Pakar kongsi 5 jenis kereta paling jimat minyak

Oleh ZAKARIA HAMZAH

ak beli kereta kena fikir pasal isu minyak juga, sebab ekonomi sekarang susah sikit.

Hasbullah Syarah, seorang pensyarah kanan kat universiti, kongsikan 5 jenis kereta yang boleh didapati kat Malaysia.

Beliau pakar dalam bidang kejuruteraan mekanikal, cerita pasal penggunaan minyak setiap 100km untuk setiap kereta sebagai perbandingan.

Pakar kongsi 5 jenis kereta paling jimat minyak

1. Toyata Yaris

Kereta jimat minyak yang berada di tempat kelima dalam senarai adalah Toyota Yaris.

Ia menggunakan 6 liter minyak untuk setiap 100 kilometer.

Jika kita pergi dari Kuala Lumpur (KL) ke Melaka, hanya 6 liter minyak sahaja yang diperlukan.

Dengan harga Ron 95 pada RM2.05 sekarang, kos minyak yang digunakan untuk perjalanan ke Melaka adalah RM1.30 sahaja.

Namun, kos ini mungkin sedikit meningkat disebabkan oleh faktor-faktor seperti bebanan, kesesakan lalu lintas, dan lain-lain.

Jadi, dengan hanya menggunakan 6 liter minyak, jika harga Ron 95 sekarang adalah RM2.05, jumlah yang diperlukan untuk perjalanan ke Melaka adalah RM12.30.

Tambahan sedikit anda perlu diperhatikan dari segi faktor-faktor lain.

Kereta ini juga sesuai digunakan setiap hari untuk kegunaan keluarga.

2. Perodua Bezza

Kereta yang menduduki tempat ke-4 paling jimat minyak di Malaysia ialah Perodua Bezza.

Dengan ruang bagasi yang luas, ia sesuai digunakan sebagai kereta keluarga. Pilihan enjin 1.3 sudah mencukupi.

Dari segi penggunaan minyak, Bezza 1.3 L hanya menggunakan 4.5 L untuk setiap 100km. Untuk perjalanan dari KL ke Melaka, kita hanya perlu bayar lebih kurang RM9 sahaja.

Jika pergi dan balik, kosnya cuma RM18. Saya sendiri pernah menggunakan kereta Bezza dan ia memang sangat menjimatkan.

Kereta ini ringan, tayar kecil, dan itulah yang menjadikannya jimat dari segi penggunaan minyak.

Kelebihannya, ruang dalam dan bagasinya yang besar sesuai untuk kegunaan sebagai kereta keluarga.

3. Perodua Axia

Kenderaan ketiga yang paling menjimatkan minyak adalah Perodua Axia.

Menurut Perodua, kereta ini hanya menggunakan 4.2L minyak untuk setiap 100km.

Oleh itu, dari KL ke Melaka, kos minyaknya hanya sekitar RM17.

Walaupun kereta ini agak kecil, tetapi masih boleh memuatkan 4 orang.

Ruang untuk barang juga mencukupi, terutamanya untuk bujang atau keluarga kecil dengan dua anak.

Perodua Axia sangat sesuai bagi mereka yang tinggal di bandar dan sering berulang alik.

Banyak yang menggunakannya sebagai kenderaan kedua, dan harganya masih tergolong rendah.

4. Honda City RS

Di tempat kedua untuk kereta yang jimat minyak ialah Honda City RS.

Kereta ini memiliki saiz yang agak besar seperti Toyota Yaris, tetapi perbezaannya ialah ia lebih jimat minyak.
Ini kerana ia adalah jenis hybrid dan menggunakan gearbox CVT yang memang mempunyai prestasi jimat minyak.

Penggunaan minyaknya ialah 3.6 liter untuk setiap 100 kilometer.

Untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka, ia hanya memerlukan kos sebanyak RM14.

Tetapi dengan teknologi hybrid, ini tentu bukan perkara mustahil. Namun, satu cabaran adalah harganya yang agak tinggi, kira-kira RM108,000.

5. Kereta Proton Savvy

Pertama sekali, kereta paling jimat minyak di Malaysia ialah Proton Savvy dengan penggunaan minyak sebanyak 4L untuk setiap 100km.

Kelebihan ini menjadikan Proton Savvy lebih baik daripada Honda City RS yang menggunakan enjin biasa.

Perjalanan dari KL ke Melaka hanya memerlukan kos minyak sebanyak RM16 sahaja dengan menggunakan kereta ini.

Tidak hanya itu, Proton Savvy turut disenaraikan dalam Malaysian Book of World Records sebagai kereta paling jimat minyak.

Walaupun sudah berusia 15 tahun, kereta ini masih mampu bersaing dengan kereta zaman sekarang, walaupun enjinnya agak lama.

Kereta baru tidak mampu untuk mencapai tahap penggunaan minyak yang sejimat ini.

Baca: Sedihnya bila penat ulang alik bagi hadiah kat awek, rupanya awek dia dah