Individu dedah jalan tikus elak jem dilebuhraya utara selatan menjelang perayaan

Oleh MHDAILY

Umum mengetahui musim perayaan bakal tiba tak lama lagi. Sehubungan itu ramai rakyat Malaysia mula merancang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

12 Tips Laluan Dari Selangor Jika Nak Masuk WCE

Yang mana Dari shah Alam dan nak ke utara dan untuk mengelakkan jem di Kuala Selangor dan Tanjung Karang, Saya syorkan ikut laluan

Individu dedah jalan tikus elak jem dilebuhraya utara selatan menjelang perayaan

1. LATAR/ASSAM JAWA -Belok Kiri selepas traffic light Ada simpang belok kiri

2. JALAN SAGA belok Kanan Hingga jumpa Pekan bestari jaya

3. JALAN RAWANG(B27) selepas Pekan bestari Jaya, traffic light yang ke 2 belok kiri

4. JALAN RAJA MUSA TANJUNG KARANG(B42) ikut sepanjang Jalan Raja musa Hingga berjumpa selekoh, Terus Hingga jumpa Jalan anggerik

5. JALAN ANGGERIK perlahankan kenderaan kerana berada di Kawasan Kampung, Terus Hingga ke hujung Jalan, kemudian belok Kanan masuk ke Jalan Tanjung

6. JALAN SETANJUNG teruskan perjalanan, Jalan Ni Akan Terus jumpa dengan Jalan TERUSAN UTAMA a.k.a Jalan ban canal

7. JALAN TERUSAN UTAMA(B110) Terus Hingga ke hujung Jalan. Akan jumpa simpang empat, kemudian Terus sahaja

8. JALAN PARIT 4 SUNGAI PANJANG Terus Hingga ke hujung Jalan, jumpa simpang 4 Jalan terus

9. JALAN PARIT 4 TIMUR Terus Hingga ke hujung Jalan, kemudian belok ke Kanan

10.JALAN PARIT 1 BAGAN TERAP(B51) Terus Hingga jumpa Masjid di sebelah kiri, simpang parit 6 disebelah Kiri , sebelum Masjid,

11. JALAN PARIT 6 BARAT Terus Hingga ke hujung Jalan, kemudian belok Kiri(memang tak boleh belok Kanan). Buat U-turn dibawah flyover.

12. JALAN TELUK INTAN KLANG(FR5) Terus sahaja Hingga ke persimpangan TAIPING SELATAN kemudian masuk ke PLUS CHANGKAT JERING

Kredit Mohd Kamaruddin

BACA: Ini bakal terjadi pada pagi syawal 1445 hijrah, kalau ramai umat islam langgar ‘pantang’ ini