Dalam artikel ini, anda akan mempelajari resepi ringkas untuk membuat biskut florentine yang ‘crunchy’.
Dijamin akan ketagih.Kekacang bagus untuk kesihatan, ikuti resipi ringkas untuk buat biskut florentine ‘crunchy’
Kertas cawan kek yang licin di dalamnya berukuran saiz “L” (biasanya dilapisi dengan plastik yang bercorak polkadot) saya gunakan 60 keping.
• 500g serbuk florenta
• 500g almond slice
• 200g kuaci hijau
• 100g kuaci putih
• 20g bijan putih
• 20g bijan hitam
Kertas cawan kek yang licin di dalamnya berukuran saiz “L” (biasanya dilapisi dengan plastik yang bercorak polkadot) saya gunakan 60 keping.
Mudah nanti untuk mengisi dengan banyak-banyak dahulu.
Cara-cara:
1. Bakar almond slice dalam dulang pembakar, ratakan. Bakar pada suhu 160c selama 5minit.
2. Kemudian Bakar kuaci hijau n putih campurkan dan ratakan dlm dulang 5minit.
3. Bijan hitam n putih pun saya bakar 5 minit bg wangi.
4. Sejukkan semua betul2 ye dan campur semua dlm satu bekas bersama serbuk florenta.
5. Gaul sehingga sama rata.
6. Sudukan guna sudu besar kedalam cup ratakan. Tak nipis n tak terlalu tebal.
7. Bakar selama 15 minit suhu 160c. Semua oven tak sama, so bakar yg pertama tu rajin2 tengok ye bila dah kekuningan keluarkan dari oven.
8. Biar sejuk dulu baru tekan bawah cup tu n mudah je tanggalkan. Cup bole guna semula untuk round seterusnya.
9. Simpan dalam bekas kedap udara.
– Selesai semua boleh simpan n guna cup tu buat cupcake tuk raya pula.
Kredit: Zulina Ismail
Baca:“Tiada makna bangunan mencakar langit jika rakyat terpaksa ikat perut” – Sultan Nazrin