Gara-gara harga beras mahal, lelaki ini serah 50kg beras sebagai mas kahwin

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Beliau memilih untuk memberikan beras sebagai mas kahwin ketika harga makanan pokok tersebut melonjak tinggi.

Seorang lelaki memberikan 50 kilogram beras sebagai salah satu mas kahwin dalam majlis pernikahan.

Irwan Sokip, 29 tahun, yang berasal dari Ponorogo, memberikan beras tersebut semalam

Gara-gara harga beras mahal, lelaki ini serah 50kg beras sebagai mas kahwin

selepas menanam padi untuk dijadikan hantaran bagi tunangnya, Ikrima Zakiyah, 26 tahun.

“Ada 50 kilogram beras yang saya berikan sebagai mas kahwin,” katanya.

Selain beras, beliau juga memberikan emas seberat 1.5 gram, kelengkapan solat, dan wang sebanyak 2.4 juta rupiah (RM725.34) sebagai mas kahwin.

Beliau memilih untuk memberikan beras sebagai mas kahwin ketika harga makanan pokok tersebut melonjak tinggi di Indonesia.

BACA: Beli perfume dapat iPhone 15, wanita ini dedah muslihat licik Aisar Khaled