Kes tembakan di KLIA mengejutkan ramai, ini identiti bodyguard yang ditembak

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Insiden tembakan di KLIA mengejutkan ramai dan menimbulkan kebimbangan serta simpati terhadap pengawal peribadi yang kini berada dalam keadaan kritikal selepas ditembak.

Majikannya, Elite Bodyguard Service Company, berkongsi dengan The Strait Times bahawa mangsa sebenarnya tidak dijadualkan untuk bekerja pada hari tersebut.

Bagaimanapun, dia terpaksa menggantikan rakan sekerja yang bercuti sempena hari raya.

Kes tembakan di KLIA mengejutkan ramai, ini identiti bodyguard yang ditembak

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Nur Hadith, digelar Along, telah bergiat bersama syarikat tersebut selama 4 tahun, kata Rashid Ratag, pengarah syarikat itu.

“Along memang terlatih dalam kawalan keselamatan. Kerana pelanggan yang menggunakan perkhidmatan kami berisiko tinggi, kami memilih Along untuk menjadi bodyguardnya.

Saya tidak menyangka Along begitu komited dengan tugas yang diberikan kepadanya sehingga sanggup mempertaruhkan nyawanya,” kata Rashid kepada Utusan Malaysia.

Along telah menerima latihan dan mempunyai pengalaman selama 18 tahun dalam bidang tersebut. Dia dilaporkan berusia 37 tahun dan mahir bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Untuk rekod, syarikat tersebut merupakan pembekal perkhidmatan keselamatan yang mempunyai pasukan terdiri daripada 100 ahli yang berpengalaman dalam bidang keselamatan.

Kebanyakan ahli pasukan adalah bekas polis dan anggota keselamatan lain yang telah menjalani latihan yang keta

BACA: Menggelabah di serang, Israel merayu PBB buat mesyuarat tergempar kecam serangan Iran