“Anak aku baru 5 bulan tiba-tiba mencungap tak cukup nafas, rupanya mak ngah sihirkan anak aku sebab muntah atas kain dia di pagi raya”

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Assalamualaikum semua. Jemput baca kisah hidup aku, yang aku sendiri pun macam tak percaya macam ni rupanya hidup aku yang Allah atur,

sangat tak jangka ya. Apa – apa pun nama aku Melati, bukan nama sebenar.Dalam hidup aku, aku hanya jatuh cinta sekali sahaja dan alhamdulillah aku kahwin pun dengan cinta pertama aku.

Aku gelarkan suami aku Sin Chan sebab suami aku berkening tebal persis macam Sin Chan. Aku bercinta dengan Sin Chan dari umur 13 tahun lagi masa tingkatan 1.

"Anak aku baru 5 bulan tiba-tiba mencungap tak cukup nafas, rupanya mak ngah sihirkan anak aku sebab muntah atas kain dia di pagi raya"

Jarak umur dengan Sin Chan setahun ja. Kami bernikah masa umur aku 20. Sepanjang kami bersama sebagai kawan, pasangan, tunangan, suami isteri. Sin Chan tak pernah s4kitkan aku sejak dari hari kami bercinta dulu Sin Chan berjaya bahagiakan aku tanpa gagal.

Bagi aku dia memang lain dari yang lain dia boleh terima aku yang yatim piatu yang dibesarkan oleh jiran aku sejak umur 3 tahun. Keluarga aku yang lain adik beradik mak ayah semua tak pedulikan aku dan aku anak tunggal.

Sejujurnya aku sendiri tak jelas dengan keturunan aku sampai sekarang. Aku tertanya – tanya dekat manalah diorang sekarang kenapalah takda sorang pun rasa nak jaga aku aku ni sebenarnya siapa?

Aku selalu tanya soalan tu pada Sin Chan setiap kali aku tanya jawapan yang diberi tetap sama “awak adalah h4mba Allah”.

Kami bahagia ja bersama tapi ujian tu mula datang bila kali pertama aku berjumpa dengan mak sed4ra Sin Chan aku panggil dia mak ngah. Mak ngah ni cukup anti dengan aku pantang dia nampak aku asyik nak cari g4duh.

Aku sendiri pun taktau kenapa sebab aku dah buka mata luas luas aku memang takda buat salah apa – apa. Sampai mak dengan abah Sin Chan pun pelik kenapa. Tiap kali balik rumah mak abah kalau ada mak ngah tu memang agak payah sikitlah hari aku nak senyum bergelak tawa gurau senda dengan family.

Masa perkahwinan aku usia 1 tahun 2 bulan aku disahkan hamil 8 minggu. Aku dan Sin Chan happy tak terkata dan yang paling tak sangka aku hamil kembar sepasang. Bila berita ni sampai dekat mak ngah, terus mak ngah pegi rumah mak abah.

Mak ngah kata aku kemungkinan hamil anak orang lain sebab keturunan diorang sana takda lagi kembar dan keluarga aku pun sama takda yang kembar, tapi semua tu tak betul dan mak abah tak percaya pun kata mak ngah tu.

Bila Sin Chan tahu yang mak ngah tu kata macam tu dia naik angin, hidup – hidup dia pert4hankan aku. Dalam perg4duhan mulut ke mulut tu aku rasa macam mak ngah ni ada sesuatu yang dia marah.

Dia tak puas hati sangat sangat tapi aku tak ambik tahu masa tu sebab aku tak nak str3ss aku tengah hamil kan masa tu, kesian baby – baby aku.

Lepas beberapa hari berlaku berg4duh tu macam – macam benda pelik jadi dekat aku. Contohnya aku banyak kali mimpi ular hitam yang banyak dan kerap nampak macam kelibat hitam yang besar berlegar di dalam rumah.

Tapi aku tak layankan sangat aku buat tak tau ja, sampai la masa aku nak bersalin. Masa tu pukuI 2 pagi, s4kit sangat perut, aku k3jut Sin Chan. Aku cakap yang aku rasa aku nak bersalin dah ni. Sin chan pun terus bangun ambil barang – barang keperluan yang dah dipack siap – siap.

Masa dalam perjalanan nak masuk kereta air ketuban aku dah sikit – sikit meleleh. Sampai ja hospitaI masa tu Sin Chan drop aku kat kec3masan. Biasalah kami sama – sama anak first mana tau kan kat mana tempat yang kena drop bila em3rgency nak beranak ni. Jadi dah salah tempat time tu..

Kami dah turun so nurse kat situ suruh saya duk atas wheelchair nak tolak ke wad bersalin. Macam biasalah kan nak cek berapa cm dah semua tu tapi masa nak tolak tu nurse tu tak boleh tolak saya,

bila nurse tu tolak sikit pun tak bergerak macam berat sangat saya ni padahal time tu baru 51 kg je. Cuba banyak kali tetap tak boleh.

Datang la dari laki india cuba tolak sekuat tenaga dia tolak tak boleh jugak. Saya ni dah m4kin s4kit kat situ.. Suami saya terus datang tolak sambil baca ayatul kursi terus smooth ja dia tolak wheelchair saya sampai ke tempat yang sepatutnya.

Saya yakin saya memang dah nak bersalin, jadi sebelum tu saya ambil masa sikit dalam 2 minit kut, salam civm minta maaf sebab masa tu suami tak dibenarkan masuk, pastu nurse sambung tolak saya.

Bila saya toleh ke belakang untuk tengok Sin Chan, saya nampak macam nenek tua dengan rambut putih yang serabut, hati saya rasa tak sedap, tapi tengah s4kitkan, saya fikir nak bersalin ja..

Bila doktor cek time tu memang bukaan dah full dah sampai masa saya untuk meneran anak kembar. Setiap kali saya meneran saya akan dengar bunyi perempuan gelak seakan mengiIai saya fikir mungkin tu patient yang lain kut.

Tapi rupanya masa tu saya ja yang satu – satunya ada kat labour room bersalin masa tu. Alhamdulillah saya selamat bersalinkan kembar. Sin chan happy sangat. Bila dah boleh keluar wad, dah boleh balik rumah. Sampai ja rumah twin saya menangis tak berhenti sampaikan macam takda suara.

Saya ingat mungkin diorang lapar tapi bila dah bagi susu mandi cek perut kembung ka sapu minyak semua dah diorang tetap menangis. Diorang senyap pun tak sampai 5 minit pastu menangis balik.

Saya dengan Sin Chan memang dah rasa pelik dah terus Sin Chan ke dapur amik garam dan lada, kemudian baca ayat – ayat al quran tiup pada garam dan lada pastu tabur dalam dan luar rumah kemudian azan di setiap penjuru rumah.

Terus kembar senyap saya lega dah hati rasa saya ingat takda apa – apa dah. Tapi rupanya lepastu setiap hari sebelum mahgrib kena buat macam tu kalau tak memang twin akan menangis tak tentu pasal

. Ada satu hari masa tu twin dah 5 bulan kami balik kampung rumah mak abah Sin Chan, masa tu raya, berkumpul la adik beradik.

Masa malam raya tu mak ngah baru sampai, saya tengah buat keja kat dapor Sin Chan tolong jaga tengokkan anak masuk ja kaki mak ngah dalam rumah. Suara dia d3ras kuat dan jelas cakap dekat saya, “apa jenis ibu lah biarkan anak dengan suami je, baik takyah ada anak”.

Terasa hati saya bukanlah selalu saya biarkan Sin Chan sorang ja jaga atas sebab sebab tertentu ja. Mak abah dan yang lain buat taktau ja sebab dah masak dengan per4ngai mak ngah ni kalau di layan kang jadi moody pulak malam raya kan nak happy – happy.

Pagi raya esok tu saya dan family kecik saya dah siap pakai baju hias diri, twin pun saya hias ramai orang puji comel kat twin. Mak ngah sorang ja cakap buruk macam makhluk asing sebab anak saya hidung kurang mancung.

Tiba – tiba mak datang tanya kat makngah, “mana Aliya? (bukan nama sebenar) dah 4 tahun tak balik sini budak Aliya tu”. Mak ngah cakap yang Aliya ada kerja nak kena buat, lagi pun buat apa nak balik rasanya tak balik pun takpa.

Aku rasa pelik dengan jawapan mak ngah jadi aku rasa nak tanya kat Sin Chan sapa Aliya? Mana dia pegi? Sebab anak mak ngah yang lain semua balik kecuali dia. Tapi jawapan Sin Chan tak memuaskan hati aku lah respon Sin Chan cuma cakap.

“Aliya tu sepupu, abang pun taktau kenapa dia tak balik”.

Bila aku tanya takda contact Aliya ke. Respon Sin Chan simple, “takda pun”. Jadi aku pun lepaskan rasa ingin tahu aku ni.. Tiba – tiba aku dengar anak aku menangis. Masa tu twin dekat ruang tamu dengan family yang lain.

Bila aku pegi tengok rupanya mak ngah cvbit anak aku sebab anak aku termunt4h atas kain dia. Hmm boleh bayangkan tak hati aku sebagai seorang ibu, ada orang ced3rakan anak aku di pagi raya pulak tuu, hmmm rasa marah tapi apakan daya aku semua tak terucap.

Sin chan tak boleh tahan rasa marah dia.. Sin Chan terus sound mak ngah jadi pergaduhan mulut yang besar masa pagi raya pulak tu hmm..

Mak ngah amik beg semua nak balik sebelum keluar mak ngah tanya kat Sin Chan soalan, “ko tak tahu langit tu tinggi ka rendah?” tak sempat Sin Chan jawab mak ngah jalan keluar.

Soalan tu menakutkan aku sebab bagi aku ada unsur balasan balas dendam gituu. Hati aku risau dengan tu tapi aku rasa insyaaAllah takkan lah mak ngah tu sampai nak membunuh bagai ka apa kaa.

Seingat aku selepas 2 minggu balik dari rumah mak abah, twin kena demam campak, habis satu badan muka tapi satu petang tu masa aku tengah lipat baju tetiba twin macam tercungap cungap bukak mulut macam tak cukup nafas aku tengok d4da takda lekuk apa apa…

Tanpa fikir panjang aku terus ja bawak twin ke hospital. Bila dr cek oxygen semua okay.. Cek d4rah air k3ncing semua okay tapi kena w4rded 2 hari nak pantau… 2 hari kat w4rd twin masih macam tu tapi dari segi kesihatan diorang semuanya nampak okay… Jadi dr kasi discharge.

Aku takut aku sedih, begitu jugak dengan Sin Chan kalau dr pun habis pikir kenapa dengan anak kami… Kami ni lagiIah taktau nak pikir apa lagi kecuali satu ikhtiar lagi yang terakhir yang berat kami nak percaya sebab anak kami kecik lagi…

Kami bawak pegi pusat rawatan islam dengan harapan semoga boleh rawat dengan bagi minum air tu lah sangkaan kami. Tapi lain jadinya bila di tengok tengok di baca baca oleh ustaz 4 orang masa tu. Ustaz cakap anak kami dah kena sih1r.

Rasa nak gugur jantung saya. Apa yang anak saya yang 6 bulan ni buat salah? Saya menangis tanpa henti. Ustaz cakap ustaz boleh bantu ikhtiar sama – sama yang lain serah pada Allah. Saya sanggup buat apa sahaja asalkan anak – anak saya elok semula seperti mana dulu saya lahirkan diorang.

Selepas seminggu dalam rawatan, takdir berkata lain. Tempat jam 8:54 pagi jumaat twin saya menghembuskan nafas terakhir mereka. Saya rasa gagal sebagai seorang ibu. Saya rasa b0doh. Saya rasa tertanya tanya siapalah yang k3jam tu.

Apa yang anak saya buat.. Atau apa yang saya buat? 3 bulan saya hanya berkurung dalam rumah bertemankan air mata Sin Chan sanggup berhenti keja dan meniaga sendiri sebab keadaan saya yang teruk. Drop 12 kg berat badan. 6 kali masuk wad sebab badan tak cukup air.

Sin Chan jaga saya dengan baik pujuk saya dengan baik. Sampai lah saya okay. Bila saya dah okay kami balik ke rumah mak abah sebab lama tak balik. Sedih hati saya sebab sebelum ni keluar dengan anak anak. Dalam sembang – sembang dengan mak abah tiba – tiba mak dapat panggiIan dari mak ngah.

Bertanya ada orang ka kat rumah tu, mak cakaplah saya dan Sin Chan balik. Menggelupur dia pun nak balik sama. Bila saya tahu dia nak balik saya terus cakap saya nak balik saya tak nak jumpa dia sebab dia pernah s4kitkan anak saya. Jadi mak abah pun setuju.

Kami pun balik. Dah balik tu Sin Chan dapat mesej dari mak ngah yang kata kami kurang ajar biadap. Selepas genap 2 tahun twin meninggaI saya disahkan hamil. Dan rezeki Allah bagi berganda saya disahkan hamil kembar 3.

Ya Allah bersyukur alhamdulillah menangis saya. Terharu gembira.. Begitu jugak dengan Sin Chan. Sepanjang saya mengandung dan bersalin semuanya mudah takda satu pun kejadian pelik aneh macam sebelum ni. Bila triplet saya genap setahun.

Tiba – tiba diorang kena demam campak. Saya rasa takut sangat mengigil badan saya. Takut yang teramat saya takut benda berulang. Saya solat mengadu pada Allah tentang hal tu. Tiba – tiba bila saya keluar bilik bintik – bintik campak suhu badan yang panas hilang dalam sekelip mata hilang.

Saya call Sin Chan untuk bagitau keajaiban Allah ni. Tapi tak berangkat 4 kali saya call. Jadi saya ingat tunggu ja laa balik. Sampai pukuI 10 malam saya tunggu tetap tak sampai rumah. Selalunya pukuI 9 malam dah sampai. Dengan call banyak kali tak dapat.

Bila dah masuk pukuI 12, aku jadi risau yang teramat, sampai menangis. Tiba – tiba unknown number call. Bagitau Sin Chan dekat pusat rawatan islam yang sama kami pernah pegi dulu. Time tu aku takleh nak drive sebab dah malam semestinya aku takut.

Jadi aku cakap pada orang tu. Dia kawan Sin Chan. Yang apa – apa tolong bagitau aku dengan kadar segera. Tepat pukuI 3:38 pagi unknown number tu call aku bagitau yang Sin Chan dah takda. Otak aku takleh pikir masa tu.

Kenapa tiba – tiba? Apa yang terjadi? Sekelip mata aku hilang suami secara tiba – tiba, aku memang tak jangka. Tapi aku tak tanya dalam phone, aku cakap yang aku otw pegi sana. Aku gagahkan diri bawak triplet. Hanya Allah yang tahu betapa lemahnya kaki nak melangkah, betapa otak ni menafikan apa yang terjadi.

Bila sampai ja. Aku jerit mintak tolong. Keluarlah beberapa orang bantu untuk tengok anak aku sementara. Aku nak tengok suami aku. Luluh jantung aku tengok suami aku yang mulutnya berlumuran d4rah. Datang ustaz bagitau… “

Ada yang menghantar sih1r untuk anak kamu mulanya tapi tak jadi tak tahu kenapa, saya fikir pasal tu dia hantar pada suami kamu. Inilah yang orang panggil sih1r m4ti bvnuh, dia datang dari angin”. Aku tanya kat ustaz tu kenapa? Kenapa kami? Kami takda salah… Ustaz tu jawab “Wallahualam yang pasti ni kes d3ndam”

Bila saya tengok wajah suami dan kenangkan dia suami yang baik untuk saya. Saya buat keputusan untuk kuat. Saya nak urus jen4zah secepat yang boleh. Makan masa nak urus sebab ada campur tangan polis. Dalam 5 hari settle semua.

Saya sedih tapi saya redha. Saya ada call ustaz tu tanya macam mana ya saya nak tahu apa sebab orang hantar sih1r ni? Ustaz tu cakap selawat 1000 kali istighfar 1000 kali al-fatihah sekali sebelum tido niatkan untuk Allah tunjuk siapa yang buat kemudian jumpalah dia tanya dengan baik andai ada salah dari pihak sendiri mohonlah maaf.

Saya ikutkan dan alhamdulillah pada malam tu jugak Allah tunjuk siapa. Rupanya penghantarnya mak ngah. PukuI 5 pagi saya terjaga tunggu subuh lepas subuh terus gerak dengan triplet ke rumah mak ngah. Saya pujuk hati untuk bersabar jangan marah jangan naik angin.

Istighfar saya sepanjang 1 jam dalam kereta dalam perjalanan. Sampai ja alhamdulillah saya rasa tenang untuk berbincang, hilang rasa marah, dan yang ada rasa ingin tahu kenapa??? Bila sampai ja mak ngah halau saya balik, padahal masa tu saya masih dalam kereta, tapi tetap dihalau balik.

Saya berkeras, saya keluar jugak, dan saya terus tanya, kenapa buat macam ni sekian – sekian. Akhirnya saya dapat jawapan.. Rupanya anak mak ngah, Aliya ada hati dekat Sin Chan dari kecik. Masa dia umur 18 dia luah rasa cinta dekat Sin Chan.

Tapi Sin Chan tolak sampai Aliya jadi tak w4ras dan sekarang duduk di hospitaI mental kawasan perak. Aku tak rasa nak marah langsung sebaliknya aku sedih. Aku minta maaf pada mak ngah bagi pihak Sin Chan. Mak ngah jugak minta maaf pada aku kerana tak dapat kawal perasaan.

Dah bertahun berlalu, aku sekarang dah berumur 38 tahun dah. Anak – anak dah besar dan aku masih tak kahwin sebab aku memang masih rindukan Sin Chan. Aku sayangkan Sin Chan, aku tak boleh terima laki lain. Syukurlah anak – anak aku faham, sikit pun diorang tak rasa kurang tanpa kasih sayang seorang ayah. Sekian cerita dari aku.. – Melati (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Fazidah Abdul Kadir : Peliknya manusia tu. Anak dia yang suka, sepupu sendiri pulak tu, tak payah lah layan hati dan nafsu sampai tergadai iman dan rasa keh4mbaan pada Allah, bvnuh orang – orang yang tak bersalah, d4rah daging sendiri pulak tuh.

Rugi dunia dan akhirat. Insyaallah, arw4h suami dan anak – anak tt di tempatkan di syurga bersama orang – orang yang beriman dan semoga bertemu semula sebagai satu keluarga nanti di sana.

Mak ngah tu tak tau nak cakap lah d0sa syirik bukan boleh ampun senang – senang. Semoga ada jalan untuk dia. Walaupun dia rasa terani4ya sebenarnya dia yang ani4ya diri sendiri dan orang lain.

Muhammad Nashrul Farhan : Allah Allah jahatnya manusia. Diturutkan marah dan d3ndam kesumat, 3 nyawa menjadi k0rban. Semoga Allah ampunkan d0sa sekiranya bertaubat.

BACA: “Suami beri syarat, kalau nak cerai juga, dia nak semua anak bawah jagaan dia, lepas cerai suami hasut anak-anak bencikan aku pula”