Usaha tak pernah khianati hasil, dulu ‘boss’ kini usahawan berjaya, pemuda raih pendapatan 5 angka

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Seorang bekas pengurus kedai telekomunikasi yang kehilangan pekerjaan pada Mac tahun lepas kini berjaya menjadi seorang petani berjaya yang mampu menjana pendapatan lima angka sebulan.

Mohd Saifullah Che Mat, 28 tahun, juga merupakan seorang siswazah Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Beliau mengatakan bahawa dia terpaksa meninggalkan kerjaya sebagai pengurus apabila kedai telekomunikasi tidak dapat beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Usaha tak pernah khianati hasil, dulu 'boss' kini usahawan berjaya, pemuda raih pendapatan 5 angka

Bagaimanapun, Mohd Saifullah tidak terus merasa putus asa. Beliau beralih arah ke bidang pertanian dengan menanam 800 pokok lada solok di atas tanah milik bapanya, Che Mat Hussin, 72 tahun, dengan modal sebanyak RM4,000.

Beliau mengalami kegagalan pertama apabila kesemua tanaman lada solok rosak disebabkan kurangnya pengetahuan dalam bidang pertanian. Namun, hal ini tidak memadamkan semangatnya. Mohd Saifullah kemudian mencari bimbingan daripada kenalan yang mahir dalam bidang pertanian dan memperoleh pengetahuan tambahan melalui platform seperti YouTube.

Selepas mengalami kegagalan pertama, beliau cuba lagi dengan menanam 1,200 pokok terung secara konvensional. Beliau mendapati bahawa tanaman terung memberi hasil yang memuaskan, dengan hasil jualan sehingga RM800 seminggu.

Melihat kejayaan ini, Mohd Saifullah meneruskan usahanya dengan menanam 1,000 pokok lada burung secara fertigasi dengan bantuan geran sebanyak RM10,000 daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda). Beliau menggunakan kaedah fertigasi ini kerana lebih mudah diurus dan dapat mengurangkan risiko diserang oleh serangga perosak.

Hasil usaha Mohd Saifullah akhirnya membuahkan hasil apabila tanaman lada burung mampu menghasilkan 70 hingga 100 kg lada burung setiap kali menuai.

Lada burung ini dijual dengan harga RM12 hingga RM15 sekilogram, dan turut mendapat permintaan di luar Kelantan seperti Johor, Selangor, Perak, dan Kuala Lumpur.

Dengan pendapatan sehingga RM10,000 sebulan daripada pertanian, Mohd Saifullah menasihati individu yang kehilangan punca pendapatan atau sukar mencari pekerjaan akibat pandemik COVID-19 untuk mencuba nasib dalam bidang pertanian yang berpotensi memberi keuntungan lumayan.

BACA:“Kerana terlalu sayangkan bini, semua kerja dia buat, dari basuh baju sampailah masak, satu hari isterinya selongkar barang dia, akhirnya terdedah perangai sebenar”