“Pelik hari ni suami balik kerja lambat dari biasa, bila aku call kawan pejabat suami, rupanya dia kena tangkap basah dalam stor pejabat!”

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Hi, aku Madam Butterflyberumur awal 30 an (road to pertengahan 30 an) dan masih bujang. Aku ada anx1ety disorder and kadang kala akan dapat panic att4ck tapi Alhamdulillah sem4kin okay sebab sekarang sangat – sangat jarang berlaku.

Tujuan aku menulis hari ini dek kerana aku tidak tahu nak luahkan kepada siapa, lebih tepat lagi aku tiada tempat yang sepatutnya untuk aku luahkan

kerana ia akan membuka aib keluarga aku sendiri dan ia berd0sa. D0sa, benda yang aku sangat takut tapi kadang – kadang aku terbuat tanpa sengaja.

"Pelik hari ni suami balik kerja lambat dari biasa, bila aku call kawan pejabat suami, rupanya dia kena tangkap basah dalam stor pejabat!"

Luahan ini semuanya adalah tentang keluarga aku. Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang berpecah beIah dari keturunan yang berpecah beIah juga. Mak dan ayah aku berpisah (bercerai) sejak aku kecil. Kami semua adik beradik tinggal dengan mak sejak mereka berpisah.

Ayah aku? Kahwin lain dan dikurniakan seorang anak. Nafkah? Dia ada bagi kami nafkah semasa dia bekerja, tapi nafkah tu hanya mampu tanggung kakak aku yang sulung melanjutkan pelajaran. Itupun, hanya 2 tahun sahaja kalau tak silap aku.

Lepas dia berhenti kerja dan buka bisnes sendiri, tiada lagi nafkah untuk kami. Bisnes dia maju, dan mereka hidup mewah. Mereka makan pakai tak habis, mcdonald, kfc benda biasa, duit melimpah – limpah dari dompet ayah aku.

Tapi kami? Setiap hari makan berebut. Kadangkala, aku terp4ksa k0rbankan makanan aku untuk adik aku. Mcd, KFC? Kami tak mampu bahkan tak pernah mengenalnya. Kadang – kadang mak aku bawa balik bahan basah lebihan dari tempat kerja dia untuk dimasak.

Mak buat 2 kerja untuk menyara kami berlima. Aku tahu, mak sangat jarang tidur berkerja siang malam demi memenuhi keperluan kami adik beradik. Asalkan kami semua dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Ayah aku? Aku pun tak tahu dia anggap kami ini apa. Bukan anaknya mungkin. Setiap kali kami telefon untuk minta duit belanja sekolah, kami akan dimarah. Kalau dia bagi pun amatlah sedikit, RM10, RM5 itupun amatlah jarang.

Bagi aku sangat tak logik kalau dia sayangkan kami kalau nak dibandingkan dengan duit dia yang berkepuk – kepuk, siap boleh belanja kawan – kawan dia makan makan, durian berguni – guni. Kami, durian pun tak pernah merasa.

Duit raya? haha RM1, sama macam tetamu yang lain. Kalau minta baju raya, Alhamdulillah dia bagi. Tapi dapat dibezakan dengan pakaian mereka sekeluarga yang branded dengan kain pasang kami yang di kedai india.

Kadangkala, aku rasa kami bagaikan pengemis setiap kali berhadapan dengannya, atau tiap kali pergi ke rumahnya. Ya, kami pergi sendiri naik basikal memandangkan rumah ayah aku di kampung sebeIah je. Kena kejar anjing tu perkara biasa.

Yang paling berbekas di hati aku sampai ke hari ini, saat aku dapat masuk ke asrama masa tingkatan 1. Aku telefon ayah aku untuk minta tolong hantarkan aku ke asrama (di luar dari kawasan kampung yang dia tak perlu bayar satu sen pun sebab aku dapat tajaan sampai tingkatan 5)

Memandangkan kami tiada kend3raan, yang ada hanyalah basikal untuk ke sekolah harian. Dia akan jawab, “tengoklah macam mana.” Dan akhirnya dia akan senyap macam tu je. Adakala dia akan bagi seribu alasan untuk tidak hantarkan aku ke asrama bila aku balik cuti.

Dan pernah beberapa kali dia terp4ksa hantar aku, dia akan marah – marah sepanjang perjalanan. Oh ya, aku boleh balik ke rumah dengan menaiki bas sebab dari asrama, ada bas asrama hantar sampi ke terminal. Tapi untuk dari rumah ke asrama tiada bas, kalau ada pun teksi. Tapi teksi sangat mahal bagi aku.

Kemudian, aku berjaya melanjutkan pelajaran ke matrikulasi, alhamdulillah masih di dalam bandar yang sama dan di ketika itu kakak sulung aku sudah berjaya memiliki sebuah kereta dan dia lah yang selalu menghantar dan ambil aku.

Seterusnya aku berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, cuma di ketika itu aku belum dapat apa – apa tajaan atau pinjaman, Mak dah mula risau andai kami tidak mampu menanggung kos perbelanjaan di universiti. Mak suruh aku bertanya kepada ayah aku jika dia boleh bantu.

Aku dengan berat hati (dek kerana hati yang telah banyak terguris dengan penolakan di setiap permintaan), terp4ksa menelefon dia walaupun aku tahu jawapannya tidaklah seperti apa yang kami harapkan. Dan, ya, dia suruh aku berhenti belajar. Mungkin kerana menyusahkan.

Tiada apa yang aku mampu ucapkan melainkan menangis di dalam hati sendiri. Mak aku pun cakap kat aku, “PergiIah, nanti kalau tak cukup duit, baru balik.” Mak aku bertawakal andai tiada lagi yang mampu mak aku usahakan, maka tamatlah impian aku untuk melanjutkan pelajaran.

Tapi Allah itu Maha Baik. Aku dapat tajaan dan Alhamdulillah aku berjaya menggenggam segulung ijazah. Sekarang adik beradik aku masing – masing dah bekerja. Cuma dalam jangka masa ke hari ini, lepas aku SPM, salah sorang kakak aku ada yang s4kit dan dia telah pun pergi meninggaIkan kita.

Rasanya korang pun boleh bayangkan macam mana struggle kami dan bagaimana respond ayah aku setiap kali kami minta tolong untuk mendapatkan rawatan untuk dia. Ya, sama macam apa yang jadi bila aku minta tolong berkenaan hal pelajaran kami.

Kini, kami telah ada kerjaya masing – masing walaupun tidaklah sehebat orang lain tapi bolehlah untuk kami surv1ve sendiri. Sumpah, aku tak pernah membenci ayah aku, sebab aku tahu dia adalah ayah aku. Cuma aku sedih dengan kelakuannya terhadap kami dan per4ngainya.

Mungkin kerana kami dah besar, hal mengemis tu aku dah tak ambil port. Aku ambil itu sebagai satu takdir hidup aku. Aku cuma harap dia menjalani hidup sebagai seorang Islam yang ingin berubah menjadi lebih baik. Tapi harapan aku sekali lagi h4ncur.

Jika anak melakukan perkara ini akan dianggap mengaibkan keluarga, tapi jika bapa yang melakukannya? Sungguh, aku sedih. Aku dapat tahu ayah aku check in hotel dengan perempuan lain. Aku bagaikan tiada harapan lagi untuk menganggapnya sebagai seorang ayah.

Aku tidak mampu untuk memandangnya lagi. Dan dia menggelar aku anak derh4ka kerana sikap aku terhadapnya sekarang. Aku bukan benci, cuma aku sedih. Jadi aku menjauhkan diri darinya. Aku sebagai anak, sangat terIuka dan aku harap Iuka ini akan pulih dan aku boleh menyapanya kembali.

Mak aku? Aku tahu kehidupan mak aku sangat sukar sejak dia kecil. Mak ditinggalkan di kampung dengan atuk sejak atuk dan nenek bercerai. Nenek meninggaIkan kampung tersebut dengan pasangan baru dan atuk pun kahwin lain.

Betapa peritnya hidup mak dengan ibu tirinya, dia sentiasa merayau – rayau ke rumah saud4ra mara untuk surv1ve. Bagi aku, mak nasib mak agak maIang sebab dapat ibu tiri yang jahat. Betapa jahatnya ibu tiri mak aku, dik3ncingnya atas mak aku masa mak aku tengah tidur. Itu antara sejarah hidupnya yang mak aku pernah ceritakan.

Jadi, mungkin kesan kepada kehidupannya yang sungguh memeritkan sejak dia kecil, disusuli dengan penghijrahannya ke bandar di mana kami berada sekarang dan bertemu dengan ayah aku kemudian berpisah dan berhempas pulas membesarkan kami hingga kini, aku tak akan salahkan mak aku dengan sikapnya kepada kami.

Mak aku sangat garang, masa kecil kami akan menjinjitkan kaki kami ketika berjalan jika dia sedang tidur. Rumah kami akan kemas dengan rapi, tidak boleh bangun lewat, tidak boleh menonton tv tanpa melakukan pekerjaan (tak kisah kerja apa asalkan bukan riba tangan seperti lipat kain, sapu sampah dan sebagainya).

Mak aku pantang orang buang masa. Dan kami sangat takut untuk melakukan kesilapan. Jadi, korang mesti tahu macam mana aku. Ya, aku tak berkawan dengan lelaki sebab itu sampai sekarang bujang, haha. Okay, back to story, memandangkan kami dah besar, kakak – kakak aku dah ada keluarga masing – masing, jadi yang menjaga mak aku sekarang adalah aku sebab hanya aku yang masih bujang.

Adik aku? Pun dah kahwin cuma dia satu – satunya adik beradik aku yang problem, tapi panjang pulak nak cerita, so abaikan je lah dulu untuk kali ni. Luahan ini tentang mak aku. Aku sangat sayangkan mak aku. Dalam dunia ni bagi aku, dialah orang yang aku paling sayang. Tapi, aku tak tahu macam mana nak tunjuk.

Kami adik beradik semua tak tahu cara nak tunjukkan kasing sayang, tak tahu cara berpeIuk, tak tahu cara wish birthday, kami tak ada semua tu. Bila sedih, masing – masing pendam sendiri, tak mampu nak luah. Jadi, aku rasa mungkin cara kami membesar dan penerimaan kami mebuatkan kami menjadi seperti hari ini.

So, aku taknak cakap pasal adik beradik aku yang lain. Aku cuma nak luah yang aku sedih, sebab mak selalu cakap kami bencikan dia. Padahal kami masing – masing ada komitmen masing – masing, dan aku? Aku selalu berk0rban untuk adik beradik yang lain demi memberi kegembiraan pada mak.

Tapi mak masih tak faham. Masih anggap kami adik beradik anak yang tak guna, yang tak sayangkan dia. Aku tak tahu apa yang ada dalam hati adik beradik aku yang lain, tapi aku betul – betul sayangkan mak aku sebab aku tahu perit jerih yang dia dah tanggung selama dia hidup.

Tapi mak aku selalu salah ertikan dan menganggap anak orang lain lagi bagus dari anak – anaknya. Aku sangat sedih setiap kali dibandingkan sebegitu, sedangkan aku sudah cuba yang terbaik untuk jadi anak yang terbaik untuk dia.

Biarlah adik beradik lain tak mampu nak meng0rbankan kehidupan masing – masing, aku sanggup asalkan mak gembira dan dapat apa yang dia nak. Aku tak pernah keluar malam, sebab aku risaukan mak aku. Aku pergi kerja balik kerja. Keluar pergi makan dengan kawan pun aku akan rasa bersalah dan mesti terfikirkan dia kat rumah. Kerja aku? Aku tak boleh fokus sepenuhnya.

Orang lain semua kerja, jadi hal anak saud4ra yang ditinggalkan pada mak aku, aku akan pastikan mak aku dalam keadaan baik sebelum pergi kerja, (Aku kerja sendiri jadi tiada siapa marah kalau aku ponteng cuma cashflow aku tak cantiklah) sebab aku tahu dia dah tua dan tidak gagah macam dulu dah. Kalau nak diluahkan terlalu banyak. Tapi cukuplah sampai sini.

Aku tulis ni pun bukan sebab nak meraih simpati atau mengungkit, cuma aku nak luahkan rasa sedih aku terhadap orang tua aku sendiri. Ayah yang tak pernah anggap aku sebagai anak, dan mak yang tak nampak kasih sayang aku. Aku cuma harap mak tak salah erti dan ayah sayangkan kami adik beradik. – Mdm Butterfly (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Miz Atom : Faham situasi confessor. Berkhidmatlah semampunya dengan ibu selagi dia masih bernafas lagi. Apa pun dia kata, anggap saja perubahan hormon dan faktor usia. M4kin meningkat umur, perempuan m4kin sensitif lagi – lagi kalau dia s4kit teruk.

Nora Osman : Apa maksud ‘anak saud4ra yang ditinggalkan pada mak aku’ tu? Apa contoh kejadian mak tt selalu cakap anak tak sayang dia? Kesian mak dan tt.. keperitan dalam kelangsungan hidup. Allahuakbar.. moga tt terus kuat dan tabah dalam membahagiakn bonda. InsyaAllah bahagiamu akan menyusul jua.

BACA: “Aku suruh tok imam kebumikan jenazah mak malam tu juga! Aku tak nak adik beradik aku jumpa mak buat kali terakhir”