Berang suami joli sakan, wanita nekad sembunyi RM37000 di tempat rahsia tapi lokasinya buat wanita ini sakit perut

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Seorang wanita dari Colombia telah meluahkan rasa kesal terhadap perilaku suaminya yang sering berfoya-foya dan menghabiskan duit keluarga.

Lebih teruk lagi, suaminya kerap kali menipu dan mengambil duit simpanan keluarga.

Tidak tahan dengan tingkah laku suaminya yang suka mengambil duit simpanan mereka,

Berang suami joli sakan, wanita nekad sembunyi RM37000 di tempat rahsia tapi lokasinya buat wanita ini sakit perut

wanita ini mengambil tindakan drastik dengan menyembunyikan duit miliknya sebanyak 9000 dolar (RM37,710).

Namun, yang membuat ramai orang terkejut adalah tempat dia menyembunyikan duit tersebut.

Wanita yang dikenali sebagai Sandra Milena Almeida ini memutuskan untuk menelan kesemua duit tersebut untuk “menyimpannya” dalam badannya!
Ini disebabkan oleh ketakutan bahawa suaminya akan mengambil duit tersebut untuk berfoya-foya, padahal duit tersebut sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan keluarga.

Selepas menelan duit itu, dia pada mulanya tidak merasakan apa-apa yang luar biasa, tetapi beberapa hari kemudian, dia mula mengalami sakit perut yang teruk.

Akhirnya, dia terpaksa mendapatkan bantuan perubatan, walaupun dia enggan mendedahkan kepada doktor mengenai apa yang telah dilakukannya.

Ketika menjalani pemeriksaan X-ray, doktor mendapati sesuatu yang tidak jelas dalam perut dan ususnya selama 3 cm.

Semasa pembedahan, doktor terkejut apabila menemui wang kertas bernilai 100 dolar dalam perut dan ususnya.

Mereka berjaya menyelamatkan 5700 dolar atau RM23,880 dari perut wanita tersebut, sedangkan sebahagian daripadanya sudah dicerna oleh perutnya.

Doktor yang merawatnya, iaitu Juan Pablo Serrano, pada mulanya mengesyaki bahawa wanita itu menyembunyikan dadah sebelum menemui wang kertas dalam perutnya.

Setelah dibersihkan, duit sebanyak 5700 dolar atau RM23,880 itu dikatakan masih boleh digunakan seperti biasa.

BACA: Sekolah jenis kebangsaan cina tapi majoriti pelajar melayu undang reaksi netizen