Malam Raya , suami lari bawa anak ke rumah mertua , semasa takbir aku nangis sorang – sorang dan makan maggi pagi raya

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Hi, aku Emma yang memang confirm bukan nama sebenar aku. Mempunyai seorang anak lelaki yang berumur 3 tahun 11 bulan.

Sekarang, status aku “Single Mom @ Super Mom” haha.Okay, apa yang aku nak ceritakan dekat korang, aku harap, dapat membantu sesetengah kaum perempuan yang dalam dilema.

Apa yang aku nak ceritakan ni jugak, korang pandai pandai lah ambik yang mana perlu di ambil sebagai pengajaran dan sebaliknya.

Malam Raya , suami lari bawa anak ke rumah mertua , semasa takbir aku nangis sorang - sorang dan makan maggi pagi raya

Aku dah berkahwin 6 tahun setengah. 3 tahun setengah awal awal perkahwinan kami bahagia, duduk jauh dari keluarga dan kami saling melengkapi antara satu sama lain.

Tapi perubahan bermula, bila kami mula pindah ke satu negeri. Dan rumah kami hanya 10-15 minit jauh (naik kereta) dengan rumah mertua ataupun lebih senang rumah emak exhusband aku.

Untuk pengetahuan korang, ex aku anak emak, anak lelaki seorang, anak yang di manja oleh emak, anak yang di bangga banggakan oleh emak, dan anak yang memang tak ada salah.

Bermula la episode yang sangat sangat tak best especially bila aku dah mula dapat anak.

Mak dia yang sememangnya queen control, leader of family (even ada suami, tapi suami dia hanya yes mem) lebih nampak dia mula masuk campur dan control keluarga aku, and anak aku.

Aku tak lupa, anak aku yang belum 6 bulan, disuruhnya suapkan anak aku MUSHROOM SOUP dekat Kenny Rogers. Aku explain tak boleh sebab anak aku masih belum masanya untuk makan.

Korang rasa dia jawab apa? Ni jawapan dia “waktu Emmy (kakak sulong ex) 1 bulan nenek dia dah bagi makan bubur, hidup sihat sampai sekarang”.

Dalam hati aku, itu nasib dia hidup, kalau tak hidup, ada ganti ke. Tu baru sikit.

Ada lagi, ex aku dia bawak anak aku pergi ke rumah mak dia. Dan waktu dia nak bawak keluar tu aku dah pesan, jangan bagi apa apa makanan yang tak boleh pada anak sepanjang dia ada di sana, banana terutamanya sebab anak aku sembelit dengan banana.

Aku dah terlampau banyak kali bagitahu mak dia yang anak aku memang tak boleh makan banana, akan sembelit teruk.

Nak di jadikan cerita, selepas magrib aku pergi ke rumah mak dia, nak ambik anak aku, mak dia cakap dah bagi anak aku makan banana, dan kebetulan, masa aku sampai anak aku tengah sembelit.

Korang yang sebagai mak, melihat anak korang yang baru 8 bulan sembelit meneran menangis, apa korang rasa? Kesian, sedih sangat sangat. Dan sembelit tu membuatkan bahagian bawah anak aku merah sangat sangat.

Malam tu, anak aku tido terkangkang, tak boleh nak ketepi atau mengiring, dan setiap sejam atau setiap kali anak aku buang air kecil, dia akan menangis sakit.

Dan malam tu aku tak tido sebab aku tukar pampers anak aku setiap kali dia buang air kecil.

Akibat dari degil dan egonya seorang manusia yang sangat sangat selfish! Ex aku? Confirm la emak dia yang betul, sebab tu tak mampu nak kata “tak” untuk apa yang mak dia buat, even benda tu menyakitkan anak aku.

Dan macam macam lagi cerita terlampau banyak. Hinggakan bila aku bergaduh dengan ex aku, mak dia masuk campur.

Pernah ex aku tinggalkan aku dengan anak aku di rumah keluarga aku, dan terus balik ke rumah emak dia tanpa bagitahu apa apa.

Dan seminggu selepas dia tinggalkan aku dan anak aku, dia datang dengan emak dia untuk ambik anak aku sahaja. Anak aku 1 tahun 3 bulan waktu itu.

Merayu rayu, menangis hingga aku terduduk, merayu jangan pisahkan aku dengan anak aku. Emak dan ex aku dengan bangganya bawak keluar anak aku dari rumah. Waktu tu yes aku sengat lemah!

Puncanya aku dan ex bergaduh sebab ex aku memang tak ada masa langsung untuk aku dan anak. Korang bayangkan, tentang makan? Ex aku ni, emak dia memang akan masak dan ajak anak dia makan. Dan ex aku memang nak makan rumah emak dia.

Aku yang gigih masak dalam masa yang sama nak handle anak aku yang sangat sangat lasak, akhirnya aku makan sorang sorang. Besok aku panaskan dan makan seorang lagi. Dia? Kenyang makan rumah emak.

Aku dah pernah bagitahu, kalau dah makan kenyang kat mana mana, bagitahu aku. Jadinya aku tak perlu masak banyak banyak atau mungkin aku tak perlu masak pun.

Tu baru tentang makan.

Weekend, Sabtu dan Ahad, dia akan ikut mak ayah dia ke kebun atau ikut emak dia ke mana mana dan senja baru balik.

Aku dengan anak hanya babiskan masa di rumah. Hinggakan anak aku yang kecik tu selalu sebut “daddy” sambil tunjuk kat luar.

Disebabkan semakin worst, dan aku betul betul rasa sangat sangat exhausted, aku cakap dekat dia “kalau macam ini lah perangai dia, aku dah tak nak ada anak lagi selepas ini”, tiada tinggi suara.

Terlampau banyak lagi yang berlaku kalau aku cerita memang panjang.

Sambung kembali dia dan emak dia pisahkan aku dengan anak aku yang baru 1 tahun 3 bulan waktu itu.

Hari hari setiap jam setiap malam, aku peluk pakaian anak aku, aku nak video anak aku, sangat sangat susah, aku kene merayu, 2 3 hari baru aku dapat video call anak aku.

Bila aku mintak gambar, gambar anak aku dari sisi belakang tengah tertonggeng itu lah yang dia bagi pada aku.

Aku jaga anak aku dari dia 3 minggu dalam perut aku, aku tahan dari makan durian walaupun aku nak sangat, aku elak dari terlanggar lubang atau apa apa,

5 bulan aku alah muntah tak boleh nak makan dan minum, muntah hingga berdarah darah. 5 bulan dan bukan 1 bulan, aku gagahkan demi anak yang aku kandung.

3 kali aku induce dalam keadaan sakit, aku bangun susukan anak walaupun aku tengah sakit, semuanya demi anak aku.

Bermula saat aku dipisahkan dengan anak, saat ex dan emak dia ambik anak aku keluar dari rumah, aku dah nampak bertapa kejam seorang perempuan yang juga emak dan seorang yang lebih tua, kejam dan sangat sangat jahat perlakukan pada aku.

Sedangkan dia tak mampu nak berpisah dengan anak lelaki dia.

Dan waktu itu juga aku mula nampak, aku dah tak kenal lelaki yang pernah aku sayang dulu,

Lelaki yang 3 tahun setengah awal awal perkahwinan kiteorang dulu, yang dulunya dia sentiasa ada untuk aku, sentiasa protect aku, sentiasa bagi semangat untuk aku, tapi menjadi seorang yang sangat kejam untuk aku.

Dia pisahkan aku dengan anak aku 14 hari, hari ke 15 dia datang ambik aku. Waktu itu aku dah mula semat dalam hati aku, aku dan dia, kami kena sama sama berubah supaya perkahwinan ini kekal dan anak aku bahagia.

Tapi rupanya tak, sangkaan yang aku ingat dia bawak aku balik nak perbaiki hubungan kami, rupanya tak.

Dia ambik aku waktu tu dah dekat dengan Raya Aidilfitri, dan waktu tu semua ahli keluarga dia balik.

Dan dia paksa untuk aku pergi jumpa mak dia dan mintak maaf dengan mak dia sebabnya waktu mereka datang ambik pisahkan aku dengan anak, Aku cakap dekat mak dia,

“apa niat sebenar, dari tadi masuk rumah terus sebut supaya kami berpisah?” dalam nada yang masih ada hormat.

Rupanya mak dia marah sangat part tu. Aku bagi alasan pada ex aku, aku kata aku demam sebab aku belum bersedia untuk berjumpa dengan manusia yang sangat kejam pada aku, aku perlukan masa dan aku tahu kalau aku pergi waktu itu, keadaan akan jadi lebih worst.

Ex aku tak percaya yang aku demam, dia bawak aku ke clinic untuk Dr yang sahkan aku demam atau tidak.

Aku register clicnic macam biasa dan dia ada dengan aku waktu itu, tapi dia tak masuk ke bilik Dr.

Saat aku masuk je ke bilik Dr, aku terus maklumkan pada Dr, yang aku tidak demam, aku cuma mentally abvse. Aku cerita dari A sampai Z, segalanya, dan Dr record segala yang aku ceritakan.

Dan Alhamdulillah, Tuhan tolong melalui Dr, aku diberikan ubat demam dan antibi0tic walaupun aku tak demam, sebagai bukti kepada ex aku yang aku demam. Supaya dia tak boleh paksa aku untuk ke rumah mak dia.

Waktu zaman pendemic, jadinya bila demam memang kena kuarantin. Alhamdulillah.

Next, kisah aku tak habis di situ, malam Raya Haji, ex aku mintak aku pakaikan baju anak aku, untuk ke rumah mak dia. Aku siapkan anak aku, dan mereka keluar ke rumah mak dia.

Tiba tiba aku nampak botol susu anak aku tinggal 2 dari 8 botol, aku dah rasa tak sedap. Aku whatsapp ex aku kenapa botol anak aku tinggal 2, dia jawab yang dia dan anak aku tido di rumah mak dia tanpa bagitahu aku apa apa pun sebelum itu.

Dan aku tak akan lupa, saat takbir raya bergema di langit, aku menangis atas sejadah dan berdoa “Ya Allah bertapa kejam seorang suami buat pada aku, bertapa kejam mereka aniaya aku berkali kali”.

Aku seorang di rumah, hari raya haji, makan maggi pagi tu sebab barang basah dah habis, foodpanda no delivery kecuali non halal.

Aku menangis, yes aku menangis sebab hanya aku seorang di negeri itu, dan aku di perlakukan begitu.

Terlampau banyak lagi cerita penganiayaan hingga aku call talian kasih, yang kalau aku cerita, confession ni mungkin akan ada kesinambungan yang tak tahu bila habis. Hahaha.

Okay, aku pendekkan cerita, aku bagi tempoh 1 tahun pada diri aku, untuk aku bertahan, masih mengharap rumahtangga kami menjadi aman bahagia seperti hidupan kami yang sebelum kami berpidah.

Dalam masa 1 tahun, aku kumpulkan pelbagai bukti, aku menjadi seorang yang sangat sangat penyabar, selama 1 tahun itu, aku tak pernah create apa apa pergaduhan,

Walaupun dia pisahkan anak aku berkali kali, create memory antara anak aku dia dan mak dia sahaja, bawak keluar anak aku tanpa pengetahuan aku, tahu tahu anak aku dah tak ada,

Create cerita yang aku tak nak datang ke rumah mereka (3 kali aku nak ikut balik ke rumah mak dia tapi ex aku yang tak bagi) dan pelbagai lagi, aku sabar.

Marah aku tahan, aku sabar, Sedih, aku menangis dan sabar. Tapi aku mula bertindak secara senyap.

Hasil dari nasihat peguam yang aku lantik, (YES! aku lantik peguam secara senyap senyap dan aku housewife!) tepat dan genap setahun, aku call abang aku untuk ambik aku dan anak aku.

Aku wasap ex aku dan bagitahu yang aku perlukan masa, dan aku nak ke rumah keluarga aku.

Dia reply “nak pergi, pergi seorang, anak tinggal”. Gile! Tak akan la aku nak tinggalkan anak aku. Itu pun aku screensh0t sebagai bukti dia berikan kebenaran keluar rumah.

Aku keluar dari rumah, aku kunci pagar dengan rasa yang sangat sebak dan aku berdoa saat itu,

“Ya Allah, aku keluar dari rumah ni dalam keadaan aku tak ada apa apa. Aku tak ada kereta, aku tak ada rumah, aku tak cukup duit, duit aku ada seribu, aku keluar dalam keadaan aku zero, tapi aku yakin Engkaulah pemberi rezeki”, dan aku melangkah keluar.

Itu lah doa yang aku doa, tak ada kurang tak ada lebih. Aku serahkan sebulat bulatnya pada Ya Rabb.

Now bermula la kehidupan aku. Aku ceritakan pada korang, kehidupan aku berubah satu per satu.

Lawyer yang aku lantik tadi, harga yang aku perlu jelaskan adalah sebanyak RM 12 ribu, RM4 ribu untuk 1 kes, dan aku bukak 3 kes.

Sangat sangat amazing Tuhan tolong, aku boleh selesaikan payment lawyer aku dalam masa 2 bulan sahaja, Masha Allah sangat singkat.

Dan aku tak meminjam dengan sesiapa, malah aku tak mintak bantuan sesiapa, melainkan aku mintak tolong pada Ya Rabb.

Ramai yang datang bagi aku pertolongan, bagi aku duit hingga aku mampu selesaikan dalam masa 2 bulan. Untuk aku yang tak ada kerja, 2 bulan sangat amazing. ALLAHU AKBAR!

Kes penceraian yang kebiasaanya tak akan selesai dalam 1 hari, selesai semuanya dalam masa 1 hari.

Semua interview kerja, (aku seorang yang berkelulusan tinggi tapi semenjak kahwin aku tak bekerja, hanya buat business sendiri kecik kecik), semua interview kerja aku dapat.

5 Offer kerja yang gaji dia alhamdulillah untuk aku yang baru nak mulakan hidup.

Bahkan, sehingga sekarang, mereka masih call dan message aku bertanyakan jika aku masih berminat dengan offer yang mereka bagi.

Subhanallah!

Hari hari aku, aku bertukar kereta. Bukan sebab aku kaya, tapi sebab aku tak mampu nak beli kereta lagi, jadinya aku naik grab. Haha. Pergi balik grab aku pernah mencecah RM80/hari, dan paling sedikit RM40/hari.

Untuk aku yang belum dapat gaji berbekalkan duit RM 1k, itu lah duit pergi balik aku naik grab, dan itu la jugak duit untuk anak aku in case anak aku perlu ke clinic dan so on.

Apa yang amazing, bila aku dah dapat gaji, baru aku tersentak, eh sepatutnya duit RM 1k aku dah lama habis, tapi kenapa tak habis habis lagi, aku pun tak tahu mana datang,

Tapi sejujurnya RM 1 k aku masih ada di dalam account itu, jumlahnya tak berganjak tapi makin naik sebab dah bercampur dengan gaji aku.

Macam tak percaya, tapi itu la sebenarnya. Allahu Akbar!

Tuhan hadirkan aku dengan ramai orang yang baik baik, malah aku dikurniakan majikan yang baik dan pemurah. Rakan rakan kerja yang baik, malah rakan rakan yang terputus selepas aku berkahwin, kami kembali rapat.

Ramai sangat orang baik baik yang mula hadir dalam hidup aku. Alhamdulillah!

Paling aku tak sangka bila aku sudah pun di serap menjadi permanent worker, dalam masa yang sangat singkat, sedangkan rakan seangkatan dengan aku masih lagi dalam tempoh percubaan.

Malah, amazing nya Tuhan tolong bila aku mampu tarik sales sebanyak 10k untuk company aku walaupun aku bukanlah pekerja sale hanya dalam masa 5hari.

Tuhan hadirkan sesorang untuk aku join satu sesi, membantu aku untuk melepaskan semua titik titik hitam dalam hati aku, hinggakan aku rasa, lapang, bebas malah bila aku ingat kembali rupa rupa mereka yang menganiaya aku, aku tak rasa nak menangis atau marah.

Aku maafkan mereka untuk diri aku, kerana aku tak nak mereka yang control aku. Ini diri aku, ini perasaan aku, aku yang akan control segalanya tentang aku. Aku yang akan decide jalan aku dengan izinNya.

Aku bagi hak samarata untuk anak aku, sebab anak aku perlukan kasih sayang seorang ayah. Dan itu adalah hak anak aku. Berapa kerap dan berapa kali dia nak ambik anak, aku bagi tapi semua secara legal dan ada di atas kertas.

Sebab aku dah rasa macam mana terpisah dengan anak, dan aku dah lihat dengan mata macam mana anak aku trauma saat dia dipisahkan dengan aku, dan aku tak akan buat benda yang sama pada mereka demi anak aku.

Sedang plan untuk memiliki my own asset, In shaa Allah, satu per satu. Aku pasti aku mampu berjaya malah lebih berjaya bukan untuk aku tunjuk pada ex aku, tapi untuk diri aku sendiri.

Tak senang tapi semuanya mudah bila Tuhan tolong. Letih tapi aku mampu. Risau tentang sesuatu? Aku letak sepenuhnya pada Ya Rabb dan aku kembali tenang.

Now, aku just nak hidup tenang tenang, membesarkan anak aku dengan penuh kasih sayang, mendidik agar mempunyai akhlak dan agama yang baik.

Hidup aku penuh dengan sangkaan yang baik pada pencipta aku sebab, pencipta aku tak pernah tinggalkan aku, malah Dia yang bantu aku dengan cara yang sangat amazing.

Niat aku, aku nak buat baik untuk orang sebab aku pasti, kebaikan dibalas dengan kebaikan. “Dengan Allah swt beyond logis, is more magic”.

Jangan takut untuk melangkah, yang penting, mintak Dia yang aturkan langkah terbaik untuk korang. Jangan takut tentang sesuatu, lebihkan tawakal.

Kisah Nabi Yusuf menjadi teladan, kisah yang boleh aku relate dengan hidup aku.

Aku mungkin terlambat untuk melangkah, tapi langkah yang lambat ini, adalah langkah yang paling bahagia untuk aku sekarang.

Sayang diri korang, tolong jangan izinkan orang lain yang control diri korang, diri korang adalah amanah korang.

Aku lebih bersemangat, lebih bermotivasi, aku lebih bercita cita dan aku yakin dengan pertolongan Ya Rabb, aku mampu untuk terus melangkah ke depan dan berjaya.

Doakan untuk aku, agar aku terus berjaya dan mereka yang di sekeliling aku juga berjaya dan gembira.

Doa aku semoga mereka yang teraniaya sentiasa mendapat pertolongan Tuhan dan dikeluarkan dari penganiayaan tersebut, dilimpah rezeki yang berkat dan bahagia.

Buat mereka yang menganiaya, Tuhan tu ada untuk melihat dan akhirat itu pasti!

Sumber – Emma

BACA : Boleh ke tak sebenarnya baju raya warna ‘brick orange’ ni? Sekali ini respon Pu Amin