anak sekali lagi mertua saya datang KL untuk menjaganya. Waktu itu anak sulung belum berusia dua tahun, dah ada adik lagi. Lepas dua bulan di rumah Jasma, Jasmini pulak beranak. Tapi Jasma tak benarkan ibu ke rumah Jasmini, tetapi mertua saya berkeras nak jaga Jasmini sebab dia beranak sulung.
Mertua saya suruh Jasma cari pembantu sebab anak dah dua orang, sebalik dia suruh Jasmini cari pembantu. Mertua saya benar-benar terik4t. Dua – dua anak dia sayang tapi badan tak berdaya. Namun dia terp4ksa menurut.
Masalahnya di rumah siapa mertua saya nak duduk? Nak duduk dengan Jasma suaminya sombong, tak suka bertegur sapa dengan mertua. Lepas tu Jasma sentiasa hangin bila suaminya sering keluar rumah, bila dah hangin tentulah bertengk4r.
Mertua saya jadi tak selesa duduk dengan mereka. Akhirnya balik kampung. Duduk rumah Jasmini, suaminya terlalu berkira. Kedekut. Sebab Jasma tak mahu ambil pembantu mertua terp4ksa bawa dua orang anaknya ke rumah Jasmini.
Mulalah suaminya bercakap kenapa susu anaknya cepat habis. Saya kesian sungguh lihat mertua saya menjaga tiga orang anak yang masih kecil. Sampai nak makan pun tak sempat apa lagi nak sembahyang. Sedangkan pada usia lebih 50 tahun itu dia perlu berehat jaga kesihatannya, bukannya menjaga anak – anak yang masih kecil.
Saya minta suami saya nasihatkan adiknya supaya bertanggungjawab kepada anak – anak mereka sendiri. Suami saya pulak tak mahu campur. Katanya itu urusan mereka biar mereka selesaikan. Tetapi sesuatu jalan mesti dibuat supaya dua beradik ini insaf jangan kulikan ibu jagalah anak sendiri.
Kerana kesian saya pernah bercakap pada Jasma dan Jasmini. Saya pujuk mereka cari pembantu rumah. Alasan Jasma suaminya tak suka ada orang lain dalam rumahnya, kecuali ibunya. Kalau begitu hantarkan ke pusat jagaan harian ataupun kepada jiran yang mahu menjaga anak – anaknya.
Katanya mereka terlalu berkira tenaga ada duit Over timelah dan sebagainya. Mestilah Overtime sebab dia memanjang balik lewat hingga jam 9 malam. Jasmini pulak mendakwa suaminya tak suka membazir wang, kalau ibunya boleh jaga cucu – cucu sendiri, mengapa mertua saya tak boleh.
Saya jelaskan perbezaan umur mereka amat ketara. Suami Jasmini anak sulung tentulah ibunya muda lagi, lagipun di rumahnya ada ramai adik-beradik yang boleh membantu. Berbanding mertua saya yang sudah tua. Kerana Jasmini anak ketiga.
Kerana menasihati mereka, saya jadi sasaran kemarahan mereka konon suka jaga tepi kain mereka. Sementelah saya ada pembantu rumah nak suruh orang lain ikut sama. Saya ambil pembantu kerana saya mahu anak saya tinggal bersama saya bukan dihantar duduk dengan nenek di kampung seperti mereka.
Mertua saya selalu mengadu badannya dah tak sihat dia tak mampu nak jaga cucu. Lagi pun dia tak tahan telinga bila menantunya merungut mengapa susu cepat habis. Sedangkan dia tak beri upah penat mertua saya menjaga anaknya, sebaliknya mertua saya terp4ksa mengupah jiran di kampung tolong jaga anak – anak mereka.
Mertua saya gunakan duit pencen arw4h suaminya yang tak seberapa setiap bulan untuk upah jiran membantunya jaga tiga orang cucu tu. Jasma dan Jasmini tak pernah tanya macam mana emak mereka pergi ke pekan ambil duit pencen.
Mereka tahu emak ada pencen, setiap bulan tak perlu bantu lagi. Jasmini balik kampung dua kali sebulan, Jasma cuma sebulan sekali. Alasan mereka sibuk dan banyak kerja. Ketika adik bongsu lelaki kahwin, sekali lagi mertua saya sibuk, tapi Jasma dan Jasmini balik setelah makanan sudah dihidangkan.
Semua urusan kenduri kend4ra mertua saya uruskan. Habis kenduri jaga cucu lagi. Kata mertua saya dulu dia harapkan anak perempuannya menjaganya ketika dia tua dan s4kit – s4kit nanti, nampaknya harapan itu tinggal harapan.
Sebab mereka terlalu sibuk, kalau anak – anak sendiri pun mereka tak pedulikan, inikan nak jaga ibu yang sudah tua atau sedang sakit – sakit. Tentu akan menyusahkan mereka saja. Dalam pada itu Jasmini beranak lagi. Kesian mertua saya kena jaga cucu sampai tua.
Saya pernah mengajak mertua saya tinggal bersama kami, tetapi dia tak tahu macam mana nak pulangkan cucu – cucunya kepada ibu mereka. Tetapi nak jadikan cerita satu hari mertua saya s4kit, saya dan suami balik kampung bawa dia ke hospital dan saya p4ksa ipar saya balik kampung ambil anak – anak mereka yang saya tinggalkan di rumah jiran di kampung.
Baru mereka tunggang langgang balik kampung. Seminggu lamanya dia dirawat di hospital, setelah sembuh sedikit, saya bawa dia pulang tinggal dengan saya di KL. Waktu itu menggelabah mereka jaga anak masing-masing, terp4ksa ambil cuti.
Waktu itu setiap hari mereka telefon saya bertanyakan khabar emak sudah sembuh atau belum. Kerena mereka keletihan terp4ksa menjaga anak – anak sendiri tanpa pembantu rumah. Dekat dua bulan mertua saya tinggal bersama kami.
Akhirnya mereka terp4ksa hantar anak – anak ke rumah penjaga, sebab cuti pun dah nak habis. Sejak itu saya nasihatkan mertua saya jangan lagi termakan pujuk rayu mereka jaga cucu. Semua nenek sayangkan cucu, tetapi nenek juga perlu sayangkan diri sendiri.
Walaupun sekarang adik – adik ipar saya tak hantar anak – anak mereka ke kampung suruh emak menjaganya, tetapi saya menjadi musvh mereka. Saya dituduh memecah belahkan hubungan ibu dengan anak. Malah mereka menyuruh saya menjaga mertua saya ditakdirkan beliau s4kit nanti.
Dan jangan suruh mereka jaga. Pada saya itu bukan masalah, malah saya berbesar hati diberikan amanah itu. Saya tahu inilah tugas suami saya sebagai anak lelaki menjaga ibunya bila s4kit nanti. Pada saya menjaga ibu besar rahmatnya, malah diberkati Allah.
Saya juga minta izin suami untuk menjaga ibu bapa saya kalau ditakdirkan mereka s4kit dan setelah tua nanti. Saya mahu berjasa kepada mereka yang telah banyak berjasa kepada saya dan suami saya.
Rasanya semua itu belum setanding penat lelah mereka membesarkan kami. Saya juga gembira tidak kulikan ibu dan mertua saya menjaga anak – anak saya.