Salam, terima kasih kalau siarkan confession ni. Sebenarnya nak tulis sejak raya hari tu tapi busy dengan kerja lain, hari ni baru sempat nak menaip.
Nama aku Nini, baru berusia 32 tahun. Muda lagi tu, aku selalu perasan yang diri aku muda tak salah kan.
Confession aku bukanlah pasal suami idaman ke apa cuma aku terfikir kenapa j0doh aku tak sampai – sampai.
Kesimpulan aku ialah mak bapak aku. J0doh aku tak sampai – sampai mungkin sebab mak bapak aku. Macam seri0us je bunyinya kan, tapi aku rasa itulah antara salah satu punca utama.
Aku ni anak bongsu dari 8 orang adik beradik. Aku sorang je yang masih single, yang lain dah beranak – pinak dah semua. Semua berkerja dan merantau serata Malaysia, cuma aku je kerja yang paling dekat dengan kampung.
Dekat pon takda lah dekat sangat, kalau nak balik kampung tu dalam 2 jam setengah lah jugak.
Aku akan balik kampung sebulan sekali lepas gaji sebab boleh lah hulur sikit – sikit kat mak bapak aku. Kerja aku ni kerja – kerja biasa je, gaji pon kurang dari RM2k, belum ada rezeki nak dapat kerja gaji tinggi agaknya.
Tapi alhamdulillah setakat ni tak pernah tak cukup makan, aku mampu bagi mak bapak aku duit setiap bulan, dan aku pon dah berjaya beli rumah sendiri hujung tahun lepas.
Kalau nak cerita pasal adik beradik aku ni, rasa macam buka pekung di d4da pulak. Tapi takpa lah kot sebab aku bukan bagi nama sebenar dan mungkin orang tak kenal pon. Adik beradik aku balik kampung setahun sekali je. Ye diorang balik waktu hari raya je.
Aku ada 2 orang abang, mereka berdua je yang balik ikut giliran dan yang perempuan semua TAK PERNAH balik beraya raya pertama sejak kawin. Yang perempuan semua akan balik raya ke-2 atau seminggu lepas raya. Itu pon tidur satu malam je lepas tu terus balik.
Dan aku rasa dah berbeIas tahun kot mak bapak aku tak pernah jumpa menantu – menantu lelaki diorang sebab menantu – menantu diorang ni tak pernah ikut bini – bini diorang balik kampung. Tu menantu ke h4ntu aku pon tak tahu.
Mak bapak aku malas nak bising – bising sebab tu hal rumah tangga diorang, asalkan diorang bahagia. Mak bapak aku ni jenis “takpa lah takpa lah”, jenis malas nak bising – bising tapi makan dalam. Dulu mak aku tak ada bercakap pon pasal hal – hal ni tapi sejak dah tua – tua ni banyak pulak sesi luahan hati kat anak bongsu dia ni.
Aku pon dengar je lah. Ala kalau dia tak cakap pon aku sendiri boleh nampak dan faham kot. Anak – anak semua berjaya tapi menghulurnya tiada. Bukan penting sangat duit tu tapi tanda ingatan tu yang penting. Telefon pon jarang, kalau ada hal penting baru telefon.
Kalau bab – bab nak pinjam duit rajin pulak telefon. Kalau tak menghulur tu takpa jugak tapi ni siap meminjam. Abang aku sorang ni ada pinjam RM20k kat mak aku 8 tahun lepas tapi sampai sekarang tak bayar – bayar. Mak aku telefon nak tanya khabar dia mesti tak jawab, dia ingat mak aku nak mintak hutang agaknya.
Musim pilihanraya hari tu abang – abang aku ni rajin berkempen. Berpolitik tu bagi aku boleh tapi tak payah lah sampai menggur1s hati orang tua. Orang tua ni kalau dah sokong satu pihak ni dari perpuluh tahun dulu, tak payah lah korang nak berkempen habis – habisan.
Sampainya hati diorang kata mak bapak diorang b0doh. Aku tak suka politik, aku tak balik mengundi pon sebab semua ahli politik ni sama je tak boleh percaya. Mungkin tak berkat sebab kecilkan hati mak bapak, sorang abang aku ni kena buang kerja sebelum raya hari tu.
Semua tak tahu pon, tapi dia sendiri yang termeIetup dalam ins1den satu hari sebelum raya. Ins1dennya ialah abang aku ni patutnya balik kampung isteri dia tahun ni tapi tiba – tiba muncul pulak sehari sebelum raya. Mak aku tak sihat dan tak boleh buat kerja berat dah lama dah, jadi memang aku jelah yang buat kerja sorang – sorang non – stop.
Mak aku tanya lah kenapa balik sebab mak aku memang tak buat persediaan apa – apa just sikit – sikit je untuk 3 beranak. Dia jawab takkan balik pon salah. Aku tak pernah tengok mak aku meIetup macam ni sebelum ni. Mak aku cakap memang tak salah tapi cuba lah bagitahu awal – awal, boleh lah perlahan – lahan sediakan apa yang mampu.
Tengok adik kau tu kesian buat kerja sorang – sorang tak berhenti dari semalam (aku balik 2 hari sebelum raya). Bini dengan anak – anak kau bukan reti nak buat kerja, sampai je terus terk4ngkang depan tv. Pergh terk3jut aku dengar.
Ye memang diorang tak pernah tolong buat apa – apa pon selama ni. Memang aku dan mak aku je yang buat semua. Tahun – tahun yang lepas mak aku masih larat lagi nak buat kerja sikit – sikit, cuma tahun ni dia tak berdaya sangat.
Abang aku pon meIetup lah, dia cakap dia tengah susah takda kerja siapa pon tak tahu. Aku dengar je sambil mop lantai, dalam hati aku dulu bukan ke kata kalau pihak tu menang hidup akan senang. Dia bertekak dengan mak aku lepas tu terus start kereta dan bIah ntah ke mana.
Tinggal lah wife dan anak – anak dia yang masih tak reti nak mencari kerja. Anak – anak dia dah bujang dan anak d4ra kot bukan budak kecik. Yang anak d4ra tu dah tingkatan 3 kalau nak minum pon suruh maknya buat. FacepaIm lah ini punya keluarga.
Dah kec0h – kec0h tu, bapak aku pulak yang akhirnya pegi sapu dan bakar sampah keliIing rumah. Bapak aku dah umur 80 lebih kot! Eloklah tu, anak bIah ntah kemana, bapak yang buat kerja. Kira kec0h lah sehari sebelum raya tahun ni.
Hari raya kan, semua bermaaf – maafan di pagi raya. Jadi raya pertama dan kedua tenang – tenang saja. Masuk raya ke-3, baliklah kakak – kakak aku dan anak – anak mereka. Bertambah sengs4ra lah hidup aku sebab diorang ni pon jenis tak reti nak buat kerja.
Mungkin salah mak aku jugak sebab dulu – dulu memang dia tak pernah suruh kakak – kakak aku ni tolong. Tapi masing – masing ada otak kot! Dulu mak kau ni sihat, sekarang dah tak larat. Oh takpa, ada adik bongsu merangkap maid boleh buat semua kerja.
Dah berkumpul semua, bapak aku ada announcement penting tahun ni. Aku dah tahu lama dah sebab aku sorang je yang balik kampung kan setiap bulan. Ayah aku cakap umur dia dah 80 tahun lebih, jadi dia dah jumpa peguam dan buat hibah apa yang perlu.
Yelah nanti kalau meningg4I senang sikit urusan. Dia hibahkan rumah dan tapak rumah kepada mak aku (fyi rumah banglo tu bina guna duit mak aku 80%). Mak aku dulu ada meniaga makanan, jadi dia ada banyak menyimpan tapi dah habiskan duit tu untuk buat rumah tu.
Tiba – tiba abang aku boleh cakap, peguam boleh Iawan peguam. Dia boleh upah peguam untuk Iawan peguam bapak aku, wtf bro! Bapak aku terdiam, tak sangka anak dia boleh cakap macam tu. Lepas tu abang aku boleh pulak kemas – kemas barang terus blah.
Bapak aku ni jenis tak banyak cakap, tapi haritu memang dia cakap semuanya dari A to Z. Cakap tentang peng0rbanan mak aku dari baru kahwin sampai sekarang, cakap pasal kakak – kakak aku yang tak sedar diri. Tetiba aku jadi her0in, aku rasa aku bukan lah baik mana pon tapi dia cakap aku sorang jelah yang boleh harap, yang rajin balik kampung.
Setiap kali balik kampung akan sapu sampah, kemas rumah semua sebab mak dah tak larat nak buat kerja. Aku sorang jelah yang menghulur setiap bulan. Baju abah, baju mak, adik kau ni yang beli. Tu kuih raya adik kau jugak yang beli.
Dah lah tak berjasa, sanggup korang nak haIau mak korang? Terdetik dihati aku masa tu mungkin inilah sebab kenapa j0doh aku tak sampai – sampai. Mungkin tugas aku untuk menjaga mak bapak aku masih belum selesai.
Kalau bukan aku, siapa lagi? Allah dah tetapkan untuk aku jaga mak bapak aku selagi hayat masih ada. Takpa lah, kalau adik beradik aku sanggup nak haIau mak diorang, aku masih ada untuk jaga dia. Korang nak berebut harta yang tak seberapa tu korang rebut lah.
Aku dah ada rumah sendiri walaupon hanya rumah kecik je. Selagi hayat aku masih ada, insyaallah aku akan berbakti pada mak bapak aku. – Nini
Komen Warganet :
Izan Zuan Rizan : Teringat kisah sorang makcik ni dan suaminya yang tua dan uzur. Anak – anak lain semua berjaya dalam kerjaya, bergaji besar dan tinggal di KL. Maka tinggal lah si bongsu yang ada di kampung menemani ibu bapanya.
Dulu si bongsu ni anak yang least favorite, selalu dipandang rendah sebab tak bijak dalam pelajaran, kerja pun kilang ja. Tapi Allah tu maha adil, diberinya anak tu kurang berjaya dalam pelajaran dan kerja sebab nak bahagiakan ibu bapanya, bantu buat kerja – kerja rumah, jaga makan minum pakai ibu bapanya yang dah tua dan uzur.
Chill babe, i got married 2 years ago, at the age of 38. Rasa happy dan puas dapat spend alot of time with them for 38 years of my life, dapat bantu diorang ketika susah, bawak diorang jalan – jalan, pergi makan – makan, buat diorang gembira dan ketawa. At least, when they’re gone someday. I’ll have something to remember them by. Your brothers and sisters are truly gonna miss them in that department
Zoel Marzuki : Mungkin ini antara sebab kenapa j0doh aku pun tak sampai – sampai. Dah cari – cari pun takde yang Iekat. Mungkin sebab Allah nak aku terus berbakti menjaga ibu yang m4kin lama m4kin uzur. Untuk pengetahuan, aku memang duk serumah menjaga mak.
Kena plak aku ni duda anak 2 lagi susah kot nak dapat pasangan hidup. Takpelah asalkan mak aku ada yang jaga s4kit demam dia. Ada j0doh nanti adalah. Alhamdulillah ada adik beradik yang selalu balik dan bagi semangat dan anak yang faham situasi si ayah.. Sabar ye sayang nanti ayah carikan ibu buat kamu.
Aleena Rose : Saya bagi tips sis. Next raya, sis booking tempat atau mana – mana hotel, bawak parents jalan – jalan. Message adik beradik kata tahun ni jangan balik. “Mak ayah takde, saya bawak jalan – jalan.” Lantak pi la dorang nak merajuk ke apa. Tau merajuk dorang je. Penat mak bapak letak dalam l0ngkang.
Najah Mazni Ishak : Alhamdulillah.. Semoga confessor istikhamah berbakti kepada ibu bapa. Confessor janganlah rasa sedih masih belum bertemu j0doh. Dari pembacaan confession ni, saya boleh nampak sebenarnya ada rahmat dan rezeki kepada confessor berkat berbakti dan menyenangkan hati orang tua.
Contohnya: 1) confessor hidup dalam keadaan sentiasa cukup walaupun tak kaya, siap mampu ada harta lagi (rumah. Tak semua orang mampu. In fact ada yang menyewa sampai ke tua)
2) secara tak langsung ibu bapa lebih sayang confessor. Saya percaya secara tak sedar ibu bapa confessor mesti terdetik mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan confessor. Beruntung sungguh confessor.
Mak ayah sejuk hati dengan confessor. Harap confessor jangan d0wn kerana masih belum jumpa j0doh. Ada yang berkahwin pun belum tentu bahagianya. Insya-Allah rezeki confessor akan sem4kin murah dan urusan harian pun akan m4kin dipermudah dari hari ke hari. Semoga confessor juga diberi rezeki bertemu j0doh yang baik insya-Allah..
Nurul Ain Sakura : I feel u confessor. Cuma kisah kau berat dari Aku. Adik beradik aku semua lelaki dan aku sorang je perempuan. Bila tengok abang – abang yang dah kawin memang seronok. Tapi beban hati perasaan mak abah aku, aku je yang tahu dari aku kecik lagi.
Sape lagi dorang nak luahkan, aku je lah yang banyak simpan sedih dorang. Sampai kadang – kadang aku rasa sedih kenapa Allah tak jadikan aku sebagai kakak sulung dalam keluarga.
Dan sebab macam – macam hal berlaku dalam keluarga sampai satu masa abah dan mama aku pernah cakap, ko tak payah kawin lah ko jaga mak dengan abah sampai tua ya.
Kata – kata mak bapak kan 1 doa. Sebab tu sampai sekarang tak sampai – sampai j0dohnya yang betul lagi hehe. Aku faham Dan aku redha semuanya. Sekian.