“Kami adik beradik benci kawan ayah, kami minta ayah halau dia tapi ayah tak nak, kami minta ibu halau dia, ibu marahkan kami balik, rupanya”

Oleh SURIANI HAMDAN

Situasi ni aku hadap lebih kurang 5 tahun yang lalu. Tapi sampai sekarang aku masih tak boleh terima kenyataan dan aku masih benci sikap ibu aku.

Kami selalu g4duh. Aku menangis tiap hari. Aku tak ada tempat nak bercerita.

Sampailah aku masuk U. Dekat sini sahaja ketenangan yang aku dapat. Aku dulu seorang yang sangat periang.

"Kami adik beradik benci kawan ayah, kami minta ayah halau dia tapi ayah tak nak, kami minta ibu halau dia, ibu marahkan kami balik, rupanya"

Adik beradik aku juga begitu. Tapi satu hari, ibu dan ayah bawa kawan lelaki ayah untuk jaga kami di rumah.

Kami okay je sampai lah keadaan bertukar menjadi teruk bila aku mula syak sesuatu yang tak elok pada diri lelaki ni. Aku anggap sahaja lelaki ni nama dia Haris. Selepas beberapa tahun juga dia keluar masuk rumah sebab dia bekerja, aku m4kin pelik sebab dia suka tidak berpakaian dan kadang – kadang hanya bertuala.

Aku masih kecil lagi jadi aku cuma fikir mungkin lelaki macam ni. Tapi sump4h ayah aku tak pernah tak pakai baju depan aku. Kecuali, kalau dia dalam bilik. Aku dan adik beradik aku jadi tak selesa. Pernah beberapa kali kami minta ayah untuk minta Haris tu pergi dari rumah sebab anak – anak ayah sudah besar.

Tapi ayah kata, tak apa. Dah besar pun kena ada yang jaga. Takut nanti ada orang kacau ke curi ke. Cerita bermula bila aku dan adik beradik aku main di rumah kawan kami. Bila aku balik, aku nak rehat, ibu aku suruh aku beli garam.

Aku nampak Haris tu tengah colour rambut dia warna hitam. Umur dalam 35+ mesti dah beruban kan? So bila ibu aku suruh, aku pun pergiIah. Aku balik, aku nampak Haris tak berbaju dan hanya pakai kain sahaja. Aku tengok ibu kat dapur.

Bila aku nak pergi kat ibu, Haris tu kata, oh tadi ibu tolong pakcik warnakan rambut. Tapi aku syak sesuatu yang lain. Aku tak berani lagi cerita pada sesiapa sebab aku takut, aku salah. Satu hari, Haris ni juga datang mendekati aku dan r4ba aku.

Bukan aku je. Tapi semua adik beradik aku. Sejak tu kami semua benci dia. Kami minta ayah halau dia tapi ayah tak nak. Kami minta ibu halau dia, ibu marahkan kami balik. Aku jadi tak keruan. Aku cuba cari cara halau Haris.

Tapi semua tak berjaya. Hujung – hujung, aku juga dimarah ibu. Aku pun dulu ada bibik. Baik orangnya. Dari indonesia. Tapi tiba – tiba dia menangis minta berhenti kerja. Ayah aku puas pujuk tapi dia tak nak juga. Dia siap pesan dekat aku jaga diri dan kalau rindu dia, datang je kampung dia.

Bila aku cuba korek rahsia dari dia, rupanya dia pernah hampir dir0goI Haris setiap malam. Sebelum tu, masa bulan datang, ibu aku selalu masak sendiri waktu subuh. Yelah kami masih kecil. Nak tolong nanti penyibuk. Tapi si Haris ni selalu pura – pura baik.

Kadang – kadang dia bangun tolong ibu aku. Kadang – kadang aku jerit suruh bangun pun tak bangun. Bila ibu aku k3jutkan baru dia bangun. Aku ingat lagi ann0yingnya aku tengok muka dia. Benci. Sebab ibu ayah aku masih backup dia. Aku jadi pelik

Satu hari, ayah aku ajak aku dan adik aku pergi pasar. Aku ingat lagi waktu tu aku dalam troli. Depan kedai daging. Aku cakap dekat ayah aku, “Ayah, hari tu ibu suruh anis (bukan nama sebenar) beli garam. Tapi bila balik, Haris tu tak pakai baju. Ibu dengan Haris je berdua kat rumah”

“Kenapa suruh beli garam? Bukan garam ada ke”

“Tak tahu. Ibu suruh. Anis beli je la”

Tiba – tiba adik aku pun mengadu, “Haris tu asyik pegang badan Lia (bukan nama sebenar) je. Lia tak selesa la. Dia pun pernah panggil ibu “sayang” “ibu” pastu dia pernah call ibu panggil sayang.” Masa ni lah bermulanya keh4ncuran hidup aku.

Ayah aku cuba buktikan apa yang anak – anak dia mengadu. Ibu aku yang dapat tahu terus marah kami. Dia pernah kata dekat aku, “Mulut jangan macam longkang boleh tak?”. Ini kali pertama aku kena marah sebegitu sekali.

Sampai sekarang, aku dapat rasa h4ncurnya aku bila ibu aku kant0i curang. Ayah bangun malam – malam sebab haus. Bila tengok dah jam 3 tapi ibu aku tak ada dalam bilik. Dia turun dan dia nampak dengan mata kepala dia sendiri apa ibu dan Haris tu buat.

Aku masih ingat betapa bencinya ayah aku, marahnya ayah aku, sedihnya ayah aku. Tapi dia tetap simpan. Dia tipu anak – anak dia. Dia kata Haris tu balik kampung padahal dia dihalau. Apa yang kami rasa? Gembira. Tapi keluarga kami h4ncur.

Lepas setahun berlalu baru lah aku tahu semua yang terjadi. Walaupun ayah aku tetap menangkan ibu. Kata ibu tak salah. Ibu hanya tergoda. Aku tetap bencikan ibu. Sampai sekarang, aku masih tak boleh maafkan kesalahan besar dia. Aku tr4uma.

Bila aku dengar orang berg4duh, autom4tik aku akan rasa berdebar, gelisah, takut, menggigil dan sampai tak boleh tidur. Aku takut. 5 tahun aku hadap kenyataan yang perit. Exam kemana. Tapi aku masih direzekikan masuk U.

Tapi bukan kerana harapan ibu. Tapi aku bawa harapan ayah bersama. Aku mahu ayah bahagia ayah gembira. Bukan aku benci hingga pinggirkan ibu. Tapi aku belum ada kekuatan nak terima ibu seperti sebelumnya. Ayah juga pesan kepada kami,

“Sebesar – besar masalah yang akan dihadapi, jangan beri peluang kepada orang lain walaupun hanya teman bercerita. Anak – anak ayah semua perempuan. Kalau ada masalah, jangan dicerita dengan orang luar terutama lelaki.

Perempuan mudah terg0da. Lelaki puji hari – hari, dia terus akan buta. Dia hanya nampak cinta dari lelaki luar lebih perfect dari yang dia terima.” – Anonymos (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Zaiti Akhtar : Saya nampak kat sini salahnya bapak awak bawa masuk orang yang tidak ada hubungan pon dan bukan muhrim pulak, konon untuk jaga anak – anak dan akhirnya meleret – leret ke masalah yang tidak sepatutnya. Apa pun benda dah berlaku. Nak kata apa dah, amik pengajaran laa.

Roza Abdul Rahman : Baru terbaca artikel. Jangan sekali – kali biarkan orang luar ke dalam rumah walaupun adik ipar lelaki atau perempuan. Suami wajib sediakan tempat tinggal bagi keluarganya selesa untuk tidak perlu menjaga aur4t.

Suhaila Hasmuni : Suami jenis apa bawa lelaki lain tinggal serumah untuk tolong jaga anak isteri sendiri? Maksudnya dia tak kesah pun bab bukan mahram / bab aur4t/ keselamatan ahli keluarga. Something wrong with your father.

Kesilapan ayah tt ni lagi besar sebenarnya. Semoga tt jadikan pengajaran dan pengalaman, nanti dah dewasa cari suami yang boleh jadi ketua keluarga yang baik bukan dayus macam ayah tt dan semoga tt jadi isteri solehah.

Mawar Nur : Arw4h ayah aku cukup jaga anak perempuan. Kami jarang bercakap dengan bukan muhrim. Kalau tetamu datang rumah hidangan depan dapur.

Pernah kawan abang nak tumpang tidur. Ayah tak kasi. Tidur kat surau gamaknya. Rumah kecil, keutamaan keselamatan perempuan dalam keluarga.

BACA: “Setiap kali aku minta cerai, suami tiba-tiba jadi rajin, layan aku macam puteri sehari dua, akhirnya aku terus bagi kata dua”