Sehingga kini masih ramai lagi tertanya sejauh mana sebenarnya kekayaan anak dara kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Cik B, atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin.
Cik B pernah menghadiri sebuah majlis dengan set pakaian serta aksesori lengkapnya mencecah RM400,000!
Bukan biasa-biasa kekayaan yang dimiliki gadis itu pada ketika usianya baru sahaja menginjak 19 tahun.
Lebih menambahkan rasa ingin tahu mengenai kekayaan Cik B adalah ketika Datuk Seri Vida menghubungi anaknya itu untuk meminta agar dibayarkan baju dan bag tangan yang mahu dibeli.
Menerusi perbualan telefon yang dirakam Cik B, usahawan Qu Puteh itu berkata keseluruhan baju dan bag tangannya bernilai RM90,000.
Cik B yang pada awalnya menyangka hanya RM90, terus terdiam dan tersengih mendengar permintaan ibunya.
“Cik B, ma nak beli ni, nak beli baju nak beli beg, Cik B bayarkan untuk mama boleh? dalam RM90…,” kata Datuk Seri Vida.
@quputehtomatohq 90 ringgit 😭 #dsv #datoserivida #cikb #fyppppppppppppppppppppppp #masukberandafyp #masukberanda #masukfyp #datoserividafyp #cikbhavoc #masukberandagak ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Cik B membalas “haaa, 90 ringgit jee???”, “RM90,000…”, jawab Datuk Seri Vida.
Video itu kini meraih 1.8 juta tontonan dengan lebih 104,000 tanda suka.
Rata-rata warganet juga terhibur melihat reaksi terkejut Cik B yang terdiam agak lama selepas mendengar jumlah sebenar yang diminta ibunya.
“Haha…. Cik B belikan je mama. Nanti rezeki Cik B bertambah lagi,” komen warganet.
“Duit mak duit anak.. duit anak duit mak juga tak gitu,” seloroh yang lain.
“Saya pernah terfikir haritu, kalau lah ada orang kaya bagi saya duit RM100,000 kan seronok. Nak buat rumah. Tapi saya berangan je lah haritu,” komen lagi yang lain.
Ada juga meninggalkan komen, mengatakan mereka sendiri baju raya pun tak termampu untuk beli, apatah lagi untuk keluarkan RM90,000 begitu sahaja.