PMX akhirnya jawab kenapa harga minyak masih tak turun RM1.50 undang reaksi netizen

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberikan respons mengenai isu harga minyak petrol yang masih kekal tinggi pada masa kini semasa beliau sedang memerintah.

Beliau menjawab persoalan tersebut dalam ucapannya di hadapan hadirin dan memuat naiknya dalam hantaran di media sosial pagi itu.

“Saya dicerca di pelbagai tempat, ‘Hari ini menang, esok minyak turun’. Ada dengar tak?

PMX akhirnya jawab kenapa harga minyak masih tak turun RM1.50 undang reaksi netizen

“Baiklah, dengarlah jawapan saya. Bila saya katakan itu? Pada tahun 2008. Pada masa itu, berapa harga minyak di Arab Saudi? 50 sen. Pada masa itu, kita membayar sebanyak RM1.80.

“Mengapa Arab Saudi boleh menjual dengan harga 50 sen dan kita masih tinggi? Kita perlu turun,” kata beliau dalam ucapannya mengenai harga minyak.

Beliau menambah, pada tahun 2023, harga minyak di Arab Saudi lebih tinggi daripada di Malaysia.

“Harga minyak pada tahun 2023 di Arab Saudi lebih tinggi daripada di Malaysia. Bagaimana lagi kita mahu menurunkannya? Kita telah memberikan subsidi yang tinggi sehingga sebanyak RM30 hingga RM40 bilion untuk minyak.

“Itulah jawapan saya, kerana Arab Saudi menjadi ukuran kerana hasil minyak mereka jauh lebih besar daripada kita. Tetapi harganya lebih tinggi daripada kita,” katanya lagi dalam video ucapannya.

Sementara itu, Statista melaporkan bahawa harga minyak petrol di Arab Saudi mencapai sehingga 2.33 riyal Saudi atau bersamaan dengan RM2.90 per liter.

Justeru, perbandingan itu menunjukkan harga minyak petrol di Arab Saudi lebih tinggi daripada di Malaysia.

Selain itu, Kementerian Kewangan baru-baru ini mengumumkan kenaikan harga minyak petrol RON97 sebanyak 10 sen, dari RM3.37 kepada RM3.47 per liter. Manakala harga petrol RON95 kekal pada RM2.05 per liter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras siling RM2.05 per liter dan diesel pada RM2.15 per liter.

“Walaupun harga runcit bagi kedua-dua produk itu telah melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” maklum kementerian itu.

BACA: “Aku tak sedap hati, dengan memberanikan diri, aku tanya nama isteri dia, aku terkejut yang amat, rupanya dialah wanita itu”