Assalamualaikum, diringkaskan aku adalah seorang anak yatim piatu yang dikurniakan dua orang HERO yang menjaga aku.
Tiba – tiba aku terdetik hendak berkongsi kisah kehidupan anak yatim piatu aku dengan dua orang hero aku setelah terbaca mengenai adik Amira dan Aqilah yang juga yatim piatu seperti aku yang telah ambil haknya.
Aku kehilangan ayah sewaktu umur aku baru menjangkau 1 tahun lebih dan aku kehilangan mama sewaktu aku berumur 6 tahun.
Cuba bayangkan macam mana kalau korang berada di tempat aku sewaktu usia yang amat memerIukan beIaian kasih ibu dan ayah ketika itu.
Serius aku langsung tak dapat ingat apa memori – memori sewaktu mama masih ada apatah lagi ayah kerana aku masih terlalu kecil ketika itu. Aku difahamkan ayah meninggaI dunia disebabkan kemaIangan kereta dan mama pula disebabkan oleh peny4kit taIasemia.
Selepas kem4tian mama, kami tinggal dengan nenek iaitu ibu kepada mama kerana ayah sebatang kara dan d3rita aku dan abang – abang aku pon bermula. Mula – mula kami ditatang bagai minyak yang penuh di rumah nenek tapi lama kelamaan nenek mula tunjuk belang, kami tak ubah seperti h4mba di dalam rumah, abang sulung aku yang paling teruk dih4mba abdikan oleh nenek kami sendiri.
Budak 10 tahun disuruhnya memasak, basuh baju pakai tangan, cuci pinggan mangkuk dan lain – lain yang sewaktu dengannya. Mungkin bagi korang benda benda tu normal tapi tidak pada pandangan mata aku, apalah budak 10 tahun boleh buat sedangkan ada orang dewasa yang masih lagi kuat tubuh badannya boleh lakukan.
Oh ya, dalam rumah nenek tu ada juga tinggal bersama mak cik dengan suami serta anak – anak dia. Kau bayangkan apa yang kami aIami ketika tu, dijadikan h4mba abdi satu keluarga satu hal, perkara yang kami tak buat dituduhnya kami buat dan cuba untuk menipu.
Kisahnya sepupu merangkap anak makcik yang pecahkan pinggan kesayangan nenek dan nenek pulak menuduh kami adik beradik pecahkan sebab marah kena buat kerja. Akibatnya kami langsung tak diberi makan satu hari tu.
Hati ni s4kit sangat bila terkenangkan masa kecil dulu, andai aku dapat putarkan masa nak ja aku tunjaI – tunjaI kepala sorang sorang. Tapi kalau nak tengok nenek dengan makcik sekeluarga baik bagai malaik4t.
Ada satu hari bila mana datang dua orang lelaki yang aku sendiri tak pasti datangnya dari mana ketika tu, orang – orang tu akan panggil kami dan bertanya macam – macam soalan contohnya macam mana nenek layan kami 3 beradik,.
Yelah masing – masing kecil masa tu lagi tak berani nak bagitahu hal sebenar. Lebih kurang dua tahun kami dijadikan h4mba abadi akhirnya kami jumpa syurga, nenek sepakat hendak hantar kami 3 beradik ke rumah anak anak yatim selepas niat nenek nak tukarkan nama wasi4t yang sempat mama wasi4tkan pada kami tidak berjaya.
Atas sebab tu nenek marah dan hantar kami ke rumah anak anak yatim dan sehingga hari ni nenek langsung tidak pernah dilihat lagi. Di rumah anak anak yatim kami adik beradik bersyukur sangat dapat keluar dari ner4ka dunia ciptaan nenek.
Di rumah itu kami dapat belajar dengan lebih baik, kawan – kawan yang senasib kami juga baik – baik bahkan Ummi Dina seorang wanita yang aku sanjungi, ummi sayangkan kami anak – anak sama adil. Ummi sangat menitik beratkan agama dan juga pelajaran. Ummi Dina, I LOVE U.
Lebih kurang 8 tahun tinggal bersama ummi, Along mintak izin dari Ummi untuk bawa aku tinggal bersama dengannya dan Angah di rumah sewa mereka, pada awalnya Ummi risaukan kami dan berat untuk lepaskan aku tapi Ummi akur kerana aku adalah amanah untuk Along dan Angah.
Along, habis sahaja SPM dia terus keluar dari rumah anak – anak yatim Ummi Dina kerana dia mahu bekerja, tak dinafikan keputvsan SPM Along sangat baik tapi Along lebih memilih untuk bekerja. Selepas Along, Angah juga ikut jejak tinggalkan aku dan tinggal bersama Along.
Keputvsan SPM Angah juga sama baik seperti along tapi fokusnya ketika itu hendak cari wang dulu. Masa tu Along dapat kerja jadi mekanik dekat satu kedai apek cina yang baik hati terima Along masa tu dan sewakan rumah manakala Angah kerja jual burger.
Itu kisah 6 tahun lepas, sekarang Along dah ada bengkel sendiri, semuanya sebab apek cina yang banyak tolong Along tu, dia punya baik hati bagi Along duit modal bukak bengkel. Angah pulak sekarang dah tak jual burger.
Dia dah kerja dekat satu syarik4t pembinaan, duit gaji jual burger tu sikit – sikit dia simpan untuk buat sambung belajar sampaikan Along nak tolong bagi duit pon dia tak nak. Aku? InsyaAllah tahun depan habis master, yahooooooooooo! Hahhhahha..
Terima kasih Along, Angah sebab banyak berk0rban untuk adik, terima kasih Along sebab p4ksa adik sambung belajar dulu. Terima kasih angah sebab jadi peris4i adik masa makcik bertukar jadi z0mbie dulu nak pukuI – pukuI adik sebab sep4k kaki anak dia yang gemok tu.
Sayangggggg Along Angahhhhh, terima kasih jadi mama dan ayah dekat adik. M.Z, M.S , adik love u. Wasia4? Alhamdulillah kami dapat hak kami masing – masing, biarkan kami berusaha sendiri dari harapkan wasi4t yang ditinggalkan, wasi4t tu adalah harta terakhir yang mama tinggal.
Nenek? Entah, tak tahu dekat mana, biarkanlah dia. Jangan kata kami cucu tak tau diuntung, awak – awak tak berada dekat tempat kami, tak tahu apa kami rasa. Along dengan Angah mungkin maafkan nenek tapi bukan aku, entahlah.
Aku jadi lagi marah bila dapat tahu nenek terima insuran mama lepas hantar kami ke rumah anak – anak yatim tanpa bagi kami satu sen pon, sampai hati nenek buat kami macam ni. Sampai hati.
Komen Warganet :
Mohamad Fikri : Sama kes dengan aku dan abang aku, tanah yang nama dah sah – sah nama arw4h abah tapi diramp4s oleh abang arw4h abah. Berkali – kali dia nak tukar nama menjadi hak dia tapi tak berjaya.
Dulu kami b0doh masih kecil tapi sekarang kami dah mula berpikir yang dorang makan harta anak yatim, tapi kami dah bersump4h tak halalkan dunia akhir4t setiap buah yang dorang makan dari tanah kami.
Dekat dunia dorang boleh lepas dekat akhir4t jawab la,. Tapi Allah sayangkan anak – anak yatim. Sekarang kami pon boleh makan buah – buah kampung. Nasib menyebeIahi kami dapat bapak tiri yang baik malah dapat lebih lagi dari dorang ramp4s tu.
Fiza Za : Allahuakhbar, kecik – kecik lagi dah diuji macam tu. Kuatnya kasih sayang adik beradik awak. Benda macam ni sememangnya wujud. Bukan hanya dalam drama semata – mata. Semoga awak tabah menghadapi hari – hari mendatang.
Semoga keluarga awak terus bahagia. Nasib la dapat lepas dari cengk4man z0mbie jahat tu. Seolah – olah Allah hantarkan orang untuk selamatkan adik beradik awak, syukur.
Farhah Simard : Orang Melayu terutama memang tak bersedia hal – hal macam ni. Siapa yang akan jaga anak kalau emak ayah meninggaI dulu, siapa yang akan uruskan kewangan dan sebagainya. Bila kami dapat anak, terus kami buat surat notary, siapa jaga anak kami.
Jika kami berdua meninggaI dunia, berapa peratus anak dapat duit dalam usia sekian – sekian. Bila anak dapat duit untuk first House, untuk study, semua lah. Bila buat camni, sekurang – kurangnya terjaga kebajikan anak yang ditinggalkan. Dan untuk pakcik budak berdua yang mencuri duit sumbangan orang ramai tu, harap m4ti dipan4h petir.
Erra Syahirah Saharudin : Tabahnya awak. Sampai hati diorg buat anak yatim piatu macam tu. Siap ada niat nak ambil hak anak yatim. Tak takut ke baIasan Allah? Pelik aku. Apa – apa pun saya saIute awak yang tabah hidup tanpa ibu ayah.
Saya yang ayah meninggaI umur 21 tahun pon meleleh gak airmata kalau duduk sorang. Ape pon tahniah sebab awak berjaya buktikan tanpa ibu ayah pon boleh belajar smpai master. Doakan saya juga ikut jejak langkah awak.
Mohd Ilham : Yang makan harta yatim biasanya yang ada pertalian d4rah dan saud4ra melalui perkahwinan seperti nenak, atok, mak ayah saud4ra, sepupu, mak ayah tiri dan lain – lainlah.
Takpe, di dunia mungkin mereka lepas tapi di akhir4t tidak sekali – kali. Makan harta anak yatim bersedialah dengan azab api ner4ka.