Dari 6% jadi 8%, ini fakta tentang SST yang ramai tak tahu

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Seperti yang kita ketahui, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) telah dilaksanakan mulai 1 September 2018 di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018,

Ia menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan atau Goods and Services Tax (GST).

Semasa pengumuman Belanjawan 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan

Dari 6% jadi 8%, ini fakta tentang SST yang ramai tak tahu

mengumumkan peningkatan kadar SST dari 6 peratus kepada 8 peratus yang akan dikuatkuasakan pada 1 Mac.

Perubahan ini dilakukan mengikut subseksyen 10(2) ACP 2018.

Apakah SST?

SST merujuk kepada Sales and Service Tax (SST) atau Cukai Jualan dan Perkhidmatan. Di bawah SST, cukai ini terbahagi kepada dua iaitu Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan.

Cukai jualan merujuk kepada cukai satu peringkat yang dikenakan ke atas produk tempatan dan import.

Manakala cukai perkhidmatan adalah cukai penggunaan yang dikenakan ke atas perkhidmatan yang disediakan di Malaysia.

Perkhidmatan Yang Dikecualikan Dari Kenaikan SST

Dalam pelbagai perkhidmatan yang dikenakan cukai, terdapat tiga perkhidmatan yang dikecualikan dari peningkatan kadar SST iaitu perkhidmatan makanan dan minuman, perkhidmatan telekomunikasi, dan perkhidmatan penyediaan ruang letak kenderaan.

Kadar cukai ke atas ketiga-tiga perkhidmatan ini kekal pada 6 peratus. Manakala perkhidmatan kad kredit atau kad caj tertakluk pada kadar tetap RM25.

Sementara itu, semua perkhidmatan bercukai lain dikenakan kadar 8 peratus kecuali perkhidmatan yang disebut di atas yang kekal pada 6 peratus.

Perkhidmatan Yang Ditambah Dalam SST

Kerajaan juga menambah beberapa perkhidmatan lain di bawah cukai ini.

Antara lain seperti perkhidmatan pusat karaoke, perkhidmatan penyenggaraan atau pembaikan, perkhidmatan pembrokeran dan penajajaminan, serta perkhidmatan logistik.

Kadar cukai untuk semua perkhidmatan ini adalah 8 peratus dan berkuatkuasa pada awal bulan depan. Perkhidmatan bercukai yang diimport juga dikenakan kadar cukai yang sama.

Untuk maklumat lanjut mengenai konsep perubahan kadar cukai, bolehlah layari laman sesawang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Bahagian Cukai Dalam Negeri.

BACA: “Macam-macam aku buat untuk ambil hati mak mertua, aku bawa dia makan-makan, aku beli gelang emas untuk dia pun kata aku kedekut”