Caprice dedah nama sebenar ‘Mawla Amin’ semasa di Perancis sebelum pindah Morocco

Oleh SURIANI HAMDAN

Sebelum ini, berita mengenai seorang lelaki warganegara Maghribi yang dikenali sebagai Mawla Mohamed Amin al-Hassani telah menjadi viral

Dengan dakwaan bahawa dia mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad SAW, telah menipu masyarakat Malaysia.

Namun, akhirnya identiti sebenar individu tersebut telah didedahkan oleh selebriti dan aktivis media sosial, Caprice.

Caprice dedah nama sebenar 'Mawla Amin' semasa di Perancis sebelum pindah Morocco

Nama sebenar “Mawla Amin” dalam pasport Perancis beliau sebelum pindah ke Morocco telah terbongkar. Tolong sampaikan maklumat ini kepada semua.

Selain itu, Kementerian Luar Negeri Maghribi telah mengesahkan bahawa Mawla Amin atau nama sebenarnya Muhammad Mohamed Amin Ouradji bukanlah warganegara Maghribi.

Menurut laporan dari Portal Hespress, lelaki tersebut juga tidak mempunyai hubungan dengan Sharif Idrissi di Maghribi atau mana-mana keturunan Nabi Muhammad SAW.

Muhammad Amin Ouradji dilahirkan di Algiers, Algeria pada tahun 1984 dan berhijrah ke Perancis bersama keluarganya.

Menurut portal tersebut, penganut mazhab merujuk kepadanya dengan gelaran kehormat ‘Mawla Mohamed Amin al-Hassani’.

Sebelum ini, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor juga telah memberikan komen berhubung perkara tersebut.

Wan Salim menasihati agar umat Islam di Malaysia tidak terlalu mudah dipengaruhi dengan dakwaan seseorang mengenai nasab Rasulullah SAW, dan disarankan untuk melakukan penyelidikan terlebih dahulu mengenai latar belakang ulama atau kumpulannya.

Tambah beliau, seseorang yang berasal dari keturunan mulia juga tidak akan memberikan manfaat kepada seseorang jika dia tidak taat kepada ajaran agama yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

BACA: “Walaupun mak pernah diuji dengan sakit tapi mak masih tak sedar diri lagi, Allah bagi ujian tapi tetap tak berubah”