Ramai tak tahu macam mana negara lain sambut Hari Raya Aidilfitri, no.5 tu paling pelik!

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada bulan Syawal setelah berpuasa sebulan penuh.

Pelbagai cara dan budaya akan diamalkan mengikut negara dan tradisi masing-masing.

Beberapa cara mungkin kelihatan pelik dan unik bagi kita, tetapi ia adalah biasa dan tradisional bagi mereka dalam menyambut Hari Raya.

Ramai tak tahu macam mana negara lain sambut Hari Raya Aidilfitri, no.5 tu paling pelik!

Mungkin kita pernah terfikir bagaimana negara lain menyambut Hari Raya Aidilfitri. Adakah ia serupa dengan cara yang kita lakukan di Malaysia? Mari kita lihat bagaimana mereka menyambut Hari Raya di negara masing-masing.

1. China

Di China, terdapat dua wilayah yang mempunyai komuniti Islam yang paling besar iaitu Xinjing dan Ningxia. Mereka meraikan Hari Raya dengan cuti umum selama sehari.

Di wilayah Yunnan pula, ada orang Islam yang mengembara ke makan Sayyid Ajjal di Wo-erh-to untuk membersihkan makamnya sekaligus membaca ayat suci Al-Quran.

Orang Islam Uighur di Xinjing pula akan menghidangkan sanzi (mee goreng rangup) sebagai hidangan tradisi untuk Hari Raya.

Bukan tu je, diorang akan pakai baju khas lebaran dimana kaum lelaki akan memakai jaket khas dan kopiah berwarna putih manakala kaum wanita akan pakai baju tebal berserta dengan tudung.

2. Afghanistan

Kalau korang nak tahu, negara ni sambut Hari Raya sangat unik. Mereka akan sambut Hari Raya selama tiga hari. Apa yang uniknya, mereka akan membuat perlawanan telur secara besar-besaran. Macam mana diorang buat ?

Upacara yang dikenali sebagai Tokhm-Jangi ni, keluarga-keluarga akan merebus beratus-ratus telur lalu mengecatnya dengan pelbagai warna yang ceria. Kemudian, mereka akan berkumpul di taman atau tempat yang terbuka yang lain untuk memecahkan telur warna-warni berkenaan. Unik bukan ?

Bukan tu je, kalau malam pula diorang akan menyalakan unggun api di luar rumah. Sebelum Hari Raya menjelang, mereka akan membuat persiapan dengan membersihkan rumah dan membeli pakaian baru untuk Hari Raya.

3. Turki

Kalau di Turki pula, mereka menganggap Hari Raya sebagai Hari Manisan kerana ianya dikenali sebagai Seker Bayram (Manisan Bayram) dan Ramzan Bayram (Bayram Raamdan). Korang tahu tak Bayram tu maksud dia apa ? Bayram itu istilah yang digunakan untuk cuti umum.

Budak-budak mestilah rasa best sebab banyak dapat kumpul manisan. Diorang akan pergi dari pintu ke pintu meminta manisan seperti manisan Turki dan baklava.

Kalau korang datang beraya kat sini, korang mesti akan selalu dengar ‘Bayraminiz Kutlu Olsun’, ‘Mutlu Bayramlar’, atau ‘Bayraminiz Mubarek Olsun’. Semua ungkapan itu akan diungkapkan sesama mereka ketika berjumpa sambil memakai pakaian khas yang dinamakan Bayramlik.

Maksud dia selamat merayakan Hari Raya Bayram atau pun semoga Bayram anda direstui. Bukan itu je, kalau kat Turki kaum lelaki je yang akan pergi solat sunat Aidilfitri di masjid manakala kaum wanita hanya duduk kat rumah je.

4. Arab Saudi

Tidak jauh juga dengan tradisi di negara Malaysia dengan kunjung-mengunjungi ke rumah saudara mara, masyarakat Islam Arab Saudi juga turut mengadakan pertunjukan seni contohnya persembahan teater, pembacaan puisi dan perarakan muzik sewaktu meraikan Aidilfitri.

Part makanan mesti best kan ? Makanan special diorang ialah daging kambing yang dicampurkan dengan nasi dan sayuran tradisional.

5. Nigeria

Walaupun negara ini mempunyai penduduk beragama Islam dan Kristian namun masing-masing saling menghormati dan membantu antara satu sama lain apabila tiba sesuatu perayaan.

Bagi mereka, Hari Raya Aidilfitri dikenali dengan nama ‘Sallah Kecil’ dan mereka akan mengucapkan salam ‘Barka Da Sallah’ yang membawa maksud Salam Sejahtera di Hari Raya.

BACA: “Akhirnya suami datang melutut merayu nak kembali kepadaku dan anak, katanya kahwin dua keputusan paling bodoh dia buat”