Apabila membicarakan tentang dunia permotoran di Singapura, terdapat perkara yang kadang-kadang membuatkan kita merasa cemburu.
Walaupun Singapura mempunyai keluasan yang kecil (725.1 km2) dan jumlah penduduk yang jauh lebih sedikit berbanding dengan negara kita,
Namun itu tidak menghalang penduduknya daripada menerima model-model kenderaan baharu dari seluruh dunia.
Memang menghairankan. Sebagai contoh, Brader Karrager memberi perbandingan antara Hyundai Malaysia dan Hyundai Singapura. Dalam katalog tempatan, kita hanya mempunyai enam pilihan kenderaan termasuk Elantra, Ioniq, Tucson, Santa Fe, Grand Starex, dan i30N. Tetapi di Singapura,
terdapat sehingga 10 model termasuklah model terbaru seperti SUV Kompak Hyundai Venue. Namun, adakah ia berbaloi bagi penduduk mereka untuk memiliki kereta sendiri?
Sistem Pengangkutan Awam Yang Moden Dan Berkesan
Semasa kecil, ketika pergi ke Singapura untuk balik kampung (Atuk Brader Karrager menetap di sana), bas dua tingkat adalah sesuatu yang sangat menarik. Mempunyai peluang untuk duduk di kerusi hadapan di tingkat atas adalah satu kegembiraan. Pada era 80-an, Kuala Lumpur hanya mempunyai Bas Mini Wilayah.
Tahukah anda bahawa walaupun Singapura tidak begitu luas, terdapat sehingga empat pengendali bas dengan jumlah keseluruhan bas di jalan raya mencapai 5,800! Jadi sebenarnya, tidak ada alasan untuk terlambat ke pejabat jika anda tinggal di flat kerana bas boleh dijangkau dengan mudah.
Sistem Pengangkutan Berkereta Api Yang Telus
Penduduk Singapura sebenarnya bertuah kerana mereka mempunyai akses kepada kemudahan MRT sejak November 1987. Rangkaian MRT/LRT mereka kini mempunyai 7 aliran (2 daripadanya adalah LRT) yang menghubungkan seluruh pelusuk Singapura. Jadi isu terlambat ke pejabat atau ke pusat membeli-belah bukan lagi menjadi masalah.
Isu kelewatan atau gangguan tren juga jarang berlaku. Terutamanya semasa hujan. Keadaan jalan di Singapura pada waktu hujan tidak begitu teruk seperti di tempat lain.
Bayaran Tempat Letak Kereta
Untuk pengetahuan anda, tiada tempat letak kereta percuma, termasuklah di kawasan kediaman sendiri. Anda perlu membayar walaupun siang malam. Untuk menjimatkan kos, biasanya penduduk membeli Pas Bulanan yang bernilai $120 (RM359).
Selain itu, anda juga perlu membayar tol elektronik (ERP – Electronic Road Pricing) jika memandu masuk ke pusat bandar atau menggunakan lebuh raya. Lalu di dalam bandar tidaklah sukar, tetapi lampu isyaratnya banyak. Setiap 100 meter ada lampu isyarat. Kalau salah langkah, mungkin ambil masa lama untuk sampai ke destinasi. Jangan fikir Singapura tidak mengalami kesesakan lalu lintas ya! Waktu petang memang sesak juga.
COE
Isu terbesar bagi pembeli kereta adalah COE – Certificate of Entitlement. Sebelum memiliki kereta, anda perlu mempunyai COE yang perlu dibida. Harganya tidak murah, boleh mencecah puluhan ribu dolar untuk tempoh sehingga 10 tahun. Anda perlu bersedia dengan lebih kurang $30,000++ (RM 89,984) hanya untuk COE sahaja, belum lagi harga kereta yang ingin dibeli. Jadi adakah berbaloi untuk memiliki kereta di Singapura ini? Sistem pengangkutan awam sudah sangat baik. Tetapi jika pendapatan anda melebihi $7,000-$8,000, mungkin tidak menjadi masalah. Cek slip gaji dulu sebelum membuat keputusan. Apa pendapat anda?