Nama aku Orkid, telah berkahwin, mempunyai 3 orang anak berusia 6 tahun, 3 tahun, 2 bulan. Cerita bermula tentang anak mak cik (adik mak) aku
Ya, sepupu aku yang bernama Melur, seorang anak tunggal yang telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak berumur 2 tahun dan 3 bulan. Melur merupakan wanita bekerjaya.
Bulan lepas, mak cik aku dimasukkan ke hospitaI akibat tekanan d4rah tinggi. Sehari selepas keluar wad, pengasuh anak si Melur ni
mengambil cuti kecem4san akibat kem4tian keluarga. Melur tiada pilihan dan terp4ksa minta makcik aku yang masih belum sihat untuk mengasuh anak – anaknya.
Sebelum tu, aku nak mengaku yang aku b0doh piang dan baik tak bertempat menawarkan diri nak jaga anak melur sedangkan aku pun mempunyai anak kecil. Hal ini terjadi kerana kasihan pada makcik aku yang baru sahaja keluar hospitaI.
Makcik aku satu – satunya adik kesayangan mak aku dan makcik aku banyak tolong keluarga aku. Aku menghulurkan bantuan mengenangkan keadaan makcik aku. Pada mulanya, cuma 3 hari sahaja. Tidak lama. Lagipun, anak aku yang berumur 2 bulan asyik tidur.
Bagi aku, mudah untuk aku ‘handle’ 3 orang anak aku dan 2 orang anak Melur. Mudah untuk jaga anak Melur yang berusia 3 bulan kerana dia minum susu formula. Pada awalnya, segalanya baik – baik sahaja. Cuma, anak si Melur yang bayi ni lain macam.
Suka melalak macam kena d3ra sampai aku naik cuak. Mula – mula, aku boleh handle lagi. Tapi, hari ketiga, aku dah bagitau mood anak dia tak berapa baik hari tu tapi Melur boleh pulak buat OT, balik lewat malam. Bayangkan.
Mend3ritanya aku malam tu. Bila bagi susu, bagi puting, berdukung, berbuai semua tak jalan. Aku check perut semua, okay tak kembung. Dekat sejam lebih tak berhenti menangis, s4kit ke apa budak ni. Aku call Melur yang tengah OT untuk minta dia balik awal, sebab OT tu tak wajib pun.
Dia boleh pulak ketawakan aku. Biasalah tu. Anak high demand katanya. Dia suruh aku bertenang. Masuk jam kedua, aku call lagi, dia suruh aku bawa bertenang sahaja. Nanti mengantuk, tidurlah budak tu. Bayinya menangis melalak sampai tersedu – sedu.
Aku pun gagah bertahan walau macam nak menangis sekali. Masuk jam ketiga, aku call lagi minta Melur balik cepat. Anak dia masih tak henti nangis. Dia hanya jawab suruh aku sabar dan biasalah tu. Budak tu bukan s4kit pun, saja je nangis macam tu. Eh, s4kit pulak hati aku!
Nasib baik Allah permudahkan urusan. Anak – anak aku yang umur 6 dan 3 tahun elok je tengok tv dan main dengan anak Melur yang berumur 2 tahun. Masing – masing pandai bawa diri
. Anak aku yang umur 2 bulan pun elok je tidur. Lapar je nangis. Bagi susu, tidur balik. Suami aku pun tolong tengokkan mereka malam tu.
Jadi, memang aku fokus nak diamkan anak Melur yang berusia 3 bulan yang tak henti – henti menangis ni. Aku mula hilang sabar sebab si Melur ni macam acuh tak acuh je dengan anak dia. Boleh pulak dia OT dengan keadaan anak yang masih bayi yang menangis tak henti.
Aku pula yang berlebih – lebih risaukan anaknya. Aku simpan rasa geram itu. Akhirnya, hampir jam 12 malam, anaknya tertidur akibat keletihan dan banyak menangis. Melur masih belum pulang. Katanya, singgah makan dengan kawan – kawan kerja.
Dalam hati aku, banyak cantik muka dia. Acah – acah macam single tak berlaki dan tak beranak pulak. Sampai rumah, dia minta aku jagakan lagi sehari sebab pengasuh anaknya lusa baru sampai balik. Aku dah start tawar hati dengan sikap sambil lewanya.
Aku jawab tak boleh jaga sebab esok aku nak keluar dan kebetulan suami aku cuti. Melur gelak – gelak je. Oh, lupa nak cakap! Melur memang tidur rumah aku sebab jarak rumah aku agak jauh kalau dia berulang alik nak hantar anak dan ke tempat kerja.
Kebetulan, suaminya pula out station. Esoknya, lepas subuh, aku sambung tidur sebab semalam letih berjaga sampai jam 1 pagi jaga anak Melur sementara dia nak balik rumah. Tiba – tiba, aku dik3jutkan dengan tangisan anak Melur yang kecil.
Jam menunjukkan 9 pagi. Apa?? Ya, Melur tetap tinggal anaknya dan dia dah selamat berada di tempat kerja. Dia hanya hantar pesanan ringkas minta aku jagakan. Aku dan suami terp4ksa batalkan plan kami. Takkan nak jalan – jalan dengan anak ramai tak terkawal. Dah la kecil – kecil lagi.
Kalau ikut hati, nak je aku hantar anak – anak si Melur ni ke tempat kerja dia. Sungguh dia tak hormat pendirian aku sewaktu aku katakan tak boleh jaga semalam. Panasnya hati. Ditambah pula, anaknya yang bayi itu kuat meragam dan asyik menangis sampai aku tak sempat masak dan urus rumah.
Nasib baik suami aku bertolak ansur dan tolong masak dan uruskan anak – anak lain. Suami aku pun dah mula merungut sebab sikap Melur yang sewenang – wenangnya tinggal anak dan pergi kerja tanpa maklumkan terlebih dahulu.
Em0si aku mula tak stabil. Nak je aku mer0yan dan d3ra anaknya yang asyik melalak ini. Nasib baik iman aku masih kuat walau sy4itan sudah berbisik untuk aku biarkan sahaja anaknya melalak dalam bilik sampai dia balik kerja. Astaghfirullahala’zhim.
Aku dah pesan pada Melur untuk balik awal kerana aku tetap nak keluar dengan suami aku lepas Maghrib nanti. Petang tu, Melur balik awal. Ada 1 benda yang paling aku geram macam nak m4ki dan s4kit hati setibanya dia di muka pintu.
Sebelum itu, boleh pulak dia nak ikut aku dan suami. Bosan katanya nak balik rumahnya kerana suami masih di luar kawasan. Suami aku mula tak selesa dan pura – pura s4kit kepala dan tak jadi keluar kerana tak suka melur ikut.
Mana nak handle anak yang kuat melalak. Mana nak handle anaknya yang seorang lagi. Bila je boleh tenang – tenang dengan anak sendiri? Kebetulan, mood aku pun ke laut dalam sejak melur balik. Eloklah dibatalkan sahaja rancangan kami. Baik duduk rumah, tengok tv.
Berbalik kepada hal yang meny4kitkan hati. Setibanya Melur di muka pintu pada petang itu, mata aku tertumpu pada blaus merah jambu yang dipakainya. Blaus kegemaran aku yang baru dua kali pakai. Blaus yang paling aku sayang sebab suami aku yang hadiahkan.
Dan blaus berjenama dan paling mahal antara blaus – blaus yang aku miliki. Ya, Melur pakai baju aku ke tempat kerja. Boleh pulak dia selongkar almari baju aku di bilik belakang. Niat nak pinjam, tapi tak minta izin. Sampai depan pintu lepas balik kerja, TARAAAAAAAAAA… Melur pakai baju akak sebab lawa sangat yang ni!
Perghhhhh! Memang ringan je mulut ni nak m4ki dan halau dia keluar dari rumah kami. Tapi, suami aku tak suka aku m4ki – m4ki orang. Makanya, bermulalah per4ng dingin. Aku mula bersikap dingin dengan Melur. Silent treatment!
Malam itu, aku ajak anak – anak aku masuk tidur awal. Memang terperap dalam bilik dari lepas maghrib. Keluar je bilik, memang aku buat muka serius, tak banyak cakap dan acuh tak acuh je bila Melur berbicara. Aku mengemas kat dapur pun, aku buat sambil hempas – hempas barang dengan muka ketat.
Anak dia menangis masa dia tengah makan pun aku biarkan saja dia yang uruskan. Biar dia berhenti makan. Pujuk anak. Si kakak nak susu pun aku buat tak tahu dan biar dia yang buatkan sendiri. Malas aku nak melayan sebab bersenang lenang macam aku bibik kat rumah sendiri.
Makan pun, aku yang masak. Pinggan pun tinggal je kat sinki lepas makan. Sebab alasan anak. Habis, aku ni tak ada anak? Melur dah mula terasa dengan aku. Sebab pinggan yang aku hempas tu pinggan yang dia makan tadi.
Bakul yang aku hempas pun bakul baju yang terisi blaus yang dia pakai tadi. Macam mana aku tak hempas, akulah bibik si tukang basuh baju dia. Suka hati dia je nak tumpang baju – baju dia masa aku membasuh. Akulah tukang sidai baju dia dan anak – anak dia jugak nanti.
Baju semalam yang aku biar, busuk sampai hari ini sebab tak sidai. Tak pasal – pasal kena basuh lagi. Ann0ying kan? Esok paginya, aku sediakan sarapan untuk anak dan suami aku sahaja. Pandai – pandailah melur masak sendiri kalau nak makan.
Selepas reaksi aku yang macam marah dalam diam, pagi tu juga Melur kemas barang – barangnya dan balik ke rumahnya. Aku tak ada marah dia depan – depan. Cuma, aku kurang bercakap dengannya serta asyik dengan muka ketat dan moody aku.
Aku memendam rasa sebab memikirkan makcik aku. Apalah baIa dapat sepupu tak ada common sense lagi muka tak malu macam Melur ni. Sumpah, inilah kali pertama dan terakhir aku nak tolong orang macam Melur. Aku serik.
Hidup sendiri terumbang ambing keletihan dek nak sangat tolong orang yang ambil kesempatan. Menyesal rasa. Sepatutnya aku tak payah tolong sebab aku pun ada bayi kecil walau bayi aku mudah dijaga tapi dia tetap bayi yang perIukan perhatian.
Bukanlah asyik bagi perhatian pada anak orang sampai tak ada masa melayan anak sendiri. Hubungan aku dan Melur diam macam tu je. Tak pernah contact dah. Jumpa pun, aku macam tak mesra sangat. Aku melawat mak cik aku sahaja. Dan aku abaikan si Melur. Malas nak melayan.
Dan, makcikaku ada juga bercerita yang kadang – kadang Melur ada hantar anaknya di rumah makcik aku sebab pengasuhnya kerap cuti. Ayat mak cik aku, “nak tolak, dah cucu. Tapi mak dia kalau hantar sini, sampai ke tengah malam hilang.”
Mak cik aku merungut juga letih sebab anak Melur yang kuat nangis serta kesihatan makcik aku yang tidak menentu. Aku? Pastinya hanya mendengar. Tidak sama sekali nak tawarkan untuk tolong jaga lagi. Pernah juga aku suarakan untuk Melur cari pengasuh lain.
Jawapannya belum jumpa. Bila dicadangkan hantar taska, jawapannya, dia pernah kerja taska dan dia tahu apa yang taska akan buat untuk bayi high demand kuat menangis macam anaknya. Dalam hati aku, dia bagi ubat tidur ke? Atau dia biar sahaja?
Dia pernah buat kat anak orang rupanya. Dan sekarang dia takut dengan bayang – bayang sendiri. Korang nak tahu apa jadi dengan blaus aku? Aku dah tak ada mood nak pakai sampai ke hari ini sebab setiap kali nak pakai, s4kit je hati ini macam disiat – siat hati ini. Memang aku rasa tak kan pakai sampai bila – bila.
Suami aku pun faham sejenis aku yang ‘merajuk’ dan unexplainable tindakan reflex akibat sesuatu kejadian itu. Dan yang paling best, suami aku belikan blaus baru nak pujuk aku yang tak habis – habis ungkit pasal blaus tu. Hahahahaha.
Pengajarannya, kalau nak buat baik, biar bertempat. Jangan baik sangat sampai orang pijak kepala atau ambil kesempatan. Dan, kalau nak buat baik, jangan sampai jadi b0doh yang akhirnya menyusahkan diri sendiri. Sekian. – Orkid (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Sue Ieda : Memang sepupu awak spesies takda common sense. Elok dijauhi je. Laki awak pon jangan bagi rapat silap hari bulan kena r4mpas pulak. Orang zaman sekarang pelik – pelik. Bagi saya, biarkn dia dengan masalah dia.
Lantak dia nak usaha cari pengasuh ke nak berhenti kerja jaga anak dia ke, jangan nak kesian offer diri. Cakap je aku tak larat naka jaga anak ko. Kalau saya, saya akan bagitahu dia ape saya tak suka. Termasuk baju tu main ambil je. Kalau tak sampai hati nak luahkan. Wasap je dia.
Bagitahu tak suka dan jangan buat lagi! Kalau tak, esok lusa dia amik barang lain pulak. Tengok cantik amik. GiIer punya orang! Jangan nanti suami sis dia amik. Alasan, handsome dan baik.
Tatiana Ali : Anak melur tu high needs baby. Memang nangis je keje dia. Kalau kurang sabar memang mau kena camp4k ke dinding je huhu. Dulu mak mertua pengasuh, ada mengasuh sorang baby macam ni. Nasib la mak mertua memang sabar orangnya.
Kalau aku, memang aku pulang balik. Baby tu, tido tak sampai 30 min, lepas tu dia menangis, dah bagi susu, dah salin lampin, dah selesa pun. Bawak berjalan kat luar, 15 lepas tu dia akan menangis balik hahahah. Pattern dia tak consistent, tapi dia consistent menangis setiap masa haha
Aza Yati : Please jangan pernah rapat lagi atau offer apa – apa pada melur tuh sebab dia jenis suka ambil kesempatan pada orang lain. Bagi betis nak peha. Kesian mak si melur tuh, huhu..