Baru-baru ini, isu lelaki yang ingin hidup berpoligami semakin menjadi perbualan hangat dan mendapat perhatian ramai.
Terbaru, seorang lelaki telah meluahkan rasa penyesalannya selepas memutuskan untuk berkahwin dua kali, yang kini mendapat perhatian melalui platform X.
Lelaki tersebut menyatakan bahawa dia merasakan penyesalan yang mendalam kerana memilih untuk beristeri dua walaupun sudah mempunyai keluarga sendiri.
Dia menceritakan bahawa setelah menjadi suami kedua, sikap isteri pertamanya telah berubah dan tidak lagi seperti dahulu. Malah, keputusannya untuk berkahwin lagi juga menyebabkan anaknya sendiri turut membencinya.
Namun, lebih menyakitkan lagi apabila isteri keduanya dikatakan melayaninya seperti ‘hamba abdi’, dan anak tirinya menggunakannya demi kepentingan wang.
Pengalaman yang dialaminya selepas berpoligami membuatkan lelaki tersebut merasakan bahawa jika dia diberi peluang untuk mengubah masa, dia tidak akan membuat keputusan yang sama.
Tak seindah khabar ek pic.twitter.com/b1Rl081f9c
— 🔺meingl🔻 (@meinmokhtar) March 1, 2024
Dia kini merasakan kerinduan untuk kembali kepada keluarga pertamanya dan ingin memberi fokus sepenuhnya kepada mereka.
Menerusi ruangan komen, netizen memberi pendapat bahawa ini adalah padahnya apabila membuat keputusan tanpa berfikir panjang terlebih dahulu.