Ini bakal terjadi pada pagi syawal 1445 hijrah, kalau ramai umat islam langgar ‘pantang’ ini

Oleh FAHMI ABBAS

Apabila kita mengenang memori tentang Hari Raya, pasti ramai yang mempunyai pengalaman dan kenangan tersendiri, bukan?

Salah satu tradisi yang Min yakin masih diamalkan sehingga kini adalah berkumpul di rumah datuk nenek di kampung.

Walaupun tidak memiliki kampung sendiri, pasti terdapat sebuah rumah yang menjadi tempat berkumpul bagi seluruh keluarga

Ini bakal terjadi pada pagi syawal 1445 hijrah, kalau ramai umat islam langgar 'pantang' ini

sebelum bersama-sama pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri, sesi bermaaf-maafan, dan sebagainya.

Tetapi, adakah kalian pernah perasan bahawa terdapat beberapa ‘pantang’ sebenarnya apabila menyebut tentang pagi raya?

Apabila difikirkan kembali, terdapat situasi yang mungkin akan membuatkan wajah kita masam di antara saudara-mara, mungkin ada sedikit pergaduhan atau tarik rambut, boleh berlaku perselisihan pendapat, kehilangan mood, dan pelbagai lagi pada pagi raya tersebut.

1. Potong ‘Q’ Mandi Pagi

Bila dah berkumpul ramai-ramai ni, confirm pagi raya tu akan kecoh satu rumah dengan persiapan raya masing-masing. Ada yang baru nak cari samping, ada yang cari butang baju melayu, ada yang tudung tertinggal dan macam-macam lagi lah.

Selain dari itu, kalau tandas di rumah tu tak banyak, pastinya akan ada ‘giliran’ untuk menggunakan tandas dan antara perkara yang boleh membuatkan kita mengamuk di pagi raya adalah apabila giliran mandi atau menggunakan tandas tersebut dipotong oleh orang lain.

Bila itu berlaku, memang akan bertekak lah sekejap. Jadi, untuk raya kali ini, kalau taknak perkara ni berlaku pada korang tahun ni, korang bangun awal dan ‘cop’ tandas tu awal-awal!

2. Pakai selipar orang lain

Selain daripada kejadian tandas tadi, antara ‘pantang’ yang bakal membuatkan kita nak bertekak di pagi raya ialah bila ada orang dah ‘sauk’ selipar kita untuk ke masjid.

Biasanyakan, yang suka sauk selipar ni mesti geng-geng yang siap paling lambat, mandi lama-lama dan suka melantak lauk raya.

Disebabkan diorang malas nak amik selipar sendiri dalam kereta dan takut kena bawak kereta sendiri atau jalan kaki, diorang biasanya akan pakai sahaja mana-mana selipar yang muat dan terus ke masjid.

Korang jangan terkejut juga kalau diorang ni nanti tanpa rasa bersalah bawa balik selipar lain dari masjid!

3. ‘Rembat’ motor/kereta adik beradik

Biasanya, motosikal akan jadi kenderaan pilihan ramai untuk ke masjid di pagi raya bagi menunaikan solat sunat Aildilfitri.

Mana tidaknya, kadang-kadang masjid di kawasan tersebut mempunyai tempat letak kenderaan yang terhad. Dengan anak beranak yang balik beraya lagi, pastinya akan berlaku sedikit kesesakan untuk keluar dari masjid selepas solat, sebab biasanya satu rumah paling kurang pun akan guna dua buah kereta untuk ke masjid.

Jadi, tidak hairanlah motor korang atau kereta yang mana mudah untuk keluar dari rumah akan ‘dirembat’ oleh adik beradik lain. Sudahnya, tuan empunya motor atau kereta dah tak ada transport nak ke masjid, terpaksalah jalan kaki.

4. Usik tudung yang dah bergosok

Ini perkara paling ‘pantang’ dalam segala pantang larang yang diceritakan tadi! Sila jangan sesekali usik, alihkan atau paling teruk terduduk atas tudung yang dah digosok oleh adik, kakak mahupun pasangan korang. JANGAN!

Walaupun diorang bentangkan tudung tersebut atas sofa yang korang baru beli, sila jangan usik, duduklah di tempat lain atau duduk je atas lantai. Boleh ‘cancel’ raya tahun ni kalau diorang dah start membebel disebabkan tudung tu konyok.

Biasanya ada beberapa kemungkinan yang akan berlaku sekiranya ‘pantang’ ini dilanggar juga, pertama, korang tak akan bertegur seharian, kedua, perkara tersebut mungkin akan diungkit setiap kali orang puji tudung tersebut cantik dan boleh jadi diorang akan balas dekat samping korang pulak!

Tapi, sekiranya korang dah terlanggar pantang tersebut, ada je cara nak melembutkan semula hati diorang ni. Pertama, simple je, minta maaf. Kedua, tawarkan diri untuk menggosok tudung untuk raya ke-2, atau, korang hadiahkan je satu tudung baru.

BACA: Risau isteri jadi pemalas, suami rahsiakan keuntungan RM143 juta