Pada mulanya agak keberatan untuk aku ikut kerana ianya membabitkan masa yang agak panjang namun untuk aku keluar dari masalah ini, aku turutkan juga.
Dalam masa yang sama, ayah aku meminta aku untuk mencari rumah yang sesuai dan buat pinjaman perumahan. Aku cuma turutkan sahaja.
Pada hujung minggunya, aku memberitahu isteri aku bahawa aku telah dibuang kerja.
Isteri aku mulai risau dan menangis kerana risaukan bulanan bil utilitinya, keretanya, dan bulanan untuk ibunya.
Aku memujuknya kembali dan mengatakan bahawa semuanya akan bertambah baik nanti.
Dia cuma berdoa aku mampu keluar dari masalah ini. Dalam masa yang sama aku turut kesian akan isteri aku kerana aku terpaksa menipunya.
Keesokan harinya isteri aku mengumpul kekuatan untuk memberitahu ibu mertuaku berkaitan keadaan aku. Ibu mertua aku seaakan tidak percaya dan mula menuduh aku melakukan perkara yang bukan bukan sehingga dibuang kerja.
Namun ibu mertua aku pesan pada isteri aku, bayaran bil utiliti tetap perlu dibayar, duitnya bulan bulan tetap perlu diberi. Ibu mertua aku meminta aku untuk pergi mencari kerja baharu dan jangan terperuk di dalam bilik sahaja meskipun hari itu hari minggu.
Bermula dari detik itu, layanan mertuaku mulai berubah terhadap kami. Apabila waktu makan malam, kitaorg tidak akan dipanggil seperti dulu. Aku membawa isteri aku makan diluar setiap kali waktu makan malam untuk mengelakkan isteri aku sentap.
Dalam masa yang sama, duit RM150 tetap aku berikan kepada isteri aku namun aku berpesan kepadanya untuk menyimpan bagi membayar bil semuanya hujung bulan nanti. Isteri aku mengangguk lemah. Aku meneruskan permainan yang dicipta oleh ayah aku setiap hari.
Bulan kedua permainan aku, ibu mertua aku memarahi isteri aku kerana tidak memberikan duit bulanan kepadanya. Isteri aku menerangkan bahawa duit yang aku beri habis digunakan untuk membayar semua bil utiliti dan duit bulanan kereta isteri aku.
Aku cuma mampu menyediakan sebanyak itu sahaja. Namun dibalas dengan kenyataan menghina aku kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Malam itu isteri aku mengadu kepada aku bahawa dia bukan sahaja dimarahi malah adik beradiknya juga turut sama memarahi isteri aku kerana tidak mampu memberikan wang kepada ibu mertua aku. Aku hanya mendiamkan diri dan meminta isteri aku bersabar.
Isteri aku meminta aku untuk mencari pekerjaan yang setaraf dengan pelajaran aku agar mampu untuk membiayai perbelanjaan rumah itu. Aku mengajak sekali lagi isteri aku untuk keluar dari situ namun isteri aku tetap tidak mahu kerana dia terpaksa menjaga ayahnya. Tiada orang lagi yang boleh diharapkan.
Bulan ketiga permainan aku, aku mendapat berita gembira permohanan pinjaman perumahan aku telah diluluskan. Namun aku terpaksa menunggu sekurang kurangnyanya 6 bulan lagi sebelum aku mendapat kunci bagi tujuan dokumentasi guaman semua.
Ayah aku tetap menasihati aku supaya kuat dalam permainan ini agar aku tidak merana dimasa akan datang. Aku turutkan sahaja.
Manakala isteri aku berubah daripada seorang yang periang kepada seorang yang pendiam. Setiap hari aku keluar bekerja, isteri aku didera mental oleh ibu mertua aku yang menuntut supaya isteri aku menuntut cerrai kepada aku.
Segala keburukan aku, yang tidak masuk akal seperti aku tidak bekerja, hanya mengharap duit ayah aku sebab itulah aku memberikan duit secara harian dilontarkan kepada isteri aku. Paling teruk sehingga mertua aku menuduh aku bermain judi secara dalam talian sehinggakan isteri aku memeriksa dengan teliti telefon bimbit aku pada suatu hari itu.
Ibu mertua aku memberitahu sebab itu aku dibuang kerja kerana aku telah menyalahgunakan duit syarikat dan telah ditangkap. Kesemua cerita itu direka semata mata untuk membuatkan isteri aku was was dengan aku.
Namun isteriku tidak menjumpai apa apa yang disyaki di dalam telefon bimbit aku. Setelah didesak barulah isteri aku menceritakan tentang perkara tersebut beserta tuduhan yang telah dilemparkan kepada aku.
Namun begitu aku dapat merasakan ketika itu kelakuan isteri aku terhadap aku sememangnya telah berubah dan aku mula teringat kata kata ayah aku.
Aku hanya tersenyum apabila isteri aku mulai berkelakuan kasar dengan aku dan tidak melayan aku seperti yang sepatutnya. Pada mulanya timbul hasrat untuk terus berpisah namun aku buang sejauh jauh hasrat itu kerana aku cuba meletakkan diri aku berada ditempatnya. Aku cuba memahami apa yang diterimanya lantas aku tetap bertahan dengan isteri aku.
Genap 6 bulan permainan aku, aku telah mendapat kabar gembira dimana aku boleh mengambil kunci rumah baharu aku lebih awal daripada yang dijanjikan. Aku mengambilnya dan menyerahkan urusan menghias dalaman kepada ayah dan adik aku.
Adik aku yang kedua mempunyai ijazah dalam bidang seni reka dalaman lantas aku meletakkan kepercayaan penuh kepadanya untuk membuat hiasan dalaman rumah itu. Aku cuma mengeluarkan modal apa yang dimintanya sahaja.
Aku mula potong sedikit demi sedikit bayaran harian kepada isteri aku atas alasan tempahan kurang. Sebenarnya aku dah mula muak dengan permainan aku sendiri dan tak sanggup melihat isteri aku murung apabila dirumah. Isteri aku mengadu dia semakin dipulaukan oleh ibu mertua aku kerana tidak meminta cerrai daripada aku.
Lantas membuatkan emaknya memulaukan anaknya dirumah itu. Isteri aku masih tidak mahu berganjak keluar dari rumah itu atas alasan ayahnya sakit dan kereta isteri aku ibu mertua aku telah ambil.
Ibu mertua aku memberitahu jika aku mencerraikan dia baru ibu mertua aku akan memulangkan semua kereta itu. Ditambah pula ketika ini aku banyak operasi yang hendak dilaksanakan lantas keberadaan aku dirumah agak kurang.
Hal ini membuatkan aku semakin marah namun terpaksa dipendam dalam hati. Aku faham akan perasaan isteri aku yang saban hari terpaksa menahan segala benda buruk yang ditomahkan kepada aku ketika ketiadaan aku.
Aku menceritakan hal ini kepada ayah aku. Ayah aku menasihatkan aku supaya tidak membayar ansuran bulanan kereta tersebut selama 3 bulan dan biarkan sahaja kereta itu ditarik. Setelah ditarik ayah aku meminta aku membayar penuh kereta itu dan serahkan kepada isteri aku.
Pada mulanya aku agak takut untuk melakukan perkara itu namun ayah aku telah yakinkan aku lantas aku mula tidak membayar ansuran tersebut. Ayah aku menjamin bahawa mereka tidak akan mampu untuk membayar kereta itu.
Bulan kelapan yakni 2 bulan aku tidak membayar ansuran tersebut, surat amaran penarikan telah dihantar ke rumah mereka dan perkara ini menimbulkan kemarahan ibu mertua aku terhadap aku. Aku mula dimaki hamun perkara yang tidak sepatutnya ketika aku pulang bekerja.
Isteri aku hanya mampu menangis di dalam bilik. Ibu mertua aku menyuruh aku meminjam kepada ayah aku untuk menjelaskan tunggakan kereta tersebut kerana risau akan ditarik. Sememangnya ayah aku sudah tahu awal dimana mereka tidak akan mampu untuk membayar semua tunggakan itu.
Aku menjelaskan aku sudah tiada simpanan apa apa untuk membayar tunggakan tersebut. Ibu mertua aku hanya berterusan memberi ceramah kepada aku dan meminta aku menjelaskan semuanya sebelum ditarik.
Ibu mertua aku masih tidak mengetahui bil utiliti juga telah lama tertunggak sejak bulan keenam permainan aku. Kesemua bil yang sampai isteri aku ambil dahulu dan sorok daripada pengetahuan emaknya kerana bimbang dimarahi.
Malam itu isteri aku menangis dan mengadu kepada aku bahawa emaknya telah memaksa dia meminta cerrai daripada aku. Isteri aku sudah tidak nampak jalan lagi untuk dia bersama aku. Aku cuma menasihati isteri aku supaya bersabar dan bertahan. Isteri aku hanya mengangguk lemah.
Bulan terakhir permainan aku, dan kereta isteri aku telah selamat ditarik oleh pihak bank. Aku mendapat panggilan bertalu talu daripada isteri aku mengatakan bahawa keretanya telah ditarik.
Aku bergegas ke Maybank dan menyelesaikan kesemua tunggakan tersebut pada hari tu dan menyerahkan surat kebenaran mengambil kenderaan kerana isteri aku tidak dapat hadir.
Aku telah menyiapkan dokumen tersebut lebih awal mengikut nasihat ayah aku. Setelah mengambil kereta isteri aku di stor petang itu, aku menyimpan kereta isteri aku di rumah baru aku.
Sesampainya lewat malam tu di rumah isteri aku, aku dimaki dan dimarahi bertalu talu oleh isteri aku dan ibu mertua aku. Isteri aku rupanya telah memberitahu ibu mertua aku bahawa selain keretanya tertunggak, bil utiliti lain juga telah tertunggak kerana sudah tidak tahan didera mental oleh ibunya.
Aku memberitahu lemah bahawa masih ada 14 hari lagi sebelum kereta itu akan dilelong. Aku akan pinjam dengan ayah aku dan ambil semula kereta itu.
Ibu mertua aku tetap memaki hamun aku dengan ayat ayat yang kurang enak tetapi aku tidak menghiraukannya kerana badan aku sudah agak penat pada masa itu kerana memandu jauh bersama adik aku untuk menghantar kereta tersebut di rumah aku. Aku menarik isteri aku kedalam bilik dan memujuknya.
Setelah emosi isteri aku stabil, dia menceritakan bahawa ibu mertua aku telah memaksa isteri aku meminta cerrai sekali lagi dan jika kali ini tidak diikuti,
isteri aku dicop anak derhaka dan ibu mertua aku menghalau kami berdua dari rumah ini. Ketika ini mata aku telah bersinar dan aku telah nampak jalan yang Allah dan ayah aku tunjukkan sekian lama ini.
Isteri aku tidak mahu diperlakukan sebegitu kerana dia tiada tempat lain hendak dituju. Aku cuma memujuknya dan meyakinkannya bahawa tiada apa yang akan berlaku.
Isteri aku memberitahu bahawa jika kereta itu telah aku tebus semula dari pihak bank, ibu mertua aku mahukan kereta tersebut bagi kegunaan adik ipar aku yang baru dapat kerja di Bangi kelak. Dia yang akan bayar setiap bulan selepas itu. Aku hanya tergelak dan terus melelapkan mata.
Keesokan harinya aku keluar bekerja seperti biasa dan aku nekad pada malam ini aku akan mengakhiri permainan aku sendiri kerana sudah muak dan sedih melihat isteri aku sering kemurungan. Kemurungannya agak teruk sehingga isteri aku sering mengadu haidnya tidak teratur lagi seperti dahulu.
Malamnya aku balik, ibu mertua aku memberitahu bahawa dia telah membayar semua bil utiliti yang tertunggak dengan menggadaikan gelang dan rantai hantaran kahwin isteri aku.
Duit selebihnya dia simpan untuk bil mendatang kerana aku sudah tidak berkemampuan untuk membayar lagi. Isteri aku hanya mendiamkan diri di sofa sambil menangis.
Aku tidak mengambil kisah dengan hal itu sambil tergelak. Ibu mertua aku meminta aku mencerraikan anaknya malam itu juga dan meminta aku untuk keluar dari rumah itu. Peluang yang aku tunggu telahpun tiba. Tidak perlu aku memikir ayat untuk mencarik pergaduhan dengan ibu mertua aku.
Aku memandang isteri aku dan meminta dia membuat keputusan sama ada untuk mengikut aku atau tinggal disitu. Aku agak goyah dengan apa yang akan mendatang dari mulut isteri aku. Lama isteri aku membisu dan aku bertanyakan sekali lagi.
Isteri aku bingkas dari sofa dan mengatakan bahawa dia akan mengikut aku keluar dari rumah itu. Ibu mertua aku memaki hamun isteri aku dan menamparnya serta memanggil anak derhaka. Tidak dihiraukan isteri aku lantas menarik tangan aku masuk ke bilik untuk mengemaskan barang kami semua.
Sementara kami berkemas, aku terdengar ibu mertua aku terjerit jerit memaki hamun aku termasuk ipar aku. Semasa kami mahu keluar, aku mengatakan bahawa kereta isteri aku adalah milik isteri aku dan aku tak akan serahkan kepada sesiapa pun. Ibu mertua aku menggelakkan aku dan memerli aku.
Jika aku sayangkan isteri aku, aku tak akan membiarkan kereta itu ditarik oleh pihak bank. Aku mengeluarkan resit bayaran penuh kereta itu dan memberikan kepada ibu mertua aku. Kesemua baki pinjaman berjumlah RM23,300 aku telah jelaskan sebaik kereta itu ditarik oleh pihak bank.
Maka kereta itu secara rasminya tiada hutang lagi. Ipar aku bertanya jika dah dibayar dimana kereta itu. Lantas aku mendiamkan diri dan menarik tangan isteri aku keluar dari situ.
Didalam kereta aku, isteri aku menangis mengenangkan nasibnya dan memikirkan dimana tempat untuk bermalam pada malam itu. Aku cuma mendiamkan diri dan terus memandu ke rumah baharu aku.
Rumah itu terletak di Setia Alam dan memakan masa 1 jam setengah perjalanan dari Seremban. Sesampainya di rumah itu, isteri aku terkejut melihat keretanya berada disitu.
Aku menjelaskan bahawa itulah rumah baharunya dan mulai hari itu dia akan duduk disitu. Isteri aku pada mulanya kurang percaya dan terus memeluk aku kerana tidak menyangka semua itu. Aku menjelaskan semua permainan aku dan niat aku hanya untuk membawa dia keluar dari situ.
Isteri aku terdiam dan mula menyedari setelah aku memberitahu bahawa dia hanya digunakan kerana mertua aku melihat dan beranggapan aku adalah seorang yang berduit.
Mulai hari itu, aku melihat isteri aku mula berubah kepada perwatakan asal semasa kami berkenalan. Namun aku meminta dia untuk menukar nombor telefon bimbit dan memutuskan langsung hubungan dia dengan keluarganya.
Cuma apabila berlaku kematian baru aku akan membawanya pulang. Isteri aku bersetuju dan mula membuat semua perkara yang aku mahukan iaitu menukar semua alamat surat menyurat.
Alhamdulillah ayah aku menerima penuh isteri aku yang selama ini dia langsung tidak hiraukan setelah mengetahui isteri aku memilih aku. Namun, sehingga sekarang, kesemua ipar dan mertua aku masih tidak mengetahui status aku dan isteri aku.
Isteri aku telah bekerja di firma audit yang stabil di Kuala Lumpur dimana gajinya lebih sekali ganda daripada aku. Namun sehingga sekarang isteri aku tetap rapat dengan aku kerana katanya tanpa aku dia masih merempat di rumah ibu bapanya.
Katanya ibunya bukan sahaja menghasutnya perkara yang tidak elok malah mengikis keyakinan dirinya sepanjang dia menetap disitu sehingga dia berhenti kerjanya sebelum ini.
Sehingga kini kami masih hidup bahagia dan dah dikurniakan dua cahaya mata. Namun anak anak kami langsung tidak pernah mengenali nenek sebelah mami mereka. Isteri aku pula yang tidak benarkan anak anak kami mengenali mereka.
Semua gambar gambar termasuk gambar kahwin yang mempunyai gambar keluarga sebelah isteri semua isteri aku buang. Katanya dia masih trauma dibuat begitu dengan emaknya dan tidak mahu mengingatinya lagi.
Aku tahu banyak cerita cerita buruk yang aku dengar dari kawan kawan ipar aku berkaitan aku dan isteri aku. Antaranya adalah aku hidup merempat di nilai sementara isteri aku bekerja kilang di sana. Namun aku memilih untuk mendiamkan diri dan mengiyakan sahaja apa yang diperkatakan.
Lebih baik begini daripada memendam rasa memelihara semula biawak hidup jika mereka mengetahui keadaan sebenar isteri aku dan aku.
Aku berjumpa mereka pun secara kebetulan di Aeon Shah Alam semasa membeli barangan dapur. Namun aku meminta kawan kawan mereka merahsiakan perjumpaan kami kerana risau mereka akan mencari kami semula.
Kepada pembaca yang hendak mengecam tindakan aku, aku ingin jelaskan bahawa aku tidak memutuskan hubungan kekeluargaan. Isteri aku yang memilih untuk mendiamkan diri daripada mereka kerana masih trauma dengan emaknya.
Katanya dia tidak perlu buktikan apa apa kepada keluarganya. Cukup lah dia dah membuktikan kepada dirinya yang dia dah mampu bekerja di firma audit impiannya sejak dahulu.
Sekian coretan terakhir saya. No more story after this. Ini last kerana ramai pembaca tertanya tanya apa yang saya buat sepanjang 9 bulan buat operasi sebegini. Ini lah cerita sebenar. Alhamdulillah saya dah bebas daripada keluarga yang seperti seorang pembaca ungkapkan, seperti ular telan lembu.
Sekian…