Peristiwa ini berlaku sebanyak dua kali dalam setahun, iaitu sekitar 20 Mac dan 22 September.
Hari ini, kita akan menyaksikan fenomena Ekuinoks, yang berlaku dua kali setahun.
Secara umumnya, ekuinoks menjadi petunjuk perubahan musim di kawasan dengan empat musim.
Istilah “Ekuinoks” berasal dari bahasa Latin, di mana “equi” bermaksud sama dan “nox” membawa maksud malam.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, peristiwa ini berlaku sebanyak dua kali dalam setahun, iaitu sekitar 20 Mac dan 22 September.
Ekuinoks berlaku apabila matahari berada tegak di atas Garisan Khatulistiwa. Ia sedikit sebanyak menyebabkan suhu di Bumi, terutamanya di Garisan Khatulistiwa, meningkat.
Selain itu, fenomena Ekuinoks ini juga menyebabkan tempoh siang dan malam sama di seluruh dunia, kecuali di Kutub Utara dan Selatan. Seluruh dunia akan mengalami waktu siang selama 12 jam dan waktu malam selama 12 jam.
Ekuinoks digunakan sebagai petunjuk perubahan musim di kawasan-kawasan dengan empat musim.
Ekuinoks Mac menandakan ketibaan musim bunga di Hemisfera Utara dan musim luruh di Hemisfera Selatan. Selepas Ekuinoks Mac, titik subsolar akan bergerak ke arah utara, yang menyebabkan Hemisfera Utara condong ke arah utara.
Manakala, Ekuinoks September menandakan ketibaan musim luruh di Hemisfera Utara dan musim bunga di Hemisfera Selatan. Titik subsolar akan bergerak ke arah selatan dan Hemisfera Selatan akan condong ke arah matahari selepas Ekuinoks September.
Bagi kawasan yang berada di Garisan Khatulistiwa, fenomena tengah hari tanpa bayang akan berlaku kerana matahari berada di atas kepala.
Dalam beberapa budaya, Ekuinoks menjadi perayaan penting yang menandakan perubahan musim. Di Jepun, Hari Ekuinoks merupakan cuti umum.
Manakala, di Korea, Ekuinoks September disambut dengan Chuseok, yang juga dikenali sebagai Hari Kesyukuran Korea. Perayaan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan keluarga dan menghargai warisan pertanian di Korea.