Baru-baru ini, sebuah video viral di media sosial yang menunjukkan seorang individu yang disyaki warga asing menjual makanan di tepi jalan di Kuala Lumpur.
Dalam video tersebut, penjual warga asing tersebut terlihat sedang mengemas makanan sambil dikelilingi oleh pelanggannya.
Melihat video tersebut, beberapa netizen turut mengaitkan penjual tersebut dengan penjaja makanan jalanan di India.
Di dalam video tersebut juga, terlihat penjual tersebut menggunakan sebuah troli pasar raya untuk menaruh barang dagangannya.
Menurut laporan Sinar Harian, diketahui bahawa penjual makanan tersebut beroperasi di Jalan Hang Tuah, berdekatan dengan Masjid Al-Bukhary pada setiap hari Jumaat.
Penyebaran video tersebut telah menimbulkan reaksi daripada beberapa pengguna media sosial yang tidak puas hati dengan kelemahan dalam sistem penguatkuasaan.
Bukan itu sahaja, mereka juga kelihatan tidak mengendahkan aktiviti penjajaan tersebut yang dikatakan telah berlangsung untuk jangka masa yang agak lama.
Malah, ada yang menganggap warga asing cuba memperkenalkan budaya “Mumbai” ke dalam negara.
Terdapat juga kebimbangan yang banyak mengenai risiko keracunan makanan disebabkan oleh penyediaan makanan yang tidak mematuhi standard kebersihan yang sepatutnya.
Bagaimanapun, kita akan menunggu respons dari pihak berkuasa mengenai isu ini.